Chinta Wrong Direction

Chinta Wrong Direction ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia tahun 2023 arahan Hadith Omar. Drama ini dibintangi oleh Hun Haqeem, Erysha Emyra dan Raff Roslee.[1] Siri drama ini memulakan tayangan perdananya menerusi Slot MegaDrama di Astro Ria bermula 26 Jun 2023 menggantikan drama Andai Itu Takdirnya.[2]

Chinta Wrong Direction
GenreMelodrama
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Chinta karya Norhayati Berahim
Ditulis oleh
  • Rehal Nuharis
  • Bikash Nur Idris
PengarahHadith Omar
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Langit Yang Sama" - Dalia Farhana
Lagu penutup"Langit Yang Sama" - Dalia Farhana
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal26 Jun 2023 – 27 Julai 2023
Kronologi
MengikutiAndai Itu Takdirnya
Diikuti olehBudak Hostel Otaknya Sewel

Sinopsis sunting

Menyusuri kisah Chinta dan Raja Akid yang datang dari latar belakang keluarga pincang, namun membentuk dua peribadi yang berbeza hingga mereka saling melengkapi dalam mengatasi kekurangan diri dan menjayakan rumah tangga mereka.

Chinta hidup dalam kesengsaraan bersama ayahnya yang sering menghukum dan mencari kesalahannya. Manakala Raja Akid pula mempunyai trauma terhadap golongan wanita yang berpunca daripada kesilapan ibunya dalam perhubungan. Disebabkan itu, Raja Akid sering mengelak daripada menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita sehingga dia bertemu dengan Chinta di tempat kerjanya. Kehadiran Chinta dalam hidupnya membuatkan dia lebih selesa.

Namun, Raja Akid berbelah bahagi terhadap perasaannya kepada Chinta serta kebenciannya terhadap wanita. Walaupun kedua-duanya perlu mengharungi pelbagai masalah keluarga yang rumit, keberadaan di sisi masing-masing membuatkan kehidupan mereka berasa bahagia.

Pelakon sunting

Pelakon utama
Pelakon pembantu

Penerbitan dan penyiaran sunting

Drama Chinta Wrong Direction merupakan drama terbitan Juita Viden Sdn Bhd.[1][3] Drama ini merupakan drama adaptasi novel Malaysia yang berjudul Chinta karya Norhayati Berahim.[5] Pengarah drama ini ialah Hadith Omar. Selaku pengarah drama ini, Hadith memuji Hun Haqeem sebagai pelakon utama, kerana telah memberikan tunjuk ajar dan memberikan tips sepanjang penggambaran drama Chinta Wrong Direction berlangsung.[5] Selain itu juga, Hadith memuji lakonan Erysha Emyra kerana dia seorang yang berbakat dan dapat menyesuaikan diri dengan pantas dengan keadaan di set penggambaran. Erysha juga berkomited melaksanakan permintaan Hadith sebagai pengarah drama ini, kata Hadith di Gempak.com.[5]

Menurut Erysha Emyra selakon pelakon utama drama Chinta Wrong Direction, dia berasa bertuah kerana dapat berkalon dalam drama ini. Erysha berkata di Harian Metro: "Ya itu watak utama sulung saya. Saya datang pergi uji bakat beberapa kali sebab produksi nak lihat saya beri lebih lagi dalam lakonan saya. Selepas itu, barulah mereka yakin.".[4] Menurutnya, watak yang dipegangnya agak berat; menyebabkan syarikat produksi was-was sama ada Erysha mampu berlakon atau tidak. Namun, syarikat produksi beri kepercayaan penuh kepada Erysha dan dia akan memastikan diri dia boleh buat sepenuhnya.[4] Menurut Erysha juga, dia berasa gementar sebelum penggamabaran drama ini berlangsung.[4]

Drama Chinta Wrong Direction ditayangkan di Astro Ria bermula 26 Jun 2023 jam 10.00 malam waktu tempatan menerusi Slot MegaDrama.[3] Selain itu juga, drama ini juga disiarkan melalui video atas permintaan (on-demand) di Astro Box dan aplikasi Astro Go.[3] Drama ini menggantikan drama Andai Itu Takdirnya dan diikuti oleh Budak Hostel Otaknya Sewel.

Runut bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p "Drama Chinta Wrong Direction". MyInfotaip. 3 Julai 2023. Dicapai pada 6 Julai 2023.
  2. ^ a b c d e f g h i j k Ikhwan, Isa (1 Julai 2023). "Hun Haqeem & Erysha Emyra kupas makna cinta dam Chinta Wrong Direction". Gempak. Dicapai pada 6 Julai 2023.
  3. ^ a b c d e f g Aphit J. (1 Julai 2023). "Erysha Emyra & Hun Haqeem Bergandingan Menerusi 'Chinta Wrong Direction'". Murai.my. Hangat Digital Sdn Bhd. Dicapai pada 5 Februari 2024.
  4. ^ a b c d Georgie Joseph (31 Julai 2023). "Aura seorang bintang". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 5 Februari 2024.
  5. ^ a b c Izwan Isa (26 Jun 2023). "Pengarah Chinta Wrong Direction Puji Hun Haqeem". Gempak.com. Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd. Dicapai pada 5 Februari 2024.