Shaza Bae (lahir Shaza Nuriman Mohamad Zamri; 23 Mei 1995 di Kuala Lumpur, Malaysia) merupakan seorang peragawati, pengacara, wartawan dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali umum selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2019/20.[1][2][3] Selain itu, beliau turut berkecimpung dalam bidang lakonan.[4][5]

Shaza Bae
Kelahiran
Shaza Nuriman binti Mohamad Zamri

(1995-05-24) 24 Mei 1995 (umur 28)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Seni Persembahan
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
PekerjaanModel, model iklan, pengacara, wartawan, pelakon, pensyarah
Tahun aktif2013–kini

Kerjaya sunting

Shaza memulakan kerjaya hiburan pada 2013 dengan membintangi iklan Raya Petronas yang bertajuk "Jahit". Sejak itu, beliau menjadi model iklan untuk pelbagai jenama seperti Telekom Malaysia, Maxis, U Mobile, Cadbury dan Libresse.

Kerjaya lakonannya bermula pada 2016 apabila beliau membintangi drama adaptasi novel, Tundukkan Playboy Itu yang dibintangi oleh Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi. Di luar kerjaya hiburan, Shaza juga berkhidmat sebagai pensyarah sambilan dalam bidang penulisan kreatif di Fakuliti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Perdana, Shah Alam.[6] Beliau pernah menjadi pengacara rancangan travelog wanita, Tumit Tinggi bersama rakan hos Eisha Aneyza, Syamim Farid dan Amy Nur Tinie yang disiarkan di TV1.[7]

Pada tahun 2019, beliau terpilih sebagai salah seorang dari 12 peserta Dewi Remaja 2019 dan bergelar juara sekaligus menewaskan empat lagi finalis iaitu Adriana Ghafar, Nynaa Harizal, Syamira Izzati dan Tengku Shatirah Amanda.[8] Shaza mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila melakonkan watak Rossa Arabella dalam drama adaptasi novel Marry Me Senorita lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann. Untuk menjayakan watak Rossa, beliau memakai kanta lekap.[9][4]

Beliau kemudian berlakon di samping Yusuf Bahrin dalam telefilem Ismadi Belum Mati dengan memegang watak Siti, seterusnya muncul dalam drama Jangan Ganggu Jodohku yang sekali lagi menggandingkan beliau bersama Yusuf di mana Shaza memegang watak sebagai Aliza.[10][11]

Pada tahun 2022, Shaza menjadi pelakon utama bersama Hun Haqeem dalam drama Ulya & Dini arahan Tam Suhaimi yang disiarkan di Astro Ria,[12] ini kemudian diikuti oleh watak lakonannya sebagai Safiana dalam Nusyuz Berkiblat Cinta lakonan bersama Fikry Ibrahim, Emma Maembong dan Nadhir Nasar.[13]

Kehidupan peribadi sunting

Shaza dilahirkan di Kuala Lumpur dan merupakan Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan di Universiti Malaya (UM).[5] Beliau berketurunan Jawa.[14]

Filemografi sunting

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Tundukkan Playboy Itu Eva TV3 Drama pertama
2017 Mr. Hijab Mariam
2020 Perempuan Tanpa Dosa Yaya Astro Ria
2021 Marry Me Senorita Rossa Arabella Watak Antagonis
Jangan Ganggu Jodohku Aliza
2022 Ulya & Dini Ulya
Nusyuz Berkiblat Cinta Safiana
Nikah, Cerai, Rujuk Hanna
2023 Chinta Wrong Direction Akma

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2020 Kawanku Alin Alin Astro Ceria
2021 Ismadi Belum Mati Siti Astro Citra

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2018 Manja Diri Pengacara TV Okey
2019 Tumit Tinggi TV1
2020–kini Hlive Astro Ria
2020 Ohsem Artis jemputan Awesome TV
2021 Cer Teka?
Tok Kata
Glam Ke Teng'glam 2
Hero Remaja 2021/2022 Pengacara Astro Ria
2022 Sepahtu Reunion Live Wani Astro Warna Episod: "Budi Si Beca Antik"
Cuti-cuti Malaysia: Tour Race Dirinya sendiri Astro Awani
2024 Sepahtu Reunion Al-Moreh Astro Warna Episod: "Rapuhnya Sebuah Kejujuran"

Model iklan sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon [15]

Rujukan sunting

  1. ^ Syafil Syazwan Jefri (15 Disember 2019). "Shaza Dewi Remaja 2019". Harian Metro. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  2. ^ Wawann Mohd (15 Disember 2019). "Shaza Bae juara Dewi Remaja edisi 2019". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  3. ^ Amri Hassan (15 Disember 2019). "Shaza Bae juara Dewi Remaja 2019". Astro Gempak. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  4. ^ a b Syafil Syazwan Jefri (9 Mac 2021). "Karakter antagonis lebih mudah". Harian Metro. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  5. ^ a b Nur Emira Saizali (7 Disember 2020). "Kurang popular, Shaza Bae tidak mengalah". Kosmo!. Dicapai pada 9 Ogos 2020.
  6. ^ Wawann Mohd (7 Mac 2021). "Populariti bukan sasaran utama Shaza Bae". Sinar Harian. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  7. ^ "'Tumit Tinggi' musim baharu kongsi inspirasi kejayaan wanita di TV1". Utusan Borneo. 16 Julai 2019. Dicapai pada 15 Mac 2020.
  8. ^ Asraf Aided (10 Mac 2021). ""Saya nak dua-dua... saya tamak" - Shaza Bae". Astro Gempak. Dicapai pada 9 Ogos 2021.
  9. ^ Nur Asyikin Mayudin (22 Februari 2021). "Shaza Bae terima amaran jangan kacau 'boyfriend' Janna Nick - "Pernah juga orang tanya, sampai bila saya nak jadi perampas?"". mStar Online. Dicapai pada 3 Disember 2021.
  10. ^ Najiy Jefri (5 Oktober 2021). "Impak watak sisi 'hitam'". Harian Metro. Dicapai pada 3 Disember 2021.
  11. ^ Hanisah Selamat (8 Disember 2021). "Shaza Bae dapat pengalaman mahal". Kosmo!. Dicapai pada 12 Mac 2022.
  12. ^ Zaara Talita (24 Januari 2022). "Shaza Bae buntu jatuh sakit, janji pentingkan kesihatan selepas ini". Harian Metro. Dicapai pada 16 Februari 2022.
  13. ^ "Hati remuk bawa watak isteri didera". Kosmo!. 5 April 2022. Dicapai pada 25 April 2022.
  14. ^ Syafil Syazwan Jefri (24 Februari 2021). "Tarik perhatian penonton dengan bahasa Jawa". Harian Metro. Dicapai pada 7 Disember 2021.
  15. ^ Fatin Farhana Ariffin (3 Oktober 2021). "Populariti Shaza terbantut akibat pandemik". Berita Harian. Dicapai pada 28 Disember 2021.

Pautan luar sunting

Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Haneesya Hanee
(ditarik balik)
Dewi Remaja
2019/2020
Diikuti oleh:
Tracie Sinidol