Mr. Hijab ialah siri drama televisyen Malaysia 2017 dibintangi oleh Nabila Huda dan Sharnaaz Ahmad.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 17 Oktober 2017 hingga 20 November 2017 menggantikan Isteri-Isteri Ayah.

Mr. Hijab
GenreDrama
Cinta
Komedi
PengarahEjump Mohd
Dibintangi oleh
Sharnaaz Ahmad
Nabila Huda
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Citra Abdullah
  • Ann Abdullah
Penerbit
  • Ahmad Albab Abdullah
  • Ahmad Arri Abdullah
PenyuntingZat Azmi
Lokasi
Tempoh siaran20 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 Oktober 2017 – 20 November 2017
Kronologi
MengikutiTauke Jamu
Diikuti olehBilo Nogori Jupo Kelate

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

SinopsisSunting

Mengisahkan Rem (Sharnaaz Ahmad), yang tidak hanya kacak malah sungguh arif dalam penggayaan hijab yang menarik minat para pelanggan di butik milik Fazira (Nabila Huda). Fazira, seorang model terkenal mengambil keputusan untuk membuka butik berkonsep muslimah, setelah berkahwin dengan ustaz muda bernama Syamiel (Hafiz Hamidun).

Fazira mula mencari lokasi butik yang menjadi tumpuan orang ramai dan juga vendor-vendor yang bersesuaian dengan imej butik muslimahnya. Dengan populariti yang Fazira miliki, ramai yang menawarkan diri untuk menjadi vendor. Penjual pakaian muslimah atas talian yang terkenal, Bienda (Shiqin Kamal) berminat untuk untuk menyertai butik Fazira dan Fazira teruja kerana sudah tentu dapat membantu menaikkan lagi imej butiknya.

Begitu juga dengan Datin Lela (Didie Alias), walaupun sudah mempunyai beberapa buah butik juga mahu menyertai butik Fazira kerana merasakan butik Fazira mempunyai potensi untuk dia mengembangkan lagi bisnesnya. Daripada awal, Datin Lela dan Bienda tidak sefahaman. Kerapkali mereka berbalah mengenai perkara yang remeh temeh. Butik Fazira juga turut menjadi tapak buat pelakon terkenal iaitu Luna (Wan Sharmila), yang baharu menjinakkan diri dalam bisnes penjualan tudung untuk menaikkan kembali reputasinya setelah dihimpit kontroversi. Sementara itu, Rem yang membantu ibunya mencadangkan kepada ibunya yang dipanggil Kak Chik untuk mencuba nasib menjadi vendor di butik Fazira.

Tetapi malangnya setelah melihat rekaan tudung Kak Chik, Fazira menolak kerana merasakan rekaan tudung-tudung kak Chik ketinggalan. Kak Chik pulang dengan hampa namun Rem tetap tidak berputus asa. Dia mempunyai rancangan lain untuk ibunya itu dan berjanji suatu hari nanti Fazira sendiri akan dapat mencari ibunya. Ternyata kata-kata Rem memang benar, apabila Fazira menawarkan Kak Chik ruang sebagai salah seorang vendor setelah dia melihat sendiri gerai jualan tudung Kak Chik di bazar menjadi tumpuan orang ramai.

Rem mengatur strategi yang lebih hebat lagi untuk emaknya itu. Malang menimpa, Kak Chik diserang strok. Rem terpaksa mengambil alih tugas emaknya. Mempunyai wajah yang kacak dan berbadan sasa, kehadiran Rem telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan wanita di butik Fazira. Bukan sahaja pelanggan, kekacakkan Rem turut memikat hati Bienda, Luna dan Datin Lela. Ketiga-tiga mereka mula bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan Rem

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Pelakon sampinganSunting

RujukanSunting

  1. ^ Budiey (17 Oktober 2017). Sharnaaz Ahmad jual tudung dalam drama Mr. Hijab Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 Oktober 2017.
  2. ^ Mr. Hijab (2017): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 23 September 2019.