Fikry Ibrahim

Pelakon, pengacara dan pelawak Malaysia

Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim (lahir 16 April 1994)[a] ialah seorang pelakon dan pelawak Malaysia.[1][2] Kerjayanya bermula selepas dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam program Lawak Solo 2016. Selain sebagai pelawak, Fikry juga merupakan seorang pelakon dan pengacara.[3][4][5]

Fikry Ibrahim
Kelahiran
Ahmad Fikry bin Ahmad Ibrahim

(1994-04-16) 16 April 1994 (umur 30)
PendidikanDiploma Komunikasi Massa (Pengiklanan)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara
Tahun aktif2016–kini

Kehidupan awal

sunting

Fikry dilahirkan pada 16 April 1994 di Jitra, Kedah. Beliau merupakan graduan Diploma Komunikasi Massa (Pengiklanan) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan yang sama.[2][6][7]

Kerjaya

sunting

Sebelum memulakan kerjaya hiburan, Fikry terlebih dahulu bekerja di kedai dobi selama setahun. Beliau memulakan kerjaya pentas dengan mengambil bahagian dalam rancangan Lawak Solo 2016 yang bersiaran di Astro Warna.[8]

Selepas Lawak Solo 2016 tamat,[9] Fikry melangkah ke bidang lakonan dengan menjayakan watak penting bersama Uqasha Senrose dalam Hero Seorang Cinderella yang dibintangi oleh Fattah Amin dan Fazura. Dalam drama ini, beliau memegang watak Noah Farizzam. Beliau paling dikenali menerusi gandingannya bersama penyanyi Siti Nordiana menerusi telefilem Cekelat Semanis Honey dan Cekelat Tak Semanis Honey, seterusnya muncul bersama drama Cekelat Honey.

Beliau bersama-sama Farah Nabilah menjadi penyampai anugerah bagi kategori Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2018 yang berlangsung pada 28 September 2018.[10]

Beliau berlakon bersama Farah dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek, yang diadaptasi dari novel The Misadventures of Cik Reen & Encik Ngok Ngek karya Maya Adira, di mana beliau memegang watak sebagai Harris Zakuan.[11]

Beliau juga menjadi model untuk muzik video lagu Siti Nordiana iaitu "Hatiku Milikmu" (2018) dan "Angkara" (2020). Fikry bersama rakan niaga, Datuk Khairil Muzamil Abd Rahman mengasaskan aplikasi GoEat yang membantu perniagaan masakan dari rumah dan penghantaran makanan, ia diperkenalkan pada Januari 2020.[12]

Penerimaan media

sunting

Dikenali sebagai selebriti yang berkulit sawo matang, Fikry amat mementingkan aspek pendidikan meskipun bergelar selebriti. Beliau dilaporkan mempunyai jumlah pengikut seramai 50,000 pengikut di laman Instagram. Jumlah pengikutnya semakin meningkat sejak menyertai Lawak Solo 2016 dan mengacarakan Gema Gegar Vaganza.[13] Selain itu, beliau juga bertekad untuk bebas dari sebarang kontroversi.[14] Baru-baru ini, berita kurang enak berlaku antara Fikry dan pengarah terkenal, Michael Ang dimana Fikry telah menyuarakan pendapat tentang sikap stesen TV dan pengarah yang sering mengambil pelakon sama dalam drama atau telemovie. Namun begitu, Michael seperti mengagak siapakah gerangan pengarah yang dimaksudkan dan amat marah kepada Fikry sehingga beliau membongkar sikap sebenar Fikry sewaktu mereka sama-sama bekerja dalam drama Rahsia Perempuan di dalam akaun Instagram milik Michael. Fikry cuba untuk tidak cepat melatah walaupun dikecam ramai netizen. Padanya, beliau tidak menyebut nama sesiapa pun dan mencabar agar mencari bukti jika dia didapati bersalah.

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 Rahsia Prof. Hamdan Filem pertama
2024 Takluk: Lahad Datu Inspektor Saiful Zaini
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Hero Seorang Cinderella Noah Farizzam Astro Ria Drama pertama
Kerna Syurga Bukan Percuma Khairul Rhafeeq Astro Oasis Berpasangan dengan [[Fendy Bakry], Elfira Loy
2018 Rahsia Hati Perempuan Mikael Astro Ria Berpasangan dengan Hisyam Hamid,Uqasha Senrose & Mira Filzah
Cik Reen & Encik Ngok Ngek Harris Zakuan Berpasangan dengan Farah Nabilah
Cekelat Honey Adam Iskandar Astro Citra
2019 Encik Iman Ekspres Engku Razil Astro Ria
Kau Yang Pertama Farhan TV3 Berpasangan kali kedua dengan Farah Nabilah
Rindu Yang Terlarang Fariz (Faith) Astro Ria
2020 The Bridge 2 Zeckri Ishak Viu
2021 Ayahanda Aziz TV3
Keluarga Baha Don (Musim 3) Booby Bs Bachan Viu
Dear Cinta Emir TV3
2022 Kerana Dia Suka Idham Berpasangan dengan Rita Nadira & Nina Smith
Nusyuz Berkiblat Cinta Adam Astro Ria
Impian Lara Andy Awesome TV
Jesnita Zainal Astro Prima
2023 Tanah Kubur (Musim 16) Kamal Astro Oasis Episod: "Mempergunakan Anak Yatim"
2024 Bercakap Dengan Jun Sam Astro Ria

Telefilem

sunting
Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Cekelat Semanis Honey Adam Astro Citra
Gitu-Gitu Raya Fikry Astro Warna
Pok Ya Cong Codei Rasdan Astro Citra
2018 Cekelat Tak Semanis Honey Adam
Enam/6 Daniel
2019 Cinta Sesungguhnya Razlan TV3
Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya Harris Zakuan Astro Ria
Dato S Arman Astro First Ekslusif
Abang Tinted dan Handbag Ajaib Zakuan Astro Citra
Tebus Mikail
2020 Janji Jantan Hassan
2021 Selumbar Aiman TV1
2022 Biar Aku Jadi Imammu Fitri
Artis Pujaanku Mai Beraya Zain TV3
Hantu Balik Pagi Azman Astro Citra
2023 Gadis KOL Fauzi/Poije
Langit Tak Mendengar Nabil Astro Ria
Baby Jarum Asyraf
Latah Fighter Astro Warna
2024 Daddy Duda TV3
Perempuan Paling Merana Amir tonton

Videografi

sunting
Tahun Tajuk Penyanyi Catatan
2020 "Angkara" Siti Nordiana

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Lawak Solo Peserta Astro Warna
2017 Super Spontan Superstar 2017
Padan Muka Artis jemputan
Selera Rasa Seksa bersama Zarul Husin
Gema Gegar Vaganza Pengacara Astro Ria
The Kucin Show Artis jemputan bersama Uqasha Senrose
CCTV bersama dengan Fendy Bakry dan Fadzil Zahari untuk mempromosikan Kerna Syurga Bukan Percuma
2018 Gema Gegar Vaganza 2 Pengacara
Hotspot
Experience Ready Set Action
Seram Selebriti Artis jemputan Astro Prima
Solo Yolo Astro Ria
MeleTOP Artis jemputan bersama dengan Janna Nick, Sharifah Sakinah & Hael Husaini untuk pencalonan AME18
I Can See Your Voice Malaysia ntv7
Oh My Family Raya Astro Ria jemputan bagi menjaga anak Tya Arifin dan Asyraf Khalid, Arif Jiwa.
2019 MeleTOP bersama Nelydia Senrose, Ben Amir dan Issac Iman untuk mempromosikan drama Encik Iman Ekspres
Bintang Bersama Bintang Final TV3 artis jemputan bagi peserta Mamak Puteh
Cinta Overhaul Aidilfitri Dr Emir Astro Warna
Arena Panggang Marah Marah Sayang Peserta
Naura Shares (Musim 3) Artis jemputan Astro Ria Episod 1
MeleTOP artis jemputan bagi promosikan drama terbaru bertajuk Rindu Yang Terlarang di slot terbaru Astro Ria, Slot DramaVaganza (29 Oktober 2019)
MeleTOP artis jemputan bersama Kamal Adli, Zulin Aziz dan Puteri Aishah bagi mempromosikan filem untuk saluran Astro First Ekslusif ,telefilem Dato S(5 November 2019)
2020 Senang Terhibur 2 TV3 artis jemputan bersama Mimi Lana dan Azrel Ismail (29/3/2020)
Belaian Kasih 2 Pengacara TV AlHijrah bersama dengan PU Azman
Trek Selebriti Artis jemputan Astro Ria tetamu jemputan (19 Ogos 2020)
Ratu Hijabista Pengacara Astro Prima bersama Uyaina Arshad
Punchline DAC Artis jemputan Astro Warna Tetamu Jemputan bersama Datuk Jalaluddin Hassan dan Peninju Wanita, Nur "Pheonix'Diana (9 September 2020)
Mana Bro Pengacara Astro Ria rancangan 'gameshow'
Gegar Vaganza 7 Artis jemputan tetamu jemputan dalam video clip Kapsul Gegar Vaganza Minggu ke-8 versi Linda Nanuwil.
Jenaka Kampung Kalut (Musim 6) Aryan TV3 Episod: "Aryan Mera Phyar"
2022 Dewi Remaja 2022 Pengacara Astro Ria
2023 Warung Wak 4 Artis Undangan Awesome TV
Sukan Pejabat Pengacara Astro Warna

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016 Lawak Solo 2016 Tempat Ketiga Fikry Menang
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Artis Lawak MeleTOP Fikry (Cekelat Semanis Honey) Tercalon
Drama MeleTOP Cekelat Semanis Honey Tercalon
Drama Meletop Hero Seorang Cinderella Tercalon
Program MeleTOP Gema Gegar Vaganza Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
Pengacara TV Popular Tercalon
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Pelakon MeleTOP Tercalon
Hos MeleTOP Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Melodi Drama Sangat Hero Sangat Kau Yang Pertama Tercalon
Gempak Most Wanted 2020 Artis Kacak Tergempak 2020 Tercalon

Catatan

sunting
  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan pelakon Kamal Adli yang 8 tahun lebih tua daripadanya. Hal ini kerana, Kamal lahir pada 16 April 1986 manakala Fikry lahir pada 16 April 1994.

Rujukan

sunting
  1. ^ Bissme S. (22 Jun 2020). Comedian first, an actor second The Sun, Malaysia. Dicapai pada 25 Jun 2020.
  2. ^ a b Azlan Jusoh (6 Mei 2017). "Biodata Fikry Ibrahim". Azhan.co. Dicapai pada 23 Jun 2018.
  3. ^ Fikry Ibrahim selesa berlakon, belawak, dan mengacara Astro Awani (8 September 2017). Dicapai pada 8 September 2017.
  4. ^ Najiy Jefri (10 Mac 2018). Walaupun sibuk, saya gembira Harian Metro. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  5. ^ Subki Sudarji (13 Mei 2017). Dunia baharu Fikry Ibrahim Sinar Harian. Dicapai pada 8 Jun 2017.
  6. ^ Fikry sambung belajar lagi Sinar Harian. 1 Mac 2020. Dicapai pada 25 Mac 2020.
  7. ^ Arina Azlan (4 Oktober 2018). "Makna bahagia Fikry Ibrahim". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-09. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  8. ^ Mohd Haikal Isa (14 Ogos 2019). Optimisme seni Fikry Ibrahim Kosmo!. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  9. ^ Ramlah Zainal (17 Mei 2019). Fikry rasa bertuah Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2019.
  10. ^ Munady (31 Julai 2018). "APM 2018 memperkenalkan nominasi edisi ke-17". Citra Selebriti. Dicapai pada 6 Ogos 2018.
  11. ^ Kamaruddin Razal (9 Oktober 2018). ""Fall in Love with Cik Reen & Encik Ngok Ngek" - Peminat Suka Tonton Gandingan Fikry Ibrahim & Farah Nabilah". Astro Gempak. Dicapai pada 14 Oktober 2018.
  12. ^ "Fikry Ibrahim harap aplikasi GoEat mampu membantu bisnes masakan dari rumah". XTRA. Dicapai pada 25 Januari 2020.
  13. ^ Biodata Fikry Ibrahim Diarkibkan 2018-06-23 di Wayback Machine Oh My Media (22 Mei 2017). Dicapai pada 23 Jun 2018.
  14. ^ Najiy Jefri (18 Ogos 2019). Tekad sifar kontroversi - Fikry Ibrahim Harian Metro. Dicapai pada 20 Ogos 2019.

Pautan luar

sunting