Adellea Sofea merupakan sebuah siri drama televisyen romantik Malaysia 2019 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 6 Disember 2019 hingga 14 Januari 2020 menggantikan Setelah Ku Dimiliki.[2]

Adellea Sofea
Genre
PenciptaNurul Halawati
Ditulis oleh
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tentang Rahsia" oleh Judika dan Shila Amzah[1]
Lagu penutup"Syarat Bahagia" oleh Dinda Permata[1]
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifHisham A. Karim
PenerbitFazli Hj. Baharom
Shahrulezad Mohamedin
PenyuntingHarlina Abd. Ghani
Nik Faizal Raja Deraman
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Radius One
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal6 Disember 2019 – 14 Januari 2020
Kronologi
MengikutiSetelah Ku Dimiliki
Diikuti olehSeadanya Aku

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang Adellea Sofea (Mira Filzah), seorang pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana yang amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita.

Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Alif Firdhaus (Ungku Ismail Aziz) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami. Namun, tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia.

Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) yang sebenarnya ibu kepada Fir membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus dan dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba. Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdhaus iaitu Illya (Bella Dally) tidak bersetuju dengan perhubungan tersebut.

Illya menyimpan dendam kepada Fir, kerana ibunya, Dr. Fauziah sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya. Encik Izham (Roy Azman), bapa mereka, Ikram (Fizo Omar), sepupu mereka dan Illya kurang senang kepulangan Firdhaus kerana ada rahsia di antara mereka. Kemudian, Firdhaus nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Sofea.

Dr. Fauziah gembira dengan hasrat anaknya kerana dia berkenankan Sofea menjadi menantunya manakala Encik Izham menerima keputusan itu supaya Suzie Tan (Jasmine Suraya Chin), rakan baik Fir yang dianggap sebagai perosak hidup Fir, tidak lagi mengganggu anaknya. Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupakan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Runut bunyiSunting

SambutanSunting

Adellea Sofea mendapat sambutan daripada penonton sekaligus menjadi sohor kini No. 1 di Twitter.[9]

Episod terakhir disiarkan pada 14 Januari 2020, mendapat sambutan daripada warganet yang terhibur dengan adegan Sofea bermain gitar untuk suaminya Firdhaus yang koma di hospital.[10][11] Babak itu menarik perhatian netizen kerana dikatakan tidak menggunakan peralatan perubatan betul untuk pesakit koma, pengarahnya Shahrulezad Mohammeddin menjelaskan pihaknya telah mendapat kebenaran pihak hospital sebelum memulakan penggambaran babak tersebut.[12]

RujukanSunting

  1. ^ a b Sentuhan magis Farouk Roman dan Amylea dalam Adellea Sofea Utusan Borneo (25 Disember 2019). Dicapai pada 8 Januari 2020.
  2. ^ Drama Adellea Sofea (TV3) My Info Taip (5 Disember 2019). Dicapai pada 8 Januari 2020.
  3. ^ Adellea Sofea (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Februari 2020.
  4. ^ Budiey (6 Disember 2019). Mira Filzah diperdaya Ungku Ismail dalam Adellea Sofea Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  5. ^ Farihad Shalla Mahmud (7 Januari 2020). Ungku Ismail bebas gosip cinta lokasi Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  6. ^ Ridzuan Abdul Rahman (31 Disember 2019). "Berlakon tanpa kongkongan". Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Januari 2020). Bella lepas geram Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2020.
  8. ^ Arif Zikri (13 Januari 2020). Malaysian actor Fizo Omar's villain part in TV series has him losing more than 5,000 followers on Instagram The Malay Mail. Dicapai pada 23 Januari 2020.
  9. ^ Adellea Sofea trending No.1 di Twitter Hot FM (7 Januari 2020). Dicapai pada 8 Januari 2020.
  10. ^ Netizen Terhibur Logik Adegan Mira Filzah Main Gitar Kepada Suami Koma Dalam Adellea Sofea The Vocket (15 Januari 2020). Dicapai pada 19 Januari 2020.
  11. ^ Dari Koma Terus Bangun Gara-Gara Menyanyi Lagu M Nasir, Episod Akhir Adellea Sofea Jadi Bahan Ketawa Oh Bulan (15 Januari 2020). Dicapai pada 19 Januari 2020.
  12. ^ Qarami Hashim (15 Januari 2020). “Teguran seolah-olah kami di set bodoh belaka” - Pengarah Adellea Sofea sudah habis ribuan ringgit untuk babak di hospital mStar Online. Dicapai pada 8 Februari 2020.

Pautan luarSunting