Melastik Ke Hatimu 2

Melastik Ke Hatimu 2 ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Zamri Zakaria dibintangi oleh Andi Bernadee dan Janna Nick. Diadaptasi dari novel 2018 bertajuk sama karya Aqma Dee, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 16 September 2023 menggantikan Gadis Muzikal.

Melastik Ke Hatimu 2
GenreKomedi romantik
Drama keluarga
Berdasarkan daripada
Melastik Ke Hatimu 2
karya Aqma Dee
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Pencinta Setiamu" oleh Usop
Lagu penutup"Pencinta Setiamu" oleh Usop
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit eksekutifNorshahila Harun Shah
PenerbitDato Sri Jaspal S. Korotana
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
OrangeTree Production
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lestary)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal16 September 2023 – 23 November 2023
Kronologi
MengikutiGadis Muzikal
Diikuti olehKami Orang KL

Sinopsis sunting

Kini kehidupan pasangan Ziyyad dan Haura semakin baik apabila Ziyyad tersenarai sebagai Young Entrepreneurs Malaysia 2021 dengan mengusahakan lebih 20 buah cawangan pasaraya dalam masa empat tahun. Haura pula seorang pencipta konten yang dikenali di media sosial. Ziyyad menjadi kebanggaan Mak Limah sehingga kejayaan menantunya sering dicanang satu kampung.

Ziyyad dan Haura sedang menanti kelahiran anak kedua. Masalah mula timbul apabila Fatin, iaitu adik Haura ingin menjalankan praktikal di tempat kerja Ziyyad. Pada mulanya Ziyyad tidak bersetuju kerana mahu menjaga hati isterinya. Namun, Fatin telah mengadu kepada Mak Limah dan meminta ibunya memujuk Ziyyad. Akhirnya, Ziyyad terpaksa akur.

Enggan 'pisang berbuah dua kali', Haura telah menetapkan syarat-syarat kepada Ziyyad supaya tidak lagi diganggu oleh Fatin. Ziyyad ikut saja kemahuan isterinya. Haura mula mengatur jadual kerja dan menerima permintaan produk review sebanyak yang mungkin kerana dia bakal bersalin tidak lama lagi. Kesibukan Haura juga telah mengurangkan perhatiannya kepada keluarganya.

Satu hari, Haura terlupa untuk mengambil Inayah di sekolah disebabkan terlalu leka dengan kerja. Perkara ini mencetuskan pergaduhan antara Ziyyad dan Haura.

Ujian buat Ziyyad apabila Fatin mula memasang strategi untuk mendekati dia. Fatin selalu mencari alasan untuk memikat hati Ziyyad. Tingkah laku Fatin sengaja menimbulkan prasangka dalam hati Haura.

Ziyyad ingin memberi penjelasan tetapi Haura sukar untuk mempercayai adiknya lagi. Haura sudah masak dengan perangai Fatin yang sentiasa dengki terhadapnya.

Haura meminta Ziyyad untuk mengambil Ain bekerja di syarikatnya jika ingin berdamai. Haura mahu kawan karibnya menjadi pemerhati di pejabat Ziyyad. Ziyyad bersetuju. Luqman yang tidak berputus asa untuk mendapatkan Fatin juga berusaha untuk menjauhkan Fatin dari terus menganggu Ziyyad.

Apakah yang akan terjadi pada Ziyyad dan Haura seterusnya? Tidak hanya diganggu oleh Fatin, muncul pula TJ yang menagih cinta Haura. Berjayakah Ziyyad dan Haura berhadapan dengan konflik rumah tangga mereka?

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Pembantu sunting

Pelakon Kanak-Kanak sunting

  • Cassia Iman sebagai Inayah
  • Delisha Qaireena/Daniella Qabeela sebagai Anak Kembar Haura
  • Adam Haris sebagai Akif
  • Adam Darwisyah sebagai Adam

Runut bunyi sunting

  • Pencinta Setiamu - Usop

Rujukan sunting

  1. ^ "Melastik Ke Hatimu 2". aimanabdullah.com.