Sharul Kamal

Penyanyi, pelakon, komposer, penulis lirik dan pengacara Malaysia

Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman (lahir 3 Disember 1996) atau lebih dikenali sebagai Sharul Kamal merupakan seorang penyanyi, pelakon, komposer, penulis lirik dan pengacara televisyen di Malaysia.[1] Beliau mula menceburi industri hiburan tanah air selepas berjaya memperoleh tempat keempat menerusi program realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia musim ke-12 pada 2015.[2] Sharul juga merupakan vokalis kumpulan DUNYA yang muncul dengan lagu debut berjudul "Kuala Lumpuh".[3]

Sharul Kamal
Kelahiran
Muhammad Shahrul Amin bin Kamarozaman

(1996-12-03) 3 Disember 1996 (umur 27)
Nama lainSharul AF2015, Sharul Kamal
PekerjaanPenyanyi, pelakon, komposer, penulis lirik, pengacara
Tahun aktif2015–kini
PasanganRaihan Amilin Mohd Roszaimi (k. 2022)
Kerjaya muzik
GenrePop, Balada, Pop Rock, Muzik country
InstrumenVokal, Gitar
Syarikat rakaman
Rhythm & Rhyme Entertainment
Pengkarya berkait
Aepul Roza, Akim Ahmad, Stacy, Sufi Rashid, Syamel

Kehidupan awal sunting

Sharul dilahirkan pada 3 Disember 1996 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak kepada pasangan Kamarozaman @ Kamal dan Maznah Baba serta anak ketiga daripada empat orang adik-beradik yang kesemuanya lelaki.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Pondok As-Sofa, Rembau (kini dikenali sebagai Sekolah Tinggi Islam As Sofa)[4] dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad (SDASA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Semasa di bangku sekolah, Sharul sangat aktif menyertai pelbagai pertandingan sukan dan kokurikulum. Beliau pernah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Qasidah dan Pertandingan Berzanji Peringkat Daerah Rembau ketika berusia sekitar 12 hingga 14 tahun. Selain itu, Sharul juga berjaya meraih tempat keempat dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan di mana beliau menghafal Al-Quran sehingga juzuk tiga.[4]

Sharul juga aktif bermain sukan bola sepak dan pernah menyertai Akademi Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan.[4] Bagaimanapun, Sharul berkata dia tidak berhasrat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang itu kerana hanya menjadikan sukan tersebut sebagai hobi bagi mengisi masa lapang.

Beliau pernah melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Kreatif di Universiti Teknokogi MARA (UiTM) Puncak Perdana sehingga semester dua pada tahun 2014 hingga 2015.[4] Sharul menangguhkan pengajian semasa menyertai Akademi Fantasia dan mengambil keputusan untuk tidak menyambung semula pengajiannya atas sebab-sebab tertentu.

Akademi Fantasia 2015 sunting

Sharul tersenarai sebagai salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang dipilih untuk bersaing pada konsert penentuan bagi merebut tempat ke dalam Akademi Fantasia 2015.[5]

Beliau berjaya diterima masuk bersama sebelas saingan lain sekaligus menjadikan dirinya peserta lelaki termuda dan satu-satunya peserta dari Negeri Sembilan pada musim itu.[6] Sharul berjaya melangkah ke peringkat akhir bersama tiga lagi rakan seperjuangannya iaitu Sufi, Syamel serta Bila dan dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat AF2015.[7]

Berikut merupakan lagu-lagu tugasan yang dipersembahkan oleh Sharul ketika konsert mingguan Akademi Fantasia 2015 :

Konsert Lagu Tugasan Penyanyi Asal Tema
Minggu 1 "Kun Anta" Humood Alkhudher Penentuan
Minggu 2 "Lagu Untukmu" Meet Uncle Hussain Cinta
Minggu 3 "Apokalips" Dato' M. Nasir 90-an
Minggu 4 "Bangkit" Aril Pilus Bebas
Minggu 5 "Awas" KRU Runut Bunyi Filem (OST)
"Negatif"
Minggu 6 "Patahnya Sayap Malam" Masa Rock
Minggu 7 "Bukan Cinta Biasa" Dato' Sri Siti Nurhaliza Ikon
Minggu 8 "Bila Tiba" Ungu Pilihan Media & Penonton
"Like I'm Gonna Lose You" (duet bersama Bila) Meghan Trainor Duet
Minggu 9 "Gadis Jolobu" Dato' Hattan & W.A.R.I.S World
"Tak Kenal Maka Tak Cinta" (duet bersama Nourul Depp) Roy & Fran Duet
Minggu 10 (Minggu Akhir) "Just The Way You Are" Bruno Mars Grand Finale
"Hanya Kamu" Dirinya Sendiri

Kerjaya sunting

Muzik

Sharul mula bergiat dalam industri seni sebagai penyanyi ketika berusia 19 tahun, selepas menyertai program realiti terbitan ASTRO, Akademi Fantasia musim ke-12 atau AF2015. Beliau mempertaruhkan single pertama berjudul 'Hanya Kamu' yang turut dipersembahkan pada konsert akhir program tersebut.[8] Single sulungnya itu berjaya mendapat sambutan yang baik daripada peminat sehingga muzik videonya meraih lebih 800 ribu tontonan di saluran YouTube.

Pada tahun 2016, Sharul memperluaskan bakatnya dalam bidang penciptaan dan penulisan lirik lagu menerusi single keduanya berjudul 'Dengar'. Lagu pertama ciptaannya itu telah mula dihasilkan semasa beliau menyertai program Akademi Fantasia. Single tersebut turut menjadi lagu runut bunyi dalam telefilem Jula Juli Bintang Cinta.

Setelah hampir dua tahun bernaung di bawah label Astro Talent Management (kini dikenali sebagai Rocketfuel Entertainment), Sharul memaklumkan kontraknya dan beberapa artis lain telah ditamatkan secara mengejut pada April 2017.[9] Selepas beberapa bulan, Sharul bernaung di bawah syarikat terbitan milik penyanyi Aepul Roza, ARE Studios. Beliau melancarkan single ketiganya berjudul 'Racun Rindu'.

Sharul kemudian menyertai syarikat rakaman Rhythm & Rhyme Entertainment (R&R) yang ditubuhkan pasangan penyanyi terkenal, Akim Ahmad dan Stacy.[10] Di bawah label itu, Sharul menghasilkan single keempatnya iaitu 'Cantik' yang turut menjadi lagu runut bunyi drama lakonannya, Senafas Rindu.

Bagaimanapun, selepas hampir empat tahun bergerak sebagai penyanyi, perjalanan karier nyanyiannya dilihat agak perlahan berbanding rakan-rakan seangkatan yang lain.[11]

Sharul mula menjadi perhatian selepas menyertai sebuah rancangan televisyen pertandingan muzik, Immortal Songs Malaysia pada tahun 2020.[12] Menerusi pertandingan itu, beliau mempersembahkan lagu 'Seruling Anak Gembala' yang telah digubah menjadi versi rock pada minggu penyanyi legenda pop yeh-yeh, Dato' Jeffrydin. Beliau melakar kejutan selepas dinobatkan sebagai pemenang susunan lagu terbaik pada minggu itu sekaligus berjaya menewaskan lima penyanyi lain.[13] Dalam satu kenyataan, Sharul mendedahkan kemenangannya ibarat 'rezeki terpijak' kerana penyertaannya dalam program tersebut hanya secara kebetulan bagi menggantikan penyanyi lain yang menarik diri pada saat akhir.[14]

Pada tahun 2021, Sharul tampil membuat pembaharuan dalam kerjaya muziknya dengan bergerak bersama kugiran (band) dikenali sebagai DUNYA, dianggotai oleh Sharul selaku vokalis, Odot Qreebo (pemain dram) dan Tuah Johari (pemain bass).[15] Sharul mempertaruhkan single debut bersama DUNYA bertajuk 'Kuala Lumpuh'. Lagu berentak pop rock itu merupakan hasil ciptaan beliau sendiri (menggunakan nama pena Amin), Hang Nadim (Akim Ahmad) dan Bunga Cantik (Stacy), manakala lirik ditulis sepenuhnya oleh Bunga Cantik.[16] Muzik video lagu tersebut berjaya meraih hampir 150 ribu tontonan di saluran YouTube dalam masa tiga minggu.


Lakonan

Beliau membuat penampilan sulung sebagai pelakon menerusi telefilem komedi, Ustaz Baru Nak Start yang ditayangkan di saluran Astro Ria pada Ogos 2016. Telefilem itu juga menjadi batu loncatan untuk beliau mencipta nama dalam bidang lakonan selepas mula diberikan tawaran sebagai peranan kecil dalam beberapa buah drama dan telefilem. Pada tahun yang sama, Sharul tampil dengan watak antagonis menerusi telefilem keduanya, Dengan Nama Allah yang turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairi, Sherry Ibrahim dan Ika Nabella.

Sharul mula dikenali ramai selepas membawakan watak sebagai Syukri menerusi drama Adam Chempaka. Drama yang ditayangkan di Slot Lestary TV3 itu turut dibintangi gandingan serasi, Adam Lee dan Sweet Qismina.


Pengacaraan

Di samping karier nyanyian dan lakonan, Sharul turut mengorak langkah dalam bidang pengacaraan apabila diberi peluang mengendalikan sebuah rancangan travelog terbitan Kembara Sufi Production, Travelog Backpackers musim pertama. Menerusi program itu, beliau membawa penonton menjelajah tujuh buah negara di Semenanjung Balkan bagi memberikan input menarik sepanjang pengembaraannya.[17] Program yang bersiaran sebanyak 13 episod itu ditayangkan di saluran TV Okey (dahulu dikenali sebagai TVi) bermula 4 April 2019.[18]

Dalam pada itu, nama Sharul mula menjadi sebutan selepas videonya mengalunkan azan dalam sebuah masjid di Mesir semasa penggambaran program Travelog Backpackers musim kedua tular di laman sosial sehingga mendapat perhatian media Indonesia.[19]


Komedi

Sharul menyertai program realiti komedi terbitan ASTRO, Muzikal Lawak Superstar musim pertama pada 2019. Beliau bergabung bersama Eyya (Gegar Lawak) dan Pinky (Miss Lawak) menerusi kumpulan SEP, namun tersingkir di minggu kedua.[20]

Kehidupan peribadi sunting

Dalam satu temu bual bersama Harian Metro pada 2018, Sharul mengakui sebelum ini beliau pernah mengalami kemurungan sehingga berat badannya turun mendadak selepas berasakan dirinya seperti dipinggirkan di dalam industri muzik. Berkat dorongan dan sokongan keluarga, beliau kembali bangkit meneruskan kerjaya nyanyiannya.[21]

Keluarga saya sangat menyokong apa saja saya lakukan. Mereka sanggup membantu jika saya menghadapi masalah kewangan. Mendengar kata-kata selain melihat wajah mereka, terus saya tersedar. Saya fikir bodoh jika cepat mengalah. Tambahan pula saya teringat saat saya bersusah payah menyertai uji bakat AF. Bagaimana bersemangatnya saya mahu menyertai pertandingan nyanyian itu. Mulai saat itu, saya terus bangkit dan enggan mempedulikan kata-kata orang. Saya kena keluar dari persembunyian dan tidak musnahkan impian ini.


Pada Februari 2020, Sharul dikejarkan ke hospital selepas disyaki mengalami simptom influenza MERS CoV atau COVID-19 ketika baru pulang menjalani penggambaran program Travelog Backpackers musim kedua di Mesir dan Arab Saudi.[22] Bagaimanapun, hasil keputusan ujian saringan menunjukkan beliau negatif virus itu.

Pada Jun 2020, Sharul meluahkan rasa syukur selepas ibunya, Maznah Baba mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Perkongsian yang dimuat naik menerusi laman Twitter miliknya itu mengundang pelbagai respon positif daripada peminat.[23]

Pada 1 Januari 2022, Sharul sah bergelar suami kepada Pegawai Perhubungan Awam syarikat rakaman Rusa Music, Raihan Amilin Mohd Roszaimi dengan sekali lafaz di Masjid Kota Raja, Klang. Sebelumnya, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 3 Disember 2021.[24]

Diskografi sunting

Single (Solo) sunting

Tahun Tajuk Lagu Catatan
2015 "Hanya Kamu" Lagu debut
2016 "Dengar" OST Jula Juli Bintang Cinta
2017 "Racun Rindu" Terbitan ARE Studios
2018 "Cantik" OST Senafas Rindu
2020 "Maaf" Lagu pertama bergenre Folk-Country
2022 "Bunga Indah" OST Seratus

Single bersama sunting

Tahun Tajuk Lagu Catatan
2021 "Kuala Lumpuh" Single debut kumpulan DUNYA
2022 "Bunga Angkasa" bersama Aepul Roza

Video Muzik sunting

Tahun Tajuk Lagu Saluran YouTube
2015 "Hanya Kamu" Astro Gempak
2019 "Cantik" RHYTHM & RHYME ENTERTAINMENT
2020 "Maaf"
2021 "Kuala Lumpuh"
2022 "Bunga Angkasa" MVM Music

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Seratus Hafiz Filem pertama

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Urusan Hati Cik Drama Queen Fadil Astro Ria Drama pertama
2019 Senafas Rindu Munir
Adam Chempaka Syukri TV3
2021 Kuali Mentua Lauk Menantu Sharol TV2
2023 Melastik Ke Hatimu 2 TJ TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2016 Ustaz Baru Nak Start Ambia Astro Ria Telefilem pertama
Dengan Nama Allah Rahmat
2018 Esok Untuk Kita Yusuf NTV7
Bukan Cerita Cinta Kita Budin Astro Ria
2019 Senafas Rindu Raya Munir
Kisah Seram Hostel Ariff Astro Citra
2020 Bujang Beraya Bersama Fikri TV Okey
Kisah Seram Hospital Faizal Astro Citra
2021 Puaka Hari Raya Jep

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Akademi Fantasia (musim 12) Peserta Astro Ria Pemenang tempat ke-4
2016 MeleTOP Kebaboom Artis Jemputan Tetamu undangan bersama Bila AF2015
Motif Viral Artis Jemputan Mempromosikan single 'Dengar'
2018 Travelog Backpackers (musim pertama) Pengacara TV Okey Travelog Backpackers Di Balkan (13 episod)
2019 hlive! Artis Jemputan Astro Ria Mempromosikan single 'Cantik'
CCTV Artis Jemputan Edisi 11 Februari 2019 bersama pelakon drama Senafas Rindu
Muzikal Lawak Superstar 2019 Peserta Astro Warna MLS musim pertama (Kumpulan S.E.P)
2020 Cef Barista Pengacara TV Okey Menjelajah ke restoran dan kafe unik (13 episod)
Malaysia Hari Ini Artis Jemputan TV3 Edisi 10 Ogos 2020
MPop! (2020) Artis Jemputan TV3, TV9 MPop! episod 113
Immortal Songs (2020) Peserta TV3 Juara mingguan episod 6: Dato' Jeffrydin
2021 Travelog Backpackers (musim kedua) Pengacara TV Okey Travelog Backpackers Mesir (13 episod)
Gempak TV Artis Jemputan Astro Ria Mempromosikan single 'Kuala Lumpuh'
Selamat Pagi Malaysia Tetamu Undangan TV1 Mempromosikan program Travelog Backpackers musim kedua
#HTV Hiburan TV Artis Jemputan TV2 Mempromosikan single 'Kuala Lumpuh'

Rujukan sunting

  1. ^ Norfaezah Sakri (23 Jun 2020). "Keluar AF pun orang tak kenal, Sharul Kamal pasrah lambat popular" mStar Online. Dicapai pada 05 Oktober 2021.
  2. ^ Budiey Isma (12 Oktober 2015). "Senarai Pemenang Akademi Fantasia 2015" Budiey.com. Sensasi Selebriti. Dicapai pada 06 Oktober 2021.
  3. ^ Anna Mohamed (06 Oktober 2021). "DUNYA, band baru Sharul Kamal selepas bergerak solo" URTV. Dicapai pada 07 Oktober 2021.
  4. ^ a b c d Mustazah GP (23 Februari 2020). "Biodata Penyanyi dan Pelakon Sharul Kamal" Iluminasi.com. Dicapai pada 07 Oktober 2021.
  5. ^ Feride Hikmet Atak (29 Julai 2015). "Edry Bakal Buat Perubahan Dalam AF 2015" mStar Online. Dicapai pada 07 Oktober 2021.
  6. ^ Feride Hikmet Atak (10 Ogos 2015). "Empat Peserta Tersingkir Dalam AF 2015" mStar Online. Dicapai pada 07 Oktober 2021.
  7. ^ Feride Hikmet Atak (05 Oktober 2015). "Bila, Syamel, Sufi, Sharul Ke Final AF 2015" mStar Online. Dicapai pada 07 Oktober 2021.
  8. ^ Rudy Imran Shamsudin (11 Oktober 2015). "Penentuan juara AF 2015" Harian Metro. Dicapai pada 07 Oktober 2021.
  9. ^ Nur Asyikin Mayudin (26 Ogos 2017). "Sharul (AF2015) Kesal Kontrak Ditamatkan Secara Mengejut" mStar Online. Dicapai pada 08 Oktober 2021.
  10. ^ Sudirman Mohd Tahir (06 Mac 2020). "Ekspresi Akim, Stacy" Harian Metro. Dicapai pada 08 Oktober 2021.
  11. ^ Qarami Hashim (13 Mac 2019)."Bersaing dengan BBNU, Sharul Kamal kena buat sesuatu untuk dikenali" mStar Online. Dicapai pada 09 Oktober 2021.
  12. ^ Norhayati Nordin (18 Ogos 2020). "Program Immortal Songs 'taruhan baharu' TV3" Harian Metro. Dicapai pada 10 Oktober 2021.
  13. ^ Najmi Suhaimi (05 Oktober 2020). "Saringan Sengit Immortal Songs Minggu Keenam, Haqiem Rusli VS Sharul Kamal" OhBulan. Dicapai pada 10 Oktober 2021.
  14. ^ Zaidi Mohamad (11 Oktober 2020). "Rezeki terpijak Sharul" BH Online. Dicapai pada 10 Oktober 2021.
  15. ^ Qarami Hashim (06 Oktober 2021). "Enam tahun bergerak solo... Sharul Kamal kini cuba nasib bersama band DUNYA" mStar Online. Dicapai pada 10 Oktober 2021.
  16. ^ Tengku Suzana Raja Mamat (8 Oktober 2021). "Sharul Kamal, anak didik Akim sedia goncang Dunya" Kosmo!. Dicapai pada 10 Oktober 2021.
  17. ^ Fiza Kamarudin (25 September 2017). "Tak Dapat Masuk AF, Dapat Jelajah Eropah" Gempak. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  18. ^ Budiey Isma (3 April 2019). "Kembara Balkan Sharul Kamal Dalam TRAVELOGUE BACKPAKERS" Budiey.com. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  19. ^ Syairah Abdul Lajis (08 Februari 2020). "Allahuakbar, merdunya..." Sinar Online. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  20. ^ Budiey Isma (09 Julai 2019). "SEP & BUNGA Tersingkir dari Muzikal Lawak Superstar" Budiey.com. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  21. ^ Najiy Jefri (23 Januari 2018). "Tak mudah mengalah" Harian Metro. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  22. ^ Qarami Hashim (23 Februari 2020). "Pulang dari Mesir... Sharul Kamal masuk hospital disyaki influenza MERS CoV" mStar Online. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  23. ^ Najiy Jefri (23 Jun 2020). "Sharul AF syukur ibu akhirnya bertudung" Harian Metro. Dicapai pada 11 Oktober 2021.
  24. ^ Nur Asyikin Mayudin (02 Januari 2022). "Penyanyi Sharul Kamal kahwin PR syarikat rakaman, pertama kali ‘dating’ selepas program Immortal Song" mStar Online. Dicapai pada 02 Januari 2022.

Pautan luar sunting