Muzik country
Muzik country (bahasa Inggeris: country music, lit. 'muzik desa' ) ialah suatu genre muzik popular yang berkembang di Amerika Syarikat. Genre ini sering kali terdiri dari lagu-lagu balada dan tarian ringkas dan berharmoni diiringi alat khusus seperti banjo, gitar-gitar elektrik dan akustik, gitar keluli, kecapi serta harmonika.[1][2][3] Komponen utama gaya muzik genre ini dari tradisi muzik di seluruh rantau Selatan dan Barat Daya negara tersebut.
Genre ini paling ditumpukan di bandar raya Nashville, negeri Tennessee yang sendirinya menjadi pusat atau teras berkaitan budaya sekitarnya; kota ini terkenal sebagai tempat konsert mingguan langsung Grand Ole Opry yang menaikkan banyak pengkarya genre ini ke persada negara ini malah ke serata dunia.
Sejarah perkembangan
suntingAsal mula
suntingImigran-imigran yang tiba di Amerika Utara dan menetap di selatan Pergunungan Appalachia membawa serta alat muzik dari Eropa berikut irama muzik yang telah dikenal mereka selama 300 tahun. Orang Ireland membawa biola, orang Jerman membawa alat muzik petik dulcimer, orang Itali membawa mandolin, orang Sepanyol membawa gitar, dan orang Afrika yang diperhambakan membawa banjo[4] Interaksi antara unsur-unsur diperkenalkan berbagai bangsa menghasilkan muzik khas Amerika Utara. Di awal abad ke-20, grup muzik Appalachia menggunakan alat muzik seperti biola, gitar, dan banjo.[5] Bentuk awal muzik country dan rakaman muzik jenis ini sering disebut muzik rakyat Amerika Utara (old-time music)
Sepanjang abad ke-19, sejumlah kelompok imigran asal Eropah, terutama Ireland, Britania Raya, Jerman, Sepanyol, dan Itali pindah ke Texas. Kelompok dari berbagai bangsa tersebut berinteraksi dengan orang Sepanyol, orang Meksiko-Amerika, penduduk asli Amerika Syarikat, dan pemukim Amerika Syarikat yang sudah lebih dulu menetap di Texas. Sebagai hasilnya, di Texas berkembang kebudayaan dengan ciri-ciri khas yang berakar dari kebudayaan negara asal pemukim. Pemukim dari wilayah yang sekarang disebut Jerman dan Republik Czech mendirikan dewan tarian yang besar di Texas. Petani dan orang kota menggunakannya sebagai tempat berkumpul, menari, dan menghabiskan waktu santai bersama. Di antara irama muzik yang dimainkan adalah muzik waltz dan polka. Alat muzik yang dimainkan untuk meramaikan majlis tarian begini adalah akordion.
Rakaman pertama
suntingKemajuan teknologi rakaman yang mula memelopori perakaman muzik yang mudah dan cepat pada tahun 1920-an.[6] Maka, banyak bakat serata negara dicari syarikat-syarikat ini untuk merakam sebaik-baiknya persembahan mereka yang diharapkan boleh melariskan perniagaan mereka. Salah satu syarikat ini, Victor Talking Machine Company, menjalankan sesi-sesi rakaman dilakukan menghimpunkan banyak bakat mempengaruhi asas genre ini di bandar Bristol, Tennessee tahun 1927.[7][8][9] Pada waktu itu, Ralph Peer bertindak sebagai pemandu bakat dan teknisi perekam suara.[10] Kegiatan ini mendorong bandar tersebut diiktiraf Kongres Amerika Syarikat sebagai "Tempat Lahir Muzik Country" (Birthplace of Country Music).[11]
Rakaman yang bisa dianggap sebagai rakaman pertama muzik country adalah lagu "Sallie Gooden" oleh pemain kecapi A.C. (Eck) Robertson yang terbit tahun 1922 oleh Victor Records. Perusahaan rakaman Columbia Records sudah mengeluarkan rakaman berisi muzik "hillbilly" (seri 15000D "Old Familiar Tunes") pada tahun 1924.[12] Setahun sebelumnya, Fiddlin' John Carson mengeluarkan "Little Log Cabin in the Lane" pada 14 Juni 1923 di bawah label Okeh Records.[13] Vernon Dalhart adalah penyanyi country pertama yang lagunya menjadi hit di Amerika Syarikat, "Wreck of the Old '97" pada bulan Mei 1924.[14][15] Sisi B piringan hitam tersebut berisi lagu "Lonesome Road Blues" dan ikut menjadi popular.[16] Di awal perkembangan muzik country terdapat pemuzik seperti Riley Puckett, Don Richardson, Fiddlin' John Carson, Al Hopkins, Charlie Poole and the North Carolina Ramblers, dan The Skillet Lickers.[17] Gitar keluli mulai dipakai untuk memainkan muzik country sejak tahun 1922, setelah Jimmie Tarlton bertemu dengan gitaris Hawaii Frank Ferera di Pantai Barat AS.[18]
Asal usul muzik country modern berasal dari pengaruh Jimmie Rodgers dan Carter Family yang dianggap sebagai pendiri genre ini. Rodgers mencampur unsur-unsur hillbilly country, gospel, jazz, blues, pop, cowboy, dan folk. Sebagian besar dari lagu-lagunya, termasuk "Blue Yodel"[19] (Victor 21142) terjual lebih dari satu juta keping, dan sekaligus menjadikannya sebagai penyanyi utama di zaman awal muzik country.[20] Selama 17 tahun berturut-turut sejak tahun 1927, grup Carter Family merakam sebanyak 300 lagu balada old time, lagu tradisional, lagu country, dan gita puja gospel yang merupakan peninggalan budaya dan folklor Amerika Syarikat Bagian Tenggara.[21]
1930-an sampai 1940-an
suntingKemelesetan Besar menyebabkan penurunan dalam angka penjualan piring hitam. Sebaliknya,radio tampil sebagai hiburan popular dalam kalangan rakyat. Muzik country diputar dalam berbagai acara radio yang disebut barn dance dari rantau Selatan hingga ke utara di Chicago dan ke selatan sampai di California, stesen-stesen radio menjadi sering memutar muzik country.
Salah satu acara yang patut dicatat adalah acara mingguan muzik country bernama Grand Ole Opry dari radio 650 WSM di Nashville, Tennessee. Antara bintang-bintang yang hadir di acara ini termasuk Uncle Dave Macon, Roy Acuff, dan pemain harmonika Afrika-Amerika bernama DeFord Bailey. Pemancar WSM yang kuat sebesar 50.000 watt pada tahun 1934 membuat radio ini sering kali bisa didengar di seluruh AS.[22]
1930-an ke 1940-an: pengaruh "koboi" dan hillbilly
suntingSepanjang tahun 1930-an dan 1940-an, lagu-lagu koboi (muzik western) yang sudah sering dirakam sejak tahun 1920-an menjadi popular berkat filem-filem Hollywood. Filem-filem "koboi nyanyi" zaman 1930-an dan 1940-an memunculkan pemuzik seperti Gene Autry, Sons of the Pioneers, dan Roy Rogers.[23] Bob Wills adalah penyanyi "country" yang membintangi filem koboi Hollywood. Campuran muzik "country" dan jazz yang dimainkannya sebagai muzik aula dansa, nantinya dikenal sebagai western swing. Spade Cooley dan Tex Williams juga memiliki band yang popular dan main filem.
Setelah irama muzik ini dimainkan di Aula Carnegie, pemuzik country mulai merakam irama boogie pada tahun 1939. Johnny Barfield merekamnya sebagai boogie woogie. Sejumlah kecil rakaman yang mulanya disebut hillbilly boogie atau okie boogie (atau nantinya country boogie) akhirnya membanjiri pasaran sekitar akhir tahun 1945. Salah satu country boogie yang menonjol asal zaman tersebut adalah "Freight Train Boogie" dari Delmore Brothers. Lagu "Freight Train Boogie" dianggap sebagai bagian dari tahapan evolusi muzik country dan blues menuju terbentuknya rockabilly. Pada tahun 1948, lagu "Guitar Boogie" dan "Banjo Boogie" dari Arthur "Guitar Boogie" Smith sampai di urutan 10 teratas tangga muzik country di AS. "Guitar Boogie" bahkan sampai di tangga lagu pop AS.[24] Penyanyi berirama country boogie yang lainnya termasuk Merrill Moore dan Tennessee Ernie Ford. Zaman Hillbilly Boogie terus berlanjut hingga ke tahun 1950-an, dan bertahan hingga abad ke-21 sebagai subgenre muzik country.Dengan tamatnya Perang Dunia Kedua, muzik "pendaki gunung" dari band alat petik yang dikenal sebagai muzik bluegrass muncul dikenali rintisan Bill Monroe bersama Lester Flatt dan Earl Scruggs, di bawah pimpinan Roy Acuff yang menguruskan konsert acara Grand Ole Opry di Nashville, Tennessee.
Jenis lain muzik country yang hanya memakai gitar, bass, dobro atau gitar keluli (dan nantinya drum) menjadi popular dalam kalangan masyarakat kulit putih kelas pertengahan ke bawah di Selatan Amerika Syarikat. Irama yang nantinya disebut honky tonk ini berasal dari Texas. Definisi irama honky tonk adalah "sedikit dari sini, sedikit dari sana, sedikit hitam, sedikit putih...cukup keras agar anda tidak banyak fikir dan langsung memesan wiski."[25] Al Dexter dari Texas Timur berjaya mencetak lagu hit "Honky Tonk Blues", dan beberapa tahun kemudian dengan "Pistol Packin' Mama".[26] Lagu-lagu honky tonk erat hubungannya dengan bar dan rumah minum. Di antara artis yang membawakannya terdapat musisi seperti Ernest Tubb, Ted Daffin, Floyd Tillman, Maddox Brothers and Rose, dan Hank Williams yang nantinya disebut pemuzik country "tradisional".
Sejumlah pemuzik country juga merakam lagu-lagu dalam irama lain. Moon Mullican yang memainkan western swing juga merakam lagu-lagu yang bisa disebut rockabilly. Bill Haley menyanyikan lagu-lagu koboi, dan pernah menjadi peneriak yodel. Haley akhirnya terkenal sebagai perintis rock and roll. Lefty Frizzell memainkan honky tonk dengan gaya Jimmie Rodgers. Hasilnya adalah lagu yang sangat khas Lefty Frizzell. Pada antara tahun 1947 dan 1949, raja muzik country Eddy Arnold berhasil menempatkan 8 lagu di 10 teratas tangga lagu Billboard.[27]
Tahun 1950-an dan tahun 1960-an: Nashville sound dan rockabilly
suntingSejak pertengahan tahun 1950-an hingga puncaknya pada awal tahun 1960-an, irama yang dikenal sebagai "nashville sound" mengubah muzik country sebagai industri jutaan dolar. Irama muzik ini disebut nashville sound karena berasal dari industri rakaman di Nashville, Tennessee. Di bawah pengarahan produser seperti Chet Atkins, Owen Bradley, dan kemudian Billy Sherrill, mereka mengantarkan nashville sound ke berbagai kalangan, sekaligus menghidupkan kembali muzik country.[28] Lagu-lagu berirama nashville sound bisa dikenali dari ciri-ciri khas yang dipinjam dari muzik pop tahun 1950-an: vokal yang "lembut" dan dominan dengan pengiring berupa alat muzik gesek dan paduan suara. Musisi country yang tergolong ke dalam genre nashville sound adalah Patsy Cline, Jim Reeves, Floyd Cramer, dan kemudian Tammy Wynette serta Charlie Rich.
Tahun 1956 bisa disebut sebagai tahun rockabilly untuk muzik country. Peringkat ke-2, ke-3, dan ke-4 tangga Billboard waktu itu ditempati oleh Elvis Presley dengan "Heartbreak Hotel", Johnny Cash dengan "I Walk the Line", dan Carl Perkins dengan "Blue Suede Shoes".[29] Pada tahun 1958, Johnny Cash dan Elvis kembali menempatkan lagu-lagunya di 5 teratas Billboard, masing-masing dengan "Guess Things Happen That Way/Come In, Stranger" di urutan ke-3 dan "Don't/I Beg Of You" di urutan ke-5.[30] Elvis mengakui dipengaruhi artis rhythm and blues. Sementara itu tentang gaya bermusiknya, Elvis berkata, "Orang kulit berwarna sudah lama menyanyikan dan memainkan muzik seperti yang aku mainkan sekarang, sudah lama sekali daripada yang kutahu." Ia juga menambahkan, "Musikku hanyalah muzik country yang melompat-lompat."[31]
Genre yang sekarang disebut rockabilly mencapai puncak kepopuleran di kalangan penggemar muzik country pada tahun 1950-an dan lagu-lagunya dirakam oleh pemusik country. Pada akhir dekad 1950-an, pemuzik country tradisional seperti Ray Price, Marty Robbins, dan Johnny Horton mulai menjauhkan diri pengaruh rock and roll.
Muzik country mendapat perhatian pendengar di seluruh Amerika Syarikat melalui acara muzik Ozark Jubilee. Acara ini disiarkan secara langsung dari Springfield, Missouri, dari tahun 1955 hingga 1960. Musisi yang tampil adalah pemusik country yang top, termasuk pemusik beraliran rockabilly.
Rujukan
sunting- ^ "Country music – Definition". Dictionary.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-07. Dicapai pada 2011-10-30.
- ^ "Country music – Definition". Oxford Dictionaries. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2011. Dicapai pada 2011-10-30.
- ^ Country music – Definition from WordWeb http://wordweb.info/free/
- ^ http://bluegrassbanjo.org/banhist.html Bluegrassbanjo.org
- ^ [1] Diarkibkan 2008-11-19 di Wayback Machine Shoppbs.org
- ^ Richard A. Peterson (1999-12-15). Creating Country Music: Fabricating Authenticity. University of Chicago Press. m/s. 9. ISBN 978-0-226-66285-5.
- ^ "The Birthplace of Country Music" – melalui video.nationalgeographic.com.
- ^ "Birthplace of Country Music". www.americaslibrary.gov.
- ^ "Dolly Parton, Vince Gill, Marty Stuart, and more, to appear on Orthophonic Joy: The 1927 Bristol Sessions Revisited". Birthplace of Country Music Museum. 2015-04-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-20. Dicapai pada 2016-09-07.
- ^ David Sanjek, "All the Memories Money Can Buy: Marketing Authenticity and Manufacturing Authorship", p. 155–172 in Eric Weisbard, ed., This is Pop, Harvard University Press, 2004. ISBN 0-674-01321-2 (cloth), ISBN 0-674-01344-1 (paper). hlm. 158.
- ^ "Birthplace of Country Music", AmericasLibrary.gov, 2011, web: AL.
- ^ http://settlet.fateback.com/COL15000D.htm Diarkibkan 2008-05-13 di Wayback Machine Settlet.fateback.com
- ^ http://ourgeorgiahistory.com/chronpop/215 Ourgeorgiahistory.com
- ^ http://www.blueridgeinstitute.org/ballads/old97song.html Diarkibkan 2010-12-06 di Wayback Machine Blueridgeinstitute.org
- ^ http://www.blueridgeinstitute.org/ballads/old97.html Diarkibkan 2010-12-09 di Wayback Machine Blueridgeinstitute.org
- ^ Cohn, Lawrence. Nothing but the Blues: The Music and the Musicians. Abbeville Press. m/s. 238. Unknown parameter
|origmonth=
ignored (bantuan); Unknown parameter|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); Unknown parameter|isdn=
ignored (bantuan) - ^ http://www.southernmusic.net/gidtanner.htm Southernmusic.net
- ^ Cohn, Lawrence: "Nothing But the Blues" chapter titles "A Ligher Shade of Blue - White Country Blues" by Charled Wolfe hlm. 247, 1993
- ^ "Jimmie Rodgers Singles". LP Discography. Dicapai pada 5 October 2008.
- ^ Nothing But the Blues 1993, White Country Blues oleh Charles Wolfe. hlm. 233
- ^ "The Carter Family". southernmusic.net. Dicapai pada 5 October 2008.
- ^ "PBS - American Roots Music : Episode Summaries". PBS. Dicapai pada 5 October 2008.
- ^ "Roughstock's History of Country Music - Cowboy Music". Roughstock. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-02-16. Dicapai pada 5 October 2008.
- ^ "Arthur Smith Biography". Oldies.com. Dicapai pada 5 October 2008.
- ^ Workin' Man Blues - Country Music in California. Gerald W. Haslan. University of California Press. 1999. hlm. 135. ISBN 0-520-21800-0.
- ^ Go, Cat, Go! by Carl Perkins and David McGee 1996 hlm. 23-24 Hyperion Press ISBN 0-7868-6073-1
- ^ "Historical Charts". Billboard.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 May 2012. Dicapai pada 5 October 2008.
- ^ "Floyd Cramer". The Rock and Roll Hall of Fame and Museum. Dicapai pada 5 October 2008.
- ^ "Hot Country Songs 1956". Billboard.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 July 2012. Dicapai pada 5 October 2008.
- ^ "Hot Country Songs 1958". Billboard.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 July 2012. Dicapai pada 5 October 2008.
- ^ Workin' Man Blues - Country Music in California. Gerald W. Haslan. University of California Press. 1999. hlm. 135. ISBN 0-520-21800-0.
Pautan luar
sunting- The Country Music Association – Nashville, Tennessee(CMA)
- Western Music Association (WMA)
- Country Music Hall of Fame and Museum – Nashville, Tennessee
- Grand Ole Opry – Nashville, Tennessee
- TIME Collections: Country Music - ringkasan sejarah ini dari majalah Time
- Kingwood Kowboy's History Of Country Music