Columbia Records ialah label rakaman berpusat di Amerika Syarikat; ia dimiliki oleh Sony Music Entertainment, anak syarikat Sony Corporation of America iaitu bahagian Amerika Utara syarikat konglomerat Sony dari Jepun. Ia ditubuhkan pada tahun 1887, yang berkembang dari American Graphophone Company, pengganti kepada Volta Graphophone Company.[1] Columbia ialah nama jenama tertua dalam perniagaan bunyi rakaman,[2][3][4] dan syarikat utama kedua untuk menghasilkan rakaman.[5] Dari tahun 1961 hingga 1990, rakaman Columbia diedarkan luar Amerika Utara di bawah nama CBS Records untuk mengelakkan kekeliruan dengan Syarikat Columbia Graphophone milik EMI. Columbia ialah salah satu label rakaman perdana Sony Music bersama bekas saingan lamanya RCA Records, serta Arista Records dan Epic Records.

Columbia Records
Columbia Records Colored Logo.svg
Syarikat induk
Diasaskan1887; 133 tahun yang lalu (1887) (sebagai Columbia Phonograph Company)
PengasasEdward D. Easton
Label edaranSony Music Entertainment
GenrePelbagai
Negara asalAmerika Syarikat
LokasiNew York City, New York, A.S.
Tapak web rasmiwww.columbiarecords.com

Artis di bawah Columbia termasuk Amerie, AC/DC, Willie Johnson Blind, Adele, Louis Armstrong, Tony Bennett, Beyoncé, Blind Willie Johnson, Dave Brubeck, The Byrds, Johnny Cash, Mariah Carey, The Chainsmokers, The Clash, Miles Davis, Rosemary Clooney, Neil Diamond, Celine Dion, Bob Dylan, Earth, Wind & Fire, Duke Ellington, 50 Cent, Erroll Garner, Benny Goodman, Adelaide Hall, Billy Joel, Janis Joplin, John Mayer, George Michael, Billy Murray, Pink Floyd, Santana, Frank Sinatra, Simon & Garfunkel, Bessie Smith, Bruce Springsteen, Barbra Streisand, Harry Styles, System of a Down, Andy Williams, Pharrell Williams, Bill Withers, Paul Whiteman dan Joe Zawinul.

RujukanSunting

  1. ^ Bilton, Lynn. The Columbia Graphophone and Grafonola -A Beginner's Guide. Intertique.com website, 2007. Retrieved December 19, 2009.
  2. ^ Nielsen Business Media, Inc. (September 17, 1955). Billboard. Nielsen Business Media, Inc. m/s. 35. ISSN 0006-2510.
  3. ^ Ben Sisario (October 30, 2012). "From One Mine, the Gold of Pop History". The New York Times. Dicapai pada February 28, 2013.
  4. ^ "125 Years of Columbia Records - An Interactive Timeline". Diarkib daripada yang asal pada November 14, 2017. Dicapai pada November 8, 2016. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  5. ^ "Emile Berliner and the Birth of the Recording Industry: The Gramophone". Dicapai pada November 8, 2016.

Bacaan lanjutSunting

Pautan luarSunting