Afifah Nasir
Nur Afifah binti Md Nasir (Jawi: عفيفه ناصر; lahir 15 Februari 1993) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Afifah juga merupakan adik kepada Anzalna Nasir dan Mia Nasir yang juga merupakan seorang pelakon.[2]
Afifah Nasir | |
---|---|
Kelahiran | Nur Afifah binti Md Nasir 15 Februari 1993[1] |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2015–kini |
Saudara | Anzalna Nasir (kakak) Mia Nasir (kakak) |
BiografiSunting
Beliau merupakan anak keempat daripada lima beradik.[3] Beliau mula terbabit dalam bidang seni, secara spontan, berpunca daripada kegemarannya berkongsi video di laman sosial Instagram. Video yang dimuat naik itu telah ditonton seorang pengarah sebuah syarikat produksi, Global Station, yang kemudiannya menghubunginya dan memberikan skrip 'Aku Bukan Bimbo' yang ditayangkan di Astro, lantas membuka ruang untuk Afifah dalam bidang lakonan. Afifah pada mulanya teragak-agak kerana lebih berminat dengan dunia nyanyian, bagaimanapun dia mengambil keputusan untuk mencuba dan diterima berlakon dalam drama berjudul Aku Bukan Bimbo selepas menjalani uji bakat.
Afifah telah memegang watak utama dalam drama bersiri Pengantinku Jatuh Dari Langit. Drama 30 episod arahan Idora Abdul Rahman itu turut menampilkan Hafreez Adam, Faye Kusairi, Azhar Sulaiman, Fahad Iman, dan Azam Pitt, yang disiarkan mulai 30 November ini pada setiap hari Rabu dan Khamis, menerusi saluran HyppSensasi (HyppTV 116) dan HyppTV Everywhere (aplikasi mobil HyppTV).
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2021 | Budak Kripto | Elly | Filem pertama |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Aku Bukan Bimbo | Diana | Astro Ria | |
Suami Tanpa Cinta | ||||
Jasmine | Tina | TV3 | ||
Cinta 11 Syarat | Hana | Astro Prima | ||
Pengantinku Jatuh Dari Langit | Rinieta Aini | HyppTV | ||
2017 | My Sweet Lavender | Lynn | TV9 | |
Bahagia Kasihmu | Shafikah | TV3 | ||
Syurga Yang Kedua | Diana | Astro Prima | ||
2017-2018 | Dia | Yati | TV3 | Drama Eksklusif |
2019 | Tuan Danial | Dee | ||
Kerana Dia Manusia Biasa | Tengku Syakira | |||
2020 | Ironi Kasih | Maira | ||
Pink Smile | Melati | |||
Pengantin Satu Malam | Rihana | |||
2021 | Melastik Ke Hatimu | Ain | ||
Lelaki Itu Untukku 2 | Shalini | TV1 | ||
Hati Yang Dikhianati | Bella | Astro Prima | ||
Mamu Mami Gosip | Kamisah | Filem Negara Malaysia | ||
Kampung Kolestrol | Aini | TV9 | ||
Kuali Mentua Lauk Menantu | Lela | TV2 | ||
Seram Tak Seram | TV9 | |||
Checklist Mr. Right | Niesa | TV3 | ||
Keluarga Untuk Disewa | Noraa / Anis | TV9 | ||
2022 | 3 Nota Cinta | Abby | TV3 | |
Imamku Okey | Amira | TV Okey | ||
Bisik Bisik Gelora | Nada | TV3 | ||
Roti Cicah Susu | Hernani | Astro Ria |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Crush Next Door | Astro Ria | |
Cinta 11 Syarat Raya | Astro Maya HD | ||
2018 | Aku Dia Lagu | TV2 | |
2018 | Cubaan Bahagia | Shasha | ntv7 |
2022 | Jeriji Patin | TV3 | |
Sempurna Mencintaimu | Maisara |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Baru Wanita Popular | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Afifah Nasir Official. Perihal Dicapai 4 Mac 2017.
- ^ Afifah Nasir Tidak Mahu Dibayangi Populariti Kakak.
- ^ "Afifah Nasir tak mahu dibayangi populariti kakak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-17. Dicapai pada 2017-03-04.
Pautan luarSunting
- Afifah Nasir di Instagram
- Afifah Nasir Mengaku Ada Kekasih Elak Difitnah. Diarkibkan 2018-11-07 di Wayback Machine
- Penyambung legasi seni Diarkibkan 2019-04-04 di Wayback Machine
- 'Bakat kami berbeza' Diarkibkan 2017-03-05 di Wayback Machine