Lakonan ialah suatu cara penceritaan yang disampaikan dengan cara meniru dan menghayati diri pelaku (watak) dalam sesebuah cerita yang berlainan dengan dirinya yang sebenar.

Kata dasar lakon menyerap dari bahasa Jawa ꦭꦏꦺꦴꦤ꧀ lakon melalui pengimbuhan ꦭꦏꦸ laku "berjalan" dan -an;[1][2] hal ini diakar daripada pemahaman asal dalam seni wayang masyarakat tersebut merujuk kepada "pengalaman suatu perjalanan hidup", yakni yang "mengubah kacau bilau [dunia] kepada keteraturan" melalui persembahan yang dilakukan.[3]

Gambaran umumSunting

Di Malaysia, lakunan teater boleh dibahagikan kepada dua, iaitu lakunan traditional seperti Bangsawan, Main Puteri, Mak Yong, dan Menora, dimana watak dan jalan cerita telahpun dikekalkan dan tidak lagi berubah, walaupun setelah berlakunya perubahan zaman.

Teater moden pula merujuk kepada yang lain daripada yang di atas. Teater moden di Malaysia bergerak aktif tetapi kurang mendapat minat ramai kecuali kumpulan kecil. Usaha sedang giat dijalankan untuk mendedahkan lagi teater kepada umum.

Wayang pula mula bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40an. Sekitar 1950-an hingga 60-an, Jalan Ampang di Malaysia, dan Jalan Kempas di Singapura menjadi terkenal sebagai penghasil filem-filem melayu.

Pada masa sekarang, cerita drama video telah menjadi semakin popular dan semakin banyak ditayangkan. Filem yang ditangkap dengan menggunakan filem boleh dipancarkan kepada layar wayang tanpa kehilangan mutu gambar. Filem video untuk drama televisyen tidak sesuai untuk dilayar wayang disebabkan mutu gambar menjadi kurang baik apabila diperbesarkan.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "m/s. 662". Dewan Bahasa. No. 29. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1985.
  2. ^ A. Seno Sastroamidjojo (1964). Renungan tentang Pertundjukan Wajang Kulit. Jakarta: Penerbit PT. Kinta. m/s. 98.
  3. ^ Bagoes Wiryomartono (2016). Javanese Culture and the Meanings of Locality: Studies on the Arts, Urbanism, Polity, and Society. Lexington Books. m/s. 79.