Mak Yong

tarian tradisi berasal dari Kerajaan Patani iaitu Kelantan-Pattani

Makyong, mak yong atau makyung (Jawi: مق يوڠ, Bahasa Thai: มะโย่ง ma yong) merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang telah diharamkan oleh kerajaan negeri Kelantan dibawah parti PAS. Ia berasal dari Kerajaan Patani iaitu Patani dan Kelantan. Drama tari ini menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja; nama "mak yong" ini dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun. Ia menjadi persembahan harian, Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Patani selatan Thailand; Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Pahang, Johor di Malaysia serta sejauh Kepulauan Riau di Indonesia.

Persembahan mak yong
NegaraMalaysia
Rujukan0167
KawasanSemenanjung Tanah Melayu
Sejarah inskripsi
Inskripsi2008

Ia dipersembahkan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi juga sebagai istiadat raja memerintah dan sebagai cara perubatan merawat orang sakit. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.

Unsur-unsur seni persembahan ini yang penuh mistis menarik rasa tidak senang dalam sesetengah pihak; ia pernah diharamkan di negeri Kelantan sejak ia dipimpin Parti Islam Se-Malaysia pada 1991 dengan alasan "seni ini mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah, seperti pemujaan".[1] Walau bagaimanapun, Mak Yong terus mendapat pengiktirafan di persada dunia apabila UNESCO mengumumkan bahawa Mak Yong diiktiraf sebagai salah satu Mahakarya Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan (Intangible Cultural Heritage of Humanity) dari Malaysia pada tahun 2005.[2][3]


Sejarah sunting

Para sejarawan tidak pasti sama ada Mak Yong mempunyai suatu punca yang khusus. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan dalam kalangan penduduk kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dipastikan. Bagaimanapun, pemerhatian sifat seni ini yang didapati bebas daripada pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi.

Ada sumber yang menyatakan seni ini dipercayai berkembang hasil gabungan beberapa unsur utama iaitu tarian nora, tarian yang dipersembahkan para dayang istana serta sawai.[4] Legenda biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang[5] tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh makhluk digelar Semar.

Ada juga penceritaan lisan yang mendasarkan seni ini kepada kegiatan harimau jadian, sepertimana yang didokumentasikan Hasan Junus dalam isu 23 Julai 1972 akhbar Suara Karya Minggu di Riau dari suatu cerita turunan oleh Abdul Rahman, salah satu pemeran utama dan terkenal seni ini serata Kepulauan Riau bergelaran "Pak Man" berasal dari Mantang Arang, Kabupaten Bintan:[5]:69-70

Suatu hari ada seorang lelaki yang pergi masuk ke hutan dan tersesat. Untunglah dia berjumpa sebuah kampung dan orang yang tinggal di ujung kampung itu baik hati mengajaknya bermalam di pondoknya. Setelah selesai makan, tuan rumah berpesan, “Jangan ke mana-mana, jangan pergi keluar rumah. Tutup pintu tingkap dan tidurlah, saya ada kerja sedikit.” Hari pun malamlah.

Begitu malam hari, orang sekampung itu berubah menjadi (ha)rimau semuanya. Lalu, terdengar bunyi gong dan tambur, amatlah bagus bunyinya. Orang yang sesat tadi mengintip dari celah-celah dinding. Rupanya (ha)rimau jadi-jadian itu sedang bersenang-senang dengan suatu permainan penghibur hati, pengobat penat di siang hari. Begitu permainan selesai, mereka pun letih dan terkapar tidur sampai tak sempat mencium bau manusia.

Besoknya orang yang sesat tadi pun balik ke kampungnya. Permainan (ha)rimau jadi-jadian itu ditirunya dan dimainkannya di kampungnya. Itulah asal mula Makyong. Entah ya entah tidak, begitulah yang diceritakan orang tua-tua dulu kepada saya.

Pencatatan awal sunting

Menurut Hikayat Patani, seni Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu di mana ia pertama kali disebut sebagai pertunjukan di istana Yala, Kerajaan Pattani.[6] Dari situ ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain melalui Tanjung Kurau (kini Singapura) ke kepulauan Riau yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Kesultanan Johor-Riau-Lingga. Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 yang mana ia sering dipertontonkan dalam kalangan orang biasa.

Butiran mengenai persembahan ini turut digambarkan teliti dalam Syair Perkawinan Anak Kapitan Cina dikarang Encik Abdullah bertarikh 1277 Hijriyah atau 1860 Masihi yang menceritakan suasana perkahwinan seorang pembesar Melayu bernama Engku Puteri Raja Hamidah dengan anak seorang Kapitan Cina.[5]:73-75

Ketibaan British

Pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kampung tanpa naungan istana dengan kedatangan pihak British ke Kelantan yang telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah yang mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan dalam generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada tahun 1926 hinggalah tahun-tahun 1950-an. Pada zaman ini juga unsur-unsur komersial pertunjukan Mak Yong telah memperalatkan nilai-nilai estetik klasik yang ada dalam Mak Yong: persembahan Mak Yong yang diadakan dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00 malam sahaja memberi laluan kepada acara tarian joget iringan alat-alat muzik Barat seperti biola dan akordion menggantikan rebab serunai, bahkan para hadirin penonton akan naik pentas untuk menari joget dengan penari-penari Mak Yong.

Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot; banyak sekali kisah sumbang antara penari Mak Yong dengan penonton selepas selesai persembahan Mak Yong, dan perceraian dalam kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada dalam kalangan penari Mak Yong yang berasa bangga dengan jumlah bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Keadaan ini mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.

Pasca-merdeka sunting

Pada selewat-lewatnya akhir 1970-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak Yong yang wujud[7] dan tidak banyak lagi orang yang berminat mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, persembahan itu hanya dikerumuni oleh orang-orang tua.

Kumpulan generasi ketiga tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang asli mula dihidupkan kembali.

Persiapan sunting

Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan di panggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang keempat dikhaskan bagi orkestra memainkan muzik iringan.

Alat yang digunakan sunting

Para pelakon mak yong memakai pelbagai jenis topeng beraneka rupa sesuai dengan peran yang dimainkan dalam cerita utama baik sebagai betara, orang bersakti mahupun haiwan seperti kijang, beruk, garuda dan gajah. Terdapat juga peralatan lain yang diperlukan dalam pertunjukan termasuk batang rotan (sebagai alat pemukul), parang, keris, kapak, panah, tongkat kayu (untuk dijadikan tongkat sakti), dan canggai (kuku panjang palsu dibuat dari bahan berkilat seperti emas).[5]:78

Antara alat-alat muzik yang digunakan untuk mengiringi persembahan adalah seperti berikut:[5]:78

Latihan sunting

Kebanyakan peranan termasuk watak Pak Yong yang utama dilakukan oleh wanita memenuhi keinginan raja; kekurangan tenaga ini pada zaman sekarang adakala memaksa penerimaan golongan lelaki dalam watak-watak tertentu melakukan persembahan.[7] Ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Pelawak seringkali memainkan watak pawang yang melaksanakan main puteri.[4]

Dalam latihan Mak Yong tradisi, setiap pemain akan diajar keseluruhan peranan watak dalam Mak Yong, termasuk Raja, Permaisuri, bangsawan istana dan pelawak termasuk para panglima. Mereka turut diajar pelbagai kisah Mak Yong, termasuk Dewa Muda, Dewa Pecil dan Hijau-hijau Intan Permata. Selain itu, mereka akan belajar sejumlah besar lagu pengiring Mak Yong termasuk "Pak Yong Muda", "Sedayung Mak Yong", "Sedara Tonggek", "Kisah Barat", "Barat Cepat", "Lagu Khabar ke Pengasuh" dan "Mengulit". Selepas seseorang pelajar telah menguasai kesemua aspek ini mereka akan menamatkan pengajaran dengan melalui upacara sembah guru sebagai tanda tamatnya pembelajaran Mak Yong.[8]

Tatacara sunting

Upacara batin sunting

Upacara semah dilakukan di mana tiga jenis olahan padi akan dipersembahkan bagi bermacam-macam makhluk halus:[5]

  • Beras basuh, jenis beras yang "tak patah, tak berantah, dan sudah bersih dari kulit ari dan segala macam daki tanaman"
  • Beras kunyit, beras basuh yang diwarnakan kuning dengan kunyit
  • Bertih, padi yang digonseng atau digoreng tanpa minyak

Perkara ini difahamkan terbawa dari pemujaan dan penghormatan kepada semangat padi yang dilakukan dalam kepercayaan animis dahulukala.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam siri pertunjukkan tiga jam.

Jenis persembahan sunting

Terdapat 7 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang membezakan antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-

  • Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat di selatan Thailand yang dahulunya terangkum dalam Kesultanan Melayu Patani.
  • Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia.
  • Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
  • Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand).
  • Makyong Riau - ditemui di Lingga, Batam dan Bintan hasil pengaruh Kesultanan Johor; ada perbezaan melalui penerapan istiadat dan penggunaan topeng seperti Mak Yong di Kedah bagi sebahagian watak dayang Raja, Puteri, penjahat, setan, dan semangat, sama seperti yang diamalkan di Nara Yala. Pada akhir abad lepas, Mak Yong bukan sahaja menjadi persembahan harian, tetapi juga sebagai istiadat raja memerintah. Pemerintah Indonesia telah mengambil langkah memelihara Mak Yong dengan melancarkan program merakamkan tradisi ini dengan bantuan Persatuan Tradisi Lisan dan membantu kumpulan pengiat Mak Yong meneruskan persembahan mereka dengan bantuan peralatan dan pakaian. Rakaman tersebut disimpan di pejabat Persatuan Tradisi Lisan dan PUSKAT di Jakarta (Yogyakarta).
  • Makyong Medan - ditemui di Sumatera Utara, Indonesia.
  • Makyong Kalimantan - ditemui di Kalimantan, Indonesia.

Perbezaan antara Mak Yong sebagaimana yang terdapat di Kelantan, yang tidak menggunakan sebarang topeng, Mak Yong dari Batam dan Bintan menggunakan topeng seperti di Nara Yala, kawasan asal, bagi bilangan dayang seperti pelayan peribadi Raja (Raja, atau anak lelakinya) dan Puteri (Ratu atau anak perempuannya), penjenayah, jembalang dan semangat.

Amalan ini tidak lagi diamalkan di Indonesia. Orang terakhir yang melakukannya adalah Tuk Atan di Bintan dan Pak Basri di Batam, keduanya telah meninggal. Mak Yong bagaimanapun masih ditontonkan bermula dan berakhir dengan upacara. Mentera yang diucapkan oleh dua orang di atas telah diwarisi oleh keturunan mereka. Pertunjukan Mak Yong di Batam dan Bintan pada masa kini merupakan bentuk keturunan ketiga. Mak Yong di Batam dan Bintan telah wujud bagi 150 tahun dan masa kini terancam dengan kepupusan sekiranya tiada dokumentasi dan latihan pelakonnya dilakukan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "DAH 26 TAHUN PAS HARAMKAN TARIAN NI, TAPI KENAPA UNESCO MASIH BAGI PENGIKTIRAFAN?". soscili. Dicapai pada 2018-12-03.
  2. ^ "5 perkara mengenai seni yang diharamkan di Kelantan, Makyong". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-29. Dicapai pada 3 Disember 2018.
  3. ^ "Mak Yong theatre". Intangible Cultural Heritage. UNESCO. Dicapai pada 6 Jun 2021.
  4. ^ a b Brandon & Banham (1997)
  5. ^ a b c d e f Abdul Malik (2013)
  6. ^ Teeuw, A.; D. K., Wyatt (1970). Hikayat Patani: the Story of Patani. Springer Netherlands. m/s. 110. ISBN 978-94-015-2598-5.
  7. ^ a b Hafizah Iszahanid (30 November 2008). "Mak Yong lelaki". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-17. Dicapai pada 2021-06-06. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ Preserving the grace of the 'mak yong', Noor Shamsiah Mohamed, KUALA TERENGGANU
Sumber utama
  • Abdul Malik (2013). Direktori Seni dan Budaya Melayu. Tanjungpinang, Depok: Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau & Komodo Books. m/s. 69–88.
  • Brandon, James R.; Banham, Martin, penyunting (1997). The Cambridge Guide to Asian Theatre. Cambridge University Press. m/s. 194–195. ISBN 9780521588225.
  • Mohamed Afandi Ismail (1975). Perkembangan Mak Yong Sebagai Satu Seni Teater Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 375–80.

Pautan luar sunting