Hikayat Patani (Jawi: حكاية ڤتاني) merupakan sebuah manuskrip Melayu silam. Ia mengisahkan sejarah Patani mengenai legenda dan Kesultanan Patani, sebuah kerajaan Melayu yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Cerita ini bertarikh seawal akhir abad ke lima belas, tetapi kemungkinannya direkodkan pada pelbagai masa antara 1690 dan 1730 oleh sehingga enam pengarang yang berlainan (seksyen digaris di bawah pada mulanya ditetapkan oleh pakar bahasa Andries Teeuw dan sejarahwan David K. Wyatt) dan ditulis dalam tulisan Jawi.

Kitab manuskrip Hikayat Patani.
Kitab manuskrip Hikayat Patani.

Cerita ini terselamat dalam beberapa manuskrip asal lain, terawal disalin oleh Abdullah Munshi pada 1839, dan berada di Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat.

Seksyen Hikayat sunting

Bahagian Satu: Kisah mengenai Dinasti Inland Seksyen pertama, yang merangkumi laman 1-74 dari manuskrip 1839 manuscript, memperincikan kisah semasa pemerintahan Dinasti Inland, yang memerintah Patani dari asasnya, seawal pertengahan abad ke empat belas, sehingga kejatuhannya pada abad ke tujuh belas. Kisahnya pada asasnya berkenaan raja dan warisannya. Tiada penjelasan mengenai kemunculan tradisi pemerintah wanita, dengan itu adalah dipercayai bahawa pengarang hikayat ini menganggap ia tidak berkenaan.

Bahagian Kedua: Kisah Dinasti Kelantan Seksyen ini, terdiri dari laman 74-78 dalam manuskrip 1839, mengisahkan kebangkitan kuasa Raja Bakal dan raja penggantinya sehinggakejatuhan Long Yunus. Kisah ini mempunyai stail yang menunjukkan pengarangnya adalah semasa dengan kisah yang digambarkan. Sekali lagi kisah ini menumpu kepada jasa pemerintah Patani, sungguhpun seksyen ini dipenuhi dengan pertelingkahan perwarisan dan realiti kemunduran ekonomi jelas dikawasan ini selepas 1688. Dua tarikh diberikan bagi pemerintah di bawah, yang pertama berdasarkan turutan Teeuw & Wyatt dan yang satu lagi dari al-Fatani (lihat rujukan di bawah).

Bahagian Ketiga: Bendahara Patani Seksyen ini memberikan kisah ringkas mengenai bendahara (perdana menteri atau bendahara) yang berkhidmat bagi pemerintah Patani.

Bahagian Empat: Datuk Cerak Kin Kisah ini menceritakan mengenai pawang gajah Cau Hand dan keturunannya, termasuk Bendahara Datuk Cerak Kin, yang elihatannya merupakan bendahara yang amat berkuasa. Hikayat Patani versi Thai, yang meneruskan kisah selepas 1729, mendakwa bahawa Datuk Cerak Kin menggantikan Long Yunus pada takhta Patani, tetapi tidak lama selamat.

Bahagian Lima: Datuk Sai Kisah ini menceritakan mengenai aktiviti Datuk Sai dan pergelutan antara para waris bagi takhta semasa Dinasti Kelantan.

Bahagian Enam: Undang-undang Patani Seksyen ini antara lain memperincikan bagaimana Orkestra Di raja patut membuat persembahan semasa istiadat Diraja penting. Seksyen ini juga turut menunjukkan kuasa suci teks itu sendiri.

Rujukan sunting

  • Teeuw, A.; D. K., Wyatt (1970). Hikayat Patani: the Story of Patani. Bibliotheca Indonesica. 5. Den Haag: Martinus Nijhoff. m/s. 110. ISBN 0555823599 Check |isbn= value: checksum (bantuan). Diterbitkan semula oleh Springer Netherlands dengan ISBN 978-94-015-2598-5
  • Ahmad Fathy al-Fatani. (1994). Pengantar Sejarah Patani Check |url= value (bantuan) (PDF). Alor Setar, Kedah: Pustaka Darussalam.[pautan mati kekal]
  • David K. Wyatt, "A Thai Version of Newbold’s 'Hikayat Patani'." Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 40, no. 2 (1967): 16-37.
  • Francis R. Bradley. The World of the Hikayat Patani. M.A. Thesis, University of Wisconsin-Madison, 2006.
  • Ishii Yoneo, ed. The Junk Trade from Southeast Asia: Translations from the Tosen Fusetsu-gaki, 1674-1723. Data Paper Series, Sources for the Economic History of Southeast Asia, no. 6. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 1998.


Senarai Kesusasteraan Melayu
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z


Pautan luar sunting