Filem

(Dilencongkan dari Wayang)

Filem (Tulisan Jawi: فيليم) atau wayang gambar boleh merujuk kepada wayang tersebut ataupun industri perfileman secara umum.

Antara wayang awal menunjukkan kuda berlari.

Perkataan 'filem' datangnya daripada bahan filem fotografi yang merupakan perantara utama wayang tersebut dicetak dipanggil pita filem. Nama lain medium ini, "wayang gambar", turut diberi hasil kiasan yang membezakan daripada medium wayang kulit - perkataan "wayang" itu sendirinya kata warisan (doublet) seakar perkataan "bayang" melalui bahasa Jawa (ꦧꦪꦁ bayang) yang pada asalnya bermaksud "patung".[1]:30

Pembuatan atau pembikinanSunting

PersediaanSunting

Cerita yang disampaikan dalam sesbuah filem didasarkan daripada sebuah naskhah skrip yang ditulis menerangkan adegan diisi watak-watak melakukan perbuatan dan menuturkan patah kata tertentu sepertimana dimainkan pelakon. Seorang penerbit (atau produser) meluluskan selepas mengamati skrip ditulis lalu menyewa orang untuk bekerja pada filem tersebut dan mendapatkan wang yang akan diperlukan untuk membayar para artis dan peralatan.

Produser biasanya mendapatkan wang dengan meminjam dari bank atau mencari pelabur yang kesanggupan. Beberapa produser bekerja untuk sebuah studio filem dan yang lainnya bekerja secara mandiri.

PerakamanSunting

Pelakon dan sutradara membaca naskhah skrip untuk mengetahui apa yang harus dikatakan dan apa yang harus dilakukan. Kemudian sutradara memberitahu artis apa yang harus dilakukan dan seorang jurukamera akan mengambil gambar atau "futij"nya dengan kamera filem.

Ketika "futij" atau gambar selesai dirakam, seorang penyunting menyusun gambar secara bersama-sama yang akan dirapikan untuk membentuk keseluruhan cerita yang tampak selari cerita mengikut durasi tertentu. Penyunting (atau "editor") suara dan muzik akan merakam runut bunyi yang bersesuaian dengan emosi ingin diungkitkan sebelum ia digabungkan ke dalam gambar filem.

Pengedaran dan penayanganSunting

Setelah selesai, banyak salinan yang dibuat secara bergulungan yang kemudian diedarkan ke panggung-panggung wayang. Sebuah mesin elektrik yang disebut projektor akan menyuluh gulungan filem yang diputar dan gambarnya akan muncul di layar besar untuk dinikmati penonton.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Nothofer, Bernd (2009). "Patut dan turut; dua dan separuh; datar dan rata: kata warisan atau kata pinjaman? Catatan mengenai etimologi kosakata Melayu". Jurnal Ilmiah Masyarakat Linguistik Indonesia. 27 (1): 23-43.