Buka menu utama

Golongan bangsawan merupakan suatu kelas sosial yang berasal dari golongan bangsawan atau aristokrat. Bangsawan disini tidak semestinya termasuk golongan raja tetapi mereka yang datang dari kumpulan berstatus tinggi dan berharta.

Keistimewaan dan kedudukan dalam kalangan golongan ini sering diberikan oleh orang yang memerintah sama ada daripada seorang tokoh utama (raja) mahupun badan yang mewakilinya; namun orang kebanyakan mampu memperolehi kedudukan tinggi ini melalui pengumpulan kuasa, kekayaan, kekuatan tentera mahupun hubungan kuat dengan kerabat raja yang secukupnya.[1]

Pangkat dan gelaran kehormat seperti "Datuk", "Orang Kaya" mahupun "Tuan" sering digunakan bagi membezakan kedudukan golongan ini daripada orang kebanyakan sama ada dalam konteks perutusan surat mahupun dalam perbualan.

Lihat jugaSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Pautan luarSunting