Hati Yang Dikhianati

Hati Yang Dikhianati ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Riza Baharudin.Drama ini turut dibintangi oleh Isyariana, Amar Baharin , Mona Allen , Zamarul Hisham , Syamim Farid dan ramai lagi.Drama siri ini diadaptasi dari telenovela popular Venezuela , Mis Tres Hermanas atau dikenali sebagai My 3 Sisters terbitan RCTV tahun 2000.Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Tiara Astro Prima bermula 12 April 2021 bagi menggantikan Angkara Cinta [1].

Hati Yang Dikhianati
Genre
Berdasarkan daripada
Diadaptasi dari telenovela popular Venezuela , My 3 Sisters terbitan RCTV,2000
Ditulis olehThe Playwrights Team (Eenaz Mokhtar)
PengarahRiza Baharudin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanVida - Isyariana Che Azmi & Dean Eiman
Lagu penutupVida - Isyariana Che Azmi & Dean Eiman
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod40 (Terkini)
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Adila Dato' Ramly
Zetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDato Zaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaran42–43 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima (Slot Tiara)
Format gambar480i(SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal12 April 2021 – 4 Jun 2021 (Ditunda Sementara)
Kronologi
MengikutiAngkara Cinta
Diikuti olehDerita Untuk Bahagia

SinopsisSunting

Setelah pemergian ibu bapanya, Iskandar mengambil keputusan untuk berhenti persekolahannya dan terus bekerja demi membesarkan tiga adik perempuannya. 15 tahun berlalu selepas peninggalan ibu bapanya, Iskandar kini berkahwin dengan Maria dan tinggal bersama dua orang adiknya iaitu Lisa yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital komuniti serta adik bongsunya, Baby yang masih belajar.

Segalanya berubah apabila Lisa menyerang tapak pembinaan di sebelah hospitalnya dan berdepan dengan Zuhri Elyas yang merupakan ketua projek pembinaan tersebut. Pertemuan mereka secara perlahan membuahkan rasa kasih namun tanpa pengetahuan Lisa, Zuhri Elyas sebenarnya sudahpun bertunang. Dalam masa yang sama dia juga berselingkuh dengan Maria, kakak ipar kepada Lisa sendiri. Maria pula semakin tertekan ditambah dengan kehadiran adik iparnya Syaz dan suaminya Imran yang terpaksa berpindah ke rumah Iskandar kerana kehilangan kerja. Perlahan-lahan perjalanan cinta Lisa dan Elyas ditempuh ranjau.Adakah cinta mereka mampu bertahan setelah hati masing - masing mula dikhianati oleh orang ketiga?

PelakonSunting

Watak utamaSunting

Watak pembantuSunting

  • Malek Mccrone sebagai Samir
  • Sahronizam Noor sebagai Dato Ghafar
  • Shah Iskandar sebagai Imran
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Datin Sofia
  • Rosnah Johari sebagai Puan Salimah (Ibu Elyas)
  • Nabil Aqil sebagai Shafiq
  • Adam Malek sebagai TJ
  • Qistina Khaled sebagai Mimi
  • Afifah Nasir sebagai Bella
  • Najua P Ramlee sebagai Rubi
  • Razak Ahmad sebagai Pak Ngah
  • Lan Siro sebagai Nasir
  • Afiq Muiz sebagai Dr Fadlan
  • Manan Sulaiman sebagai Tuan Latif
  • Shah Rezza sebagai Dr Aman
  • Mas Anizan sebagai Delia
  • Zaki Azeman sebagai Zaki
  • Hasmira Azmi sebagai Eira
  • Harminder Sigh sebagai Mr Gobin (Peguam)
  • Farra Zainuddin sebagai Elis
  • Norazalina Ismail sebagai Siti (Sister)
  • Nik Ramly sebagai Tauke Pizza (Ayah TJ)
  • Miss Aishah sebagai Ana
  • Kejora Ruby Wahid sebagai Ain
  • Ayu Azlina sebagai Ibu Mimi

PenerbitanSunting

SUSULAN perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) melibatkan sekatan pergerakan skala penuh bagi sektor sosial dan ekonomi yang dikeluarkan oleh kerajaan atas faktor keselamatan, pihak Astro Prima dan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd., mengambil keputusan untuk menghentikan sebarang aktiviti penggambaran drama adaptasi Hati Yang Dikhianati atau HYD yang kini masih lagi ditayangkan menerusi slot Tiara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang berkuatkuasa serta merta. [2].

Muzik dan runut bunyiSunting

Lagu tema OST Hati Yang Dikhianati ialah "Vida" diadaptasi versi asal A Puro Dolor oleh kumpulan Son by Four dan lirik ditulis oleh Aisha Retno dan dipersembahkan oleh heroin utama iaitu Isyariana dan berduet bersama Dean Eiman . Selain itu, terdapat juga lagu sisipan lain yang dimuatkan dalam drama ini:

  1. "Biru Malam" - Chubb-E ft Amir Masdi (3:34)
  2. "Yang Terbaik" - Ariff Sany (3:49)
  3. "Biar Aku Simpan" - Bimasakti ft Oktovia Manrose (4:23)
  4. "Damaikanlah" - Ika Mustafa (3:56)
  5. "Lara" - Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli (3:52)
  6. "Kisah Cinta Kita" - Hafiz Suip (4:59)
  7. "Hadir" - Mirza (3:09)

RujukanSunting

  1. ^ Drama Hati Yang Dikhianati MyinfoTaip. Dicapai 11 April 2021
  2. ^ "Tayangan Hati Yang Dikhianati Ditangguhkan". utusantv.com. Dicapai pada 3 Jun 2021.