Mona Allen

Pelakon wanita Malaysia

Mona Allen (lahir Munna Hafiraneza Allen; 16 April 1985) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau pernah menjadi hos program Sinaran Pasport Kegemilangan tahun 2000.[2] Beliau juga terkenal dengan watak Ramona dalam Monalisa.

Mona Allen
KelahiranMunna Hafiraneza Allen
(1985-04-16) 16 April 1985 (umur 35)
Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2000–kini
PasanganPekin Ibrahim (k. 2018)

KerjayaSunting

Mona memulakan kerjayanya pada 2000 sebagai pengacara rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3. Kejayaanya sebagai pelakon hadir menerusi watak sebagai Ramona dalam drama Monalisa lakonan bersama Zara Zya. Sebelum Monalisa, Mona telah membintangi beberapa drama TV termasuk Mr. Donat Karamel dan Cik Serba Tahu. Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Manap Karaoke arahan Mamat Khalid di mana beliau berlakon di samping suaminya, Pekin Ibrahim.

Kehidupan peribadiSunting

Beliau berkahwin dengan pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.[3][4]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2019 Manap Karaoke Jamizan Mamat Khalid Filem pertama

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Mr. Donat Karamel Mimin TV3
2017 Cik Serba Tahu Maira Astro Ria
Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah! Nadine/Nilla Hypp Sensasi
Waris Kampung Semarah Padi TV1
2018 Monalisa Ramona Astro Prima
Mencari Qiblat Rose TV3
Seribu Rindu Damia
2019 Dia Menantu Rahsia Engku Kamelia
Cinta Non Grata Zatul
Lara Syakila Syakila TV2
2020 Kebaya Kasut Kanvas Ratnasari TV3

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Joras Van Haji Murshid Astro Warna
2017 Licin TV1
2018 Kitab Sijjin Siti Astro Citra
2019 Jerat Iris TV3

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2000 Sinaran Pasport Kegemilangan Dirinya sendiri/pengacara TV3

RujukanSunting

  1. ^ Ifqdar Rahman (8 Mac 2018). "Mona Allen kembali selepas lebih 15 tahun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 14 September 2018.
  2. ^ Norhayati Nordin (9 April 2018). "Cabaran watak antagonis". Harian Metro. Dicapai pada 14 September 2018.
  3. ^ "Pekin Ibrahim dan Mona Allen selamat nikah". Sinar Harian. 7 Disember 2018. Dicapai pada 8 Disember 2018.
  4. ^ "Pekin Ibrahim dan Mona Allen sudah bernikah". Astro Awani. 7 Disember 2018. Dicapai pada 8 Disember 2018.

Pautan luarSunting