Manap Karaoke
Manap Karaoke ialah sebuah filem komedi Malaysia 2020 arahan Mamat Khalid. Ia mengisahkan Manap yang membuka perniagaan Karaoke bergerak dari rumah ke rumah dengan menggunakan sebuah lori. Filem ini dibintangi oleh Joey Daud, Pekin Ibrahim, Mona Allen dan Imuda dan ditayangkan pada 7 Mei 2020. Ia menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di televisyen tanpa ditayangkan di pawagam.[a][1][2][3]
Manap Karaoke | |
---|---|
Pengarah | Mamat Khalid |
Penerbit |
|
Penulis | Mamat Khalid |
Dibintangi oleh |
|
Disunting oleh | Amen Khalid |
Syarikat penerbitan |
|
Mula ditayangkan | 7 Mei 2020 |
Tempoh tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
SinopsisSunting
Manap mendapat idea untuk membuka pusat karaoke lain daripada yang lain, iaitu karaoke bergerak. Wahab B menawarkan lori ayahnya dan menjadi pembantu untuk menguruskan peniagaan bersama Manap. Jadi, bermulalah bisnes karaoke mereka. Macam-macam insiden lucu terjadi ketika sesi karaoke dijalankan. Bisnes mereka juga mendapat sambutan hangat oleh penduduk kampung tidak kira bangsa dan peringkat umur. Sementara itu, bisnes karaoke Rauf Bogiba di kampung mereka semakin tidak mendapat sambutan. Rauf Bogiba tidak berpuas hati dan menyerang Manap sehingga berlaku pergelutan dan memusnahkan karaoke bergerak Manap. Bermulalah “perang” di antara Manap dan Rauf Bogiba.
PelakonSunting
- Joey Daud sebagai Manap
- Pekin Ibrahim sebagai Rauf Bogiba
- Mona Allen sebagai Jamizan
- Ropie Cecupak sebagai En Kamarulzaman
- Sharwani NS sebagai Wahab B
- Imuda sebagai Pak Mid
- TJ Isa sebagai Mat Khuda
- Rab Khalid sebagai Taiko Tai
- Man Kadir sebagai Tok Imam
- Ziema Din sebagai Kak B Vavavoom
Keluaran dan sambutanSunting
Manap Karaoke dikeluarkan pada 7 Mei 2020. Filem ini pada asalnya untuk ditayangkan di pawagam, namun ditunda, sebaliknya ditayangkan secara terus di Astro First, susulan pandemik COVID-19.[4][5]
CatatanSunting
- ^ Filem Malaysia kedua tidak ditayangkan di pawagam selepas Till Death: Azalea's Wrath (2019).
RujukanSunting
- ^ Manap Karaoke filem pertama melangkau pawagam, dibawa terus ke rumah anda Astro Awani (7 Mei 2020). Dicapai pada 14 Mei 2020.
- ^ Qarami Hashim (5 Mei 2020). Manap Karaoke karya Mamat Khalid untuk mereka yang stres dan bosan, masa paling sesuai hiburkan penonton mStar Online. Dicapai pada 14 Mei 2020.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (6 Mei 2020). Manap Karaoke terus di rumah Harian Metro. Dicapai pada 14 Mei 2020.
- ^ Mumtaj Begum (6 Mei 2020). 'Manap Karaoke' is 1st Malaysian film to skip cinemas and go direct to streaming The Star Online. Dicapai pada 26 Jun 2020.
- ^ Florey DM (4 Mei 2020). Mamat Khalid's "Manap Karaoke" is premiering on TV instead of in cinemas Yahoo! News. Dicapai pada 27 Jun 2020.