Mohd Khalid Amen Mohamad (lahir 1995 di Perak, Malaysia) ialah seorang penyunting dan pengarah filem Malaysia. Beliau ialah anak kepada pengarah filem, Allahyarham Mamat Khalid.[1][2]

Amen Khalid
Kelahiran
Mohd Khalid Amen bin Mohamad

1995 (umur 28–29)
PekerjaanPenyunting, pengarah filem, pelakon
Tahun aktif2013–kini
Ibu bapa
Saudara
  • Mohd Khalid Zaffa
  • Nor Sara (kakak)
  • Mohd Khalid Adam (abang)
  • Nor Hasanah (adik)
KeluargaMohd Nor Khalid (bapa saudara)

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjayanya sebagai penyunting untuk beberapa filem arahan bapanya, Allahyarham Mamat Khalid termasuk Rock Oo! (2013) dan Hantu Kak Limah (2018). Amen juga pernah berlakon dalam filem Apokalips X (2014), filem cereka sains pasca-apokaliptik arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Kerjayanya sebagai pengarah bermula apabila beliau diberi tanggungjawab mengarahkan filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali yang tidak sempat diarahkan oleh bapanya yang meninggal dunia pada 24 Oktober 2021 akibat penyakit jantung.[3] Ditayangkan di Astro First pada 3 Mac 2022, filem ini menerima kejayaan meluas dan beliau sendiri menerima pujian sebagai pengarah.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Amen Khalid ialah anak keempat daripada lima beradik. Bapanya ialah pengarah filem, Allahyarham Mamat Khalid dan ibunya ialah Hasmah Hassan. Adik-beradiknya yang lain ialah Khalid Zaffa, Khalid Adam, Nor Sara dan Nor Hasanah.[5]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Peranan Catatan
Penyunting Pengarah Pelakon
2013 Rock Oo!      
2014 Zombie Kilang Biskut      
Apokalips X       Amen
2015 Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh      
2016 Rock Bro!      
2018 Hantu Kak Limah      
2020 Rock 4: Rockers Never Dai      
Manap Karaoke      
2021 18 Puasa di Kampong Pisang      
2022 Kampong Pisang Berbuah Dua Kali       Filem arahan pertama
Rajawali      
2024 19 Puasa: Playboys Of Plestik Hitam      
Hantu Lompat Di Kampung Pisam!      
Sahul Bhai      

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Peranan Saluran TV Catatan
Penyunting Pengarah Pelakon
2017 16 Puasa       Astro First Eksklusif
2019 17 Puasa      

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Peranan Saluran TV Catatan
Penyunting Pengarah Pelakon
2020 Kampong Pisang Bersiri-siri       Astro Citra
2022 Warong Pak Jabit       Dirinya sendiri Astro Ria

Rujukan sunting

  1. ^ Qarami Hashim (3 Mac 2022). "Amen Khalid menangis di kerusi pengarah sekuel Kampong Pisang... Kadang-Kadang Dengar Suara Arwah Mamat Khalid". mStar Online. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  2. ^ Fathullah Abu Bakar (10 Mac 2022). "Amen meneruskan legasi Mamat Khalid". Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  3. ^ Zaidi Mohamad (8 Disember 2021). "Tahan air mata di lokasi". Berita Harian. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  4. ^ Najiy Jefri (3 Mac 2022). "Emosi Amen Khalid terganggu di kerusi pengarah". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mac 2022.
  5. ^ Shazryn Mohd. Faizal (1 Oktober 2008). "Keluarga pengikat kasih Mamat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-25. Dicapai pada 26 Ogos 2018 – melalui Utusan Online.

Pautan luar sunting