Kampong Pisang Bersiri-siri

Kampong Pisang Bersiri-siri ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan dan skrip oleh Mamat Khalid.[1][2][3] Berdasarkan daripada siri filemnya yang bertajuk sama, siri ini berdasarkan kehidupan penduduk di Kampong Pisang, sebuah perkampungan rekaan yang terletak di negeri Perak, dan mengisahkan pengamalan mereka dengan unsur ghaib yang melanda kampung mereka. Ia diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan bersiaran di Astro Citra dari 7 Disember 2020 sehingga 8 Mac 2021.[4][5][6][7]

Kampong Pisang Bersiri-siri
GenreKomedi seram
PenciptaMamat Khalid
Ditulis olehMamat Khalid
PengarahMamat Khalid
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
Trabye
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
PenerbitHasmah Hassan
Mamat Khalid
Penyunting
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Astro Shaw
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra
Format audioDolby Digital
Siaran asal7 Disember 2020 – 8 Mac 2021

PremisSunting

Kisah penduduk Kampung Pisang yang dilanda misteri dan masalah. Setiap minggu ada sahaja yang datang menggangu penduduk kampung, dan yang menghairankan, semuanya berbeza-beza seperti toyol, hantu rempit, serigala jadian, hantu sungai, orang minyak, zombi, makhluk asing, pocong dan paling unik hantu Kak Limah! Huru-hara jadinya penduduk kampung dan mereka akan bergandingan untuk mengharmonikan semula kampung kesayangan mereka.

PelakonSunting

Watak utamaSunting

  • Kazar Saisi sebagai Pak Din Pest Control[4] – Ketua Kampong Pisang yang mengagungkan kerajaan dan bahaskan isu-isu politik yang bercakap besar.[8]
  • Bell Ngasri sebagai Barkoba[4] – Seorang pengusaha MLM yang juga orang terkaya di Kampong Pisang. Merupakan seorang duda yang mempunyai seorang anak perempuannya Cempaka.[8] Wataknya berdasarkan watak Ngas (yang turut dilakonkan oleh Bell) dari filem 16 Puasa dan 17 Puasa, kedua-duanya arahan Allahyarham Mamat Khalid.
  • Aziz M. Osman sebagai Pak Jabit[4] – Pengusaha dan pemilik Warong Pak Jabit yang sering dikunjungi oleh penduduk Kampung Pisang.[8] Aziz mengambil alih watak Pak Jabit daripada pelakon asalnya, Man Kadir yang telah meninggal dunia sebelum tayangan perdana siri tersebut.
  • Dewa Sapri sebagai Cik Purnama[4] – Seorang pemandu bas di syarikat Bas Mogah.[8] Dewa Sapri pernah melakonkan watak Abang Sapri dari filem 17 Puasa.
  • Mat London sebagai Pak Karim[4] – Seorang mantan guru silat yang mempunyai masalah jantung.

Watak pembantuSunting

  • Ahmad Yassin sebagai Yassin[4][9] – Seorang penyanyi buta yang menyanyikan lagu lagu Allahyarham Ahmad Jais
  • Rashid Othman sebagai Faguha Jabar[4] – Rakan karib Yassin yang bisu.
  • Adi Afendi sebagai Madi[4] – Pengurus klinik desa kampong pisang.
  • Nizam Mokram sebagai Mok[4] – Pembantu kepada Madi yang suka menceritakan pengalamannya di universiti.
  • Avaa Vanja sebagai Cik Nab Kezambo[4] – Pengurus perniagaan "food truck"-nya bersama-sama dengan anaknya
  • Nazeera Sardi sebagai Cik Chun Kezambo[4] – Anak kepada Cik Nab yang juga menguruskan perniaggan "food truck"-nya.
  • Messalini sebagai Cempaka[4] – Anak perempuan Barkoba yang lebih tinggi daripadanya.
  • Afea Deanna Baharuddin sebagai Yah Kuchai[4] – Seorang gadis yang tiga suku akibat dijatuhkan secara tidak sengaja oleh ibunya semasa dia masih bayi.
  • Jasper Supayah sebagai Izlin[4]
  • Latiff Zami sebagai Manap[4]
  • Joey Daud sebagai Daud M[4]
  • Reza Hasbi sebagai Ehson[4]
  • Ozlynn Waty sebagai Chik Chom[4]

EpisodSunting

No.TajukTarikh penyiaran asal
1"Toyol Oh Toyol"7 Disember 2020 (2020-12-07)
2"Hantu Rempit"14 Disember 2020 (2020-12-14)
3"Wolfen! Wolfen! (Bahagian 1)"21 Disember 2020 (2020-12-21)
4"Wolfen! Wolfen! (Bahagian 2)"28 Disember 2020 (2020-12-28)
5"Orang Minyak"4 Januari 2021 (2021-01-04)
6"Husin Kembali Bersama Zombi (Bahagian 1)"11 Januari 2021 (2021-01-11)
7"Husin Kembali Bersama Zombi (Bahagian 2)"18 Januari 2021 (2021-01-18)
8"Hutan dan Penunggunya"25 Januari 2021 (2021-01-25)
9"Lailasari Mak Kak Limah"1 Februari 2021 (2021-02-01)
10"PomCom Kampung Pisang"8 Februari 2021 (2021-02-08)
11"Alam Pak Din (Bahagian 1)"15 Februari 2021 (2021-02-15)
12"Alam Pak Din (Bahagian 2)"22 Februari 2021 (2021-02-22)
13"Alam Pak Din (Bahagian 3)"1 Mac 2021 (2021-03-01)
14"Kampung Pisang Redux"8 Mac 2021 (2021-03-08)[10]

PenerbitanSunting

Menurut Mamat Khalid, Kampong Pisang Bersiri-siri memberikan satu cabaran baharu buat dirinya selaku pengarah. Beliau menyifatkan bahawa siri ini "juga dianggap sebagai satu cabaran baharu buat saya kerana ini merupakan pertama kali saya mengarahkan drama bersiri, namun begitu perlu mengekalkan kualiti dan hasil akhir setanding filem".[11][12]

Penggambaran dijalankan di daerah Kuala Kangsar dan Sungai Siput, Perak, seperti dalam semua media lain di siri filem Kampong Pisang.

AnugerahSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2021 Anugerah MeleTOP Era 2021 Drama Meletop Kampong Pisang Bersiri-siri Menang

RujukanSunting

  1. ^ Budiey (26 November 2020). "Daripada Francais Filem Komedi, Kini KAMPUNG PISANG Hadir Dalam Bentuk Bersiri-Siri". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 November 2021.
  2. ^ Khai Azfar (26 November 2020). "Selepas Filem, Kampong Pisang Kini Muncul Dalam Drama Bersiri". Murai.my. Dicapai pada 22 November 2021.
  3. ^ Mohd Haikal Isa (26 November 2020). "Kutipan terkumpul RM56.9 juta, Kampung Pisang jadi drama bersiri". Kosmo!. Dicapai pada 22 November 2021.
  4. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s "Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri". My Infotaip. 9 Mac 2021. Dicapai pada 31 Oktober 2021.
  5. ^ Khadijah Ibrahim (28 November 2020). "Mamat Khalid popularkan Kampung Pisang". Bebas News. Dicapai pada 31 Oktober 2021.
  6. ^ Siti Athirah Dzulkifly (7 Disember 2020). "Kampung Pisang Bersiri-Siri, Mamat Khalid sindir isu semasa". Utusan Malaysia. Dicapai pada 3 November 2021.
  7. ^ "ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN "KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI"". Femag Online. 25 November 2020. Dicapai pada 30 November 2020.
  8. ^ a b c d Azwa Rahman (13 Disember 2020). "Penduduk Kampung Paling Setia, Kenali Empat Watak Utama Kampong Pisang Bersiri-Siri". Astro Gempak. Dicapai pada 31 Oktober 2021.
  9. ^ Azwa Rahman (11 Jun 2021). ""Suka Dapat Hiburkan Penonton" - Ahmad Yasin Bersyukur Terima Komen Positif Peminat Kampong Pisang". Astro Gempak. Dicapai pada 29 Disember 2021.
  10. ^ Azwa Rahman (8 Mac 2021). "Hantu Mana Paling Menakutkan? Episod Akhir Kampong Pisang Bersiri-siri Pada Malam Ini Bongkar Banyak Persoalan!". Astro Gempak. Dicapai pada 3 November 2021.
  11. ^ Asyraf Roslan (29 November 2020). "Kalau dulu filem, sekarang Kampung Pisang bersiri-siri pula". Astro Awani. Dicapai pada 3 November 2021.
  12. ^ "Daripada Francais Filem Komedi No 1 Malaysia, Kini 'Kampung Pisang' Hadir Dalam Bentuk Bersiri-Siri Eksklusif di Astro" (Kenyataan media). Astro Mediaroom. 30 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2021. Dicapai pada 30 November 2020.

Pautan luarSunting