Ahmad Jais
Mohd Jais Ahmad (28 Mac 1936 – 11 Oktober 2011) atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan salah seorang penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagunya di Malaysia dan Singapura.
Ahmad Jais | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Jais bin Ahmad 28 Mac 1936 |
Meninggal dunia | 11 Oktober 2011 Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) | (umur 75)
Sebab kematian | Mengidap penyakit lelah |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor |
Pasangan | Datin Mas Halilah Mas Nayeem |
Anak-anak | 5 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop asli |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1965–2011 |
Kehidupan awal
suntingBeliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 Mac 1936.[1] Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.
Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.
Pada tahun 1961, ramai peserta pertandingan itu yang membantah apabila dia ingin mengambil bahagian buat kali ketiga kerana Ahmad Jais merupakan penyandang gelaran. Beliau terpaksa mengalah dan hanya menyertai pertandingan Lagu Pop Singapura, dan dinobatkan sebagai juara Lagu Pop Singapura.
Pada tahun 1962, Ahmad Jais kembali menyertai pertandingan Lagu Asli Singapura dan sekali lagi meraih gelaran juara. Beliau pernah merakamkan lagu-lagunya di bawah label Panda Records bersama Orkes Selayang Pandang.
Kata orang, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian, kerjaya nyanyian Ahmad Jais mula terbuka luas apabila beliau mendapat peluang menjadi penyanyi undangan untuk Kumpulan Seriwarna yang membuat persembahan di Panggung Victoria. Pada zaman itu, panggung terbabit sering menjadi tumpuan golongan elit dan bangsawan. Ternyata kehebatan suaranya sewaktu menyanyikan lagu Di Ambang Sore diperakui tokoh muzik terkenal Singapura, Zubir Said yang banyak terbabit dengan dunia rakaman.
Selain Seriwarna, Ahmad Jais pernah menjadi penyanyi jemputan bagi sebuah lagi kumpulan muzik terkenal di Singapura, Orkes Melati Putih. Akhirnya namanya mula menjadi sebutan. Selain menyanyi secara solo, Ahmad Jais juga terkenal dengan lagu duet bersama pasangannya, Allahyarham Datin Rafeah Buang iaitu, Juwitaku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan (Kartina Dahari).
Album pertama Ahmad Jais muncul pada 1965. Album itu tidak lain daripada Kucupan Azimat. Sehingga kini Ahmad Jais sudah merakamkan lebih 100 lagu dalam 15 album, kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.
Dato Ahmad Jais turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. [2]
Pada 23 Mac 2007, beliau diberi kepercayaan untuk mengadakan Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.
Meninggal dunia
suntingPada 11 Oktober 2011, Datuk Mohd Jais telah meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat menghidap penyakit lelah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.30 pagi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam, Selangor. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor selepas Solat Zohor.[3]
Allahyarham meninggal dunia di sisi beliau dan anak bongsunya iaitu Mashitah Mohd Jais. Sebelum itu Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.
Beliau dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu. Bagaiamanapun pada 15 September lalu beliau terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam. Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC kerana beliau mempunyai rekod perubatan di situ.[4]
Filemografi
suntingFilem
sunting- Aksi Kuching (1966)
- Dara-Kula (1972)
- Si Badol (1978)
Diskografi
suntingEP
sunting- Kuchupan Azimat (1965)
- Diambang Sore (1966)
- Budi Setahun Segunong Intan (1966)
- Ahmad Jais Dengan Dendang Prindu DBP Kassim Masdor (1966)
- Ahmad Jais Sumpah Setia Dikau Pujaan (1966)
- Ahmad Jais & The Swallows Vol 1 (1967)
- Ahmad Jais & The Artantics - Oh Dewi (1967)
- Kesepian (1967)
- Ahmad Jais & The Swallows Vol 2 (1967)
- Ingin Bersua (1968)
- Hujan Malam (1968)
- Tanda Mata Pengganti Diri (1968)
- Juwita-ku Sayang (1969) - duet bersama Rafeah Buang
- Azizah (1969)
- Ku Ingin Bersendiri (1969)
- Umpan Jinak Di Air Tenang (1969)
- Hidup Bukan Derita (1970)
- Bukti Jadi Sejarah (1970)
- Kau Pergi Tanpa Relaku (1970)
- Nak Dara Rindu (1971)
- Ahmad Jais & Orkes Selayang Pandang - Surat Mesra (1971)
- Kembali Untok-ku (1972)
- Si Baju Merah (1972)
- Jumpa Mesra (1972) - duet bersama S. Effendi
- Kuala Kangsar (1973)
- Menanti Esok Hari (1974)
- Si Dara Manis (1975)
- Mohon Kaseh (1976)
LP
sunting- Irama Hatiku - bersama Orkes Selayang Pandang (1973)
- Menangis Sesudah Ketawa - bersama Ahmad Daud, Rahimah Rahim, A. Ramlie (1973)
- Cinta Lahir Kembali (1979)
- Hanya Tinggal Sepi (1985)
- Selamat Pengantin Baru Vol 1 - bersama Zaleha Hamid, R. Ismail, Maznah Ali (1988)
- Selamat Pengantin Baru Vol 2 - bersama Zaleha Hamid, R. Ismail, Rafeah Buang, Ahmad Daud, Rahim Jantan (1992)
- Kasih Bukan Belenggu (1994)
Album Himpunan
sunting- Lagu2 Suka Ramai (1975)
- Ahmad Jais Terbaik
- 14 Album Emas Ahmad Jais
- Ahmad Jais 1964-1974 Vol 1 & 2 (Kompilasi)
Senarai Lagu-lagu
sunting- Abang Pulang (Lagu Raya)
- Aidilfitri Di Perbatasan (Lagu Raya)
- Berilah Jawapan
- Berpisah Jauh
- Budi Setahun Segunung Intan (duet Kartina Dahari)
- Bukti Jadi Sejarah
- Dewi Rindu
- Dikau Sumber Ilhamku
- Doa Ikhlas Mereda Tangisan
- Gelisah
- Hujan Semalam
- Jauh-jauh
- Jumpa Mesra (duet S. Effendi)
- Kau Pergi Tanpa Relaku
- Keagungan Tuhan (S. Effendi)
- Kembali Untukku
- Khayal Penyair (S. Effendi)
- Lagu Rindu
- Lembaran Terakhir
- Menanti Di Esok Hari
- Mungkin Bersama
- Nikmat Hujan
- Potong Padi
- Rayuan Hasratku
- Rindulah Rindu
- Si Baju Merah
- Si Buyung
- Sumpah Setia
- Tak Ku Sangka
- Tari Inang Pulau Kampai
- Untuk Bunga Mu
- Waspada
- Tiada maaf bagimu
- Jangan ditanya bila ku berdua
- Mengharap sinar menalan kabus
- Kucupan azimat
- Gelisah
- Satu Syawal
- Selamat Hari Raya
- Azizah
- Bahtera Merdeka
- Berpisah Jauh
- Budi Setahun Segunung Intan (Duet dengan Kartina Dahari).
- Bungaku Puja Dipetik Orang
- Di Ambang Sore
- Gelisah
- Juwitaku Sayang (Duet dengan Allahyarham Datin Rafeah Buang)
- Ke Mana Di Mana.
- Kucupan Azimat
- Lembaran Terakhir
- Mengharap Sinar Menelan Kabus
- Selamat Tinggal Bungaku
- Takwa Iman.
- Umpan Jinak Di Air Tenang
- Mata Duitan
Anugerah
suntingAhmad Jais turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Ke-63 - 2006[5]
- Juara lagu asli 1959 & 1960
- Juara lagu pop 1961
- Juara lagu asli 1962
- Anugerah Artis Sepanjang Zaman Papita 2000 dengan gelaran Biduan Negara
- Anugerah Biduan Veteran pada Anugerah Biduan Veteran daripada Berita Harian menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2002.
- Dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada 3 Jun 2006.
Rujukan
sunting- ^ Utusan Malaysia : 28 Mac 2007, Konsert Bahtera Merdeka kemuncak kerjaya Ahmad Jais.[pautan mati kekal]
- ^ Konsert Pop Yeh Yeh Di Mana Silapnya?
- ^ TheStarOnline - Veteran singer Ahmad Jais passes away
- ^ "SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa, Oleh KEMALIA OTHMAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 2021-08-14.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-07. Dicapai pada 2011-01-07.