Azlan Komeng

Pelagak ngeri Malaysia

Muhammad Azlan Kamiran ialah seorang pelakon dan pelagak ngeri Malaysia. Beliau mendapat nama pentas Azlan Komeng daripada watak Komeng lakonan Allahyarham Idris Hashim dalam filem Nasib Do Re Mi. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak memegang watak pembantu dalam beberapa filem dan drama tempatan. Biarpun tidak pernah diberikan watak utama, beliau tetap menjadi rebutan pengarah dan penerbit.

Azlan Komeng
Kelahiran
Muhammad Azlan bin Kamiran

1976 (umur 47–48)
PendidikanDiploma Seni Halus
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Mara (UiTM)
PekerjaanPelakon, pelagak ngeri, koreografer aksi
Tahun aktif1994–kini
Ketinggian176 cm (5 ka 9 in)
PasanganNur Nilam Ortiz (k. 2022)

Kerjaya sunting

Azlan memulakan kerjaya di industri seni pada tahun 1994 sebagai pelagak ngeri untuk drama-drama sekitar tahun 90an selepas berjaya menamatkan pelajaran dalam Bidang Seni Halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Penglibatan lakonannya bermula pada tahun 2006, setelah pengarah Ahmad Idham memberikan peluang kepadanya untuk beraksi dalam filem Remp-It. Dalam filem itu, dia memegang watak sebagai Komeng, namanya sendiri. Pada tahun 2009, Rosyam Nor menawarkannya untuk membintangi dua drama iaitu, Dinasti Bilut dan Rahsia Hati.

Komeng memegang watak sebagai Lokman dalam filem Langgar arahan sulung Syed Hussein lakonan bersama Ady Putra, Namron, Zul Huzaimy dan Hans Isaac yang ditayangkan pada April 2013.[1] Beliau seterusnya membintangi filem Lari arahan Idham lakonan Aaron Aziz.[2][3]

Beliau kemudiannya diberikan watak utama dalam filem 1 Lawan Satu arahan Pierre Andre lakonan bersama Mikail Andre dan Along Eyzendy. Ia menjadi satu-satunya filem lakonan beliau yang mana beliau menjayakan peranan utama.[4]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2000 Leftenan Adnan Filem pertama, juga sebagai pelagak ngeri
2004 Puteri Gunung Ledang Sebagai pelagak ngeri
2005 GK3 The Movie
2006 Tipah Tertipu The Movie Jet Li
Remp-It Komeng
2007 Impak Maksima Abang Long
2011 Senjakala Kamal
Senario The Movie Ops Pocot Sebagai koreografer aksi
Hikayat Merong Mahawangsa
Kongsi Rahim
Hantu Bonceng Dani
Misteri Jalan Lama Sebagai pelagak ngeri dan pengarah aksi
2012 8 Jam Ketua Samseng
2013 Pada Suatu Cinta Dahulu Guru Disiplin
Dua Kalimah Kasyaf
Langgar Lokman
99 Kali Rindu Encik Zainul
Lari Konco KJ
1 Lawan Satu Saleh
Bencinta Aduka Iraja
Cinderella Zamil
2015 Abang Lejen Malik
2019 Geran Kahar
Anak Perjanjian Syaitan Ustaz Aznan
2022 Jeritan Jin
Zaara Pablo
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Pak Tam Penampilan khas
Sumpahan Syaitan Pegawai Polis
Pagari Bulan
2024 Anak Perjanjian Syaitan 2 Ustaz Aznan
Rebel Pian

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006–2007 CID 3278 Jack TV9
2007 Susuk Inspektor Rizal TV3
2008 KL Menjerit The Series Astro Ria
Impak Maksima the Series Zul TV3
2009 Dinasti Bilut TV1
Gerak Khas (Musim 11) TV2 Episod: "Aduhai Salina"
Rahsia Hati Astro Prima
E-Toyol.com TV3
2011 Gerak Khas (Musim 13) TV2 Episod: "Along"
Beret Hijau Truper Nayan TV1
2013 Beret Hijau 2 L/Kpl Nayan
2016 Kerambit TV2 Episod 8
2017 Gerak Khas (Musim 17) Episod: "Buruan"
2018 Pujaan Hati Kanda Megat Danial TV3
2020 Kampong Pisang Bersiri-siri Rashid Astro Citra Episod: "Wolfen! Wolfen!"
2021 i-Tanggang IO Harry
2022 Gerak Khas Undercover (Musim 2) Parol TV3 Episod: "Man Rimau"
Kids Nowadays Aziz Astro Ria
Luka Di Hati Diya Sabree TV1
2023 I Love You, Stupid Sarjan Hasan Viu

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Tangisan Langsuir Astro Ria
2012 Patah Seribu
2017 Kasih Seorang Ayah Wahab TV3
2018 Telingkah Indera Sri TV2
2018 Tok Siah: Bidan Bukan Dola Masri Astro Citra
Cucuk Sanggul Seroja Pak Cik Seroja

Rujukan sunting

  1. ^ Raziatul Hanum A. Rajak (4 April 2013). Langgar bukan filem aksi kosong Sinar Harian. Diperoleh pada 22 April 2013.
  2. ^ Raziatul Hanim A. Rajak (17 Mei 2013). Lari padat aksi Sinar Harian. Diperoleh pada 10 Julai 2013.
  3. ^ Kemalia Othman (7 Jun 2013). 'Lari' Penuh Aksi Pertarungan Diarkibkan 2017-10-05 di Wayback Machine mSTAR Online. Diperoleh pada 10 Julai 2013.
  4. ^ "Aksi 1 Lawan Satu". Kosmo!. 27 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-03. Dicapai pada 17 Oktober 2013.

Pautan luar sunting