Mohd Eyzendy bin Mohd Aziz atau lebih terkenal sebagai Along Eyzendy (lahir 12 Oktober 1979) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia, terkenal menerusi peranan di televisyen dan filem.[1][2][3]

Along Eyzendy
KelahiranMohd Eyzendy bin Mohd Aziz
(1979-10-12) 12 Oktober 1979 (umur 40)
Ipoh, Perak, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Nama lainEyzendy Aziz
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1998–kini

Kerjaya lakonanSunting

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Along Eyzendy terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai peniup trumpet. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran dalam jurusan muzik di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).[1] Kerjaya lakonannya bermula pada 2003 menerusi filem arahan Nam Ron, Gedebe yang turut dibintangi oleh Zul Huzaimy dan Soffi Jikan.[4] Tiga tahun kemudian, beliau muncul dalam drama penyiasatan CID 3278 terbitan Rosyam Nor menerusi Suhan Movies & Trading, lakonan bersama Allahyarham Faizal Yusup dan Salina Saibi.

Pada tahun 2008, beliau berlakon bersama Bienda dan Danny X-Factor dalam filem Budak Kelantan arahan Wan Azli Wan Jusoh.[5] Along memegang watak sebagai Rosman, seorang pemandu van jenazah dalam filem seram yang meraih kutipan pecah panggung, Khurafat: Perjanjian Syaitan arahan Syamsul Yusof,[6] diikuti oleh satu lagi filem seram, iaitu Karak arahan Yusry KRU.[7] Kedua-dua filem ini ditayangkan pada 2011.

Eyzendy kemudian bekerjasama dengan Pierre Andre menerusi dua filem arahannnya, Cerita Kita dan 1 Lawan Satu yang kedua-keduanya dikeluarkan pada 2013.[8] Tiga tahun kemudian, beliau berlakon di samping kumpulan Zero dalam filem Lu Mafia Gua Gangster arahan Krishna Roy yang turut dibintangi oleh Jalaluddin Hassan dan Zack Taipan.[9]

Selain sebagai pelakon, Along berkhidmat sebagai pensyarah untuk Teater Tradisional Makyong di ASWARA.[10]

FilemografiSunting

Kunci
  Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2003 Gedebe Cassius Namron
2008 Budak Kelantan Libokbong Wan Azli Wan Jusoh
2009 Santau Onn Azhari Zain
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Rosman Syamsul Yusof
Karak Jack Yusry Abdul Halim
2012 PE3 Along Farid Kamil
Strawberi Cinta Naruhundo Rusli Khadri
2013 Cerita Kita Pierre Andre
1 Lawan Satu Oman
Longkai Mojo Hashim Rejab
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Hamzah Pierre Andre
Kolumpo Mat Rempit Sheikh Munasar, Bront Palarae, Rozi Isma
2014 Laga Bujang Ismail Yaakob
Kaki Kitai Murad Azaromi Ghazali
Kasut Ku Kusut Hamid Pierre Andre
2015 Gudang Kubur Atan Eyra Rahman
Abang Lejen Karim Azaromi Ghazali
Mat Moto Abang Al Ahmad Idham
Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Bendahara Tun Pepatih Putih Mamat Khalid
2016 Lu Mafia Gua Gangster Kenji Krishna Roy
Bo-Peng Abdullah Helmi Yusof
2018 Crossroads: One Two Jaga Zul Nam Ron
TBA V Jeritan Djinn   Krishna Roy Pos-produksi

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006-2007 CID 3278 TV9
2009 Bio-Nik Kamal TV3
2010 Arjuna Bebon TV3
2011 Gerak Khas (Musim 13) Eddie TV2 Episod: "Syurga Rumah Kosong"
Ahmad Albob Yang Punya Hussein TV3
Keranamu Laila Murad TV3
2012 Bini-Bini Perkasa Dol TV3
Friday I'm In Love James Beng TV9
2013 Tanah Kubur (Musim 7) Astro Oasis Episod: "Cintaku Dunia"
Dewi Lasak TV3 Slot Aksi; tidak dinamakan
2017 Cinta Samar TV1
Muzium Misteri Adam TV3
2018 Gerak Khas (Musim 18) TV2 Episod: "Dron"

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2011 Sanggul Beracun
2014 Kem Cuci Tangan
2016 Ada Hantu Malam Raya
2017 Misteri Sofa Lama
Lambor Kanan Belakang Dewan
2018 Janin Astro Citra

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Nominasi Keputusan
2012 Anugerah Skrin 2012 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Parut Asyikin Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ a b Budak Kelantan mahu jadi superstar Kosmo! (15 Mei 2011). Dicapai pada 30 April 2012.
  2. ^ Along Eyzendy: Dadah buat diri lebih dikenali Utusan Malaysia (15 Februari 2015). Dicapai pada 30 April 2015.
  3. ^ Amirul Haswendy Ashari (9 Ogos 2015). Cabar diri buat bisnes Harian Metro. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
  4. ^ Luqman Hakim (20 Ogos 2003). Filem Gedebe - Percubaan yang berani Utusan Malaysia. Diperoleh pada 18 Ogos 2010.
  5. ^ Izuan Shah (2008-10-24). "Budak Kelantan". gua.com.my. Dicapai pada 2008-11-02.
  6. ^ Saspens, Kejutan Diuji Dalam 'Khurafat', mStar Online, 20 Januari 2011. Dicapai pada 2 Februari 2011.
  7. ^ Wahiduzzaman (5 Jun 2011). Momentum seram musnahkan Karak mSTAR Online. Dicapai pada 27 April 2012.
  8. ^ "Aksi 1 Lawan Satu". Kosmo!. 27 Jun 2013. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  9. ^ Kemalia Othman (15 April 2016). "Lu Mafia Gua Gangster untuk individu tertekan". mSTAR Online. Dicapai pada 17 April 2016.
  10. ^ Norhayati Nordin (6 Julai 2019). Tak lupa minat asal Harian Metro. Dicapai pada 29 Mei 2020.

Pautan luarSunting