Longkai ialah filem aksi jenayah Malaysia 2013. Filem ini merupakan filem aksi kedua arahan Hashim Rejab selepas filem Budak Pailang pada tahun 2012. Dibintangi Faizal Hussein, Erra Fazira, Niezam Zaidi dan Wawa Zainal.[1]

Longkai
PengarahHashim Rejab
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiAreel Abu Bakar
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 10 Oktober 2013 (2013-10-10) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Longkai mengisahkan geng longkai (pemandu trak tunda) yang sering berebut untuk mendapatkan pelanggan di jalan raya. Eddie dan Bada adalah adik-beradik yang bekerja sebagai longkai.

Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik ke bengkel Rima, seorang wanita berjiwa kental dan lasak. Dalam diam Rima menaruh hati pada Bada walaupun Bada tidak pernah tahu perasaan yang disimpan Rima terhadapnya.

Mojo dan Bayam adalah musuh kepada Eddie dan Bada sejak dulu akibat perebutan bisnes longkai mereka. Mojo lebih rela mati daripada bekerjasama dengan mereka. Namun, adik perempuannya Suraya sengaja menempa bahaya kerana dia dan Eddie menjalinkan hubungan cinta dalam diam.

Selain itu, Zarina yang sering mengunjungi bengkel Rima membuatkan hubungan Eddie dan Bada renggang hingga membuatkan Rima mengesyaki apakah sebab sebenarnya Zarina muncul dalam hidup Bada secara tiba-tiba. Kemesraan Zarina dan Bada juga mengundang cemburu Rima.

Mojo pula semakin hari semakin berdendam kerana setiap projek jahatnya tergendala disebabkan geng Eddie. Mojo akhirnya meminta bantuan Naga, seorang taiko terkenal di ibu kota untuk membalas dendam kepada geng Eddie dalam masa sama Naga juga pernah mempunyai sejarah hitam dan berdendam dengan Bada. Naga juga mengambil kesempatan untuk membalas dendamnya terhadap Bada.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Nina Farzuin Mohd Sharom (12 Januari 2013). "Kisah penarik kereta satukan Faizal, Erra dan Niezam". Sinar Harian. Dicapai pada 2 April 2014.

Pautan luar sunting