Siti Adibah Yunus (Jawi: اديبا يونس; lahir 5 Oktober 1988) merupakan pelakon wanita Malaysia.[1] Bakat beliau dicungkil oleh syarikat Metrowealth Pictures milik David Teo dan banyak membintangi filem-filem terbitan syarikat itu termasuk Taikun, Wawa Semput dan Sniper.[2][3][4]

Adiba Yunus
Kelahiran
Siti Adibah binti Yunus

(1988-10-05) 5 Oktober 1988 (umur 35)
PendidikanDiploma Rekaan Rambut
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Kreatif Limkokwing
PekerjaanPelakon, peragawati
Tahun aktif2010–kini
EjenMetrowealth Pictures
PasanganHazwan As'ari (k. 2017)

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 5 Oktober 1988 di Seremban, Negeri Sembilan.[5] Beliau merupakan lulusan Diploma Rekaan Rambut di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing.

Kerjaya sunting

Adibah Yunus memulakan kerjaya awalnya sebagai perunding kecantikan, seterusnya menjadi peragawati. Bakat beliau dikesan oleh penerbit filem dan bos Metrowealth Pictures, David Teo, yang yakin Adibah mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan, beliau merupakan antara bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama dengan Wawa Zainal dan Shima Anuar.[6] Beliau dipetik sebagai berkata:

"Saya memang ingin dikenali sebagai seorang pelakon sejak dari kecil lagi. Dan kepercayaan yang diberikan pihak MIG ini sebenarnya membuka peluang untuk saya berjinak-jinak dengan dunia lakonan,"

Adiba pertama kali muncul dalam telefilem bertajuk Impian Raya Emelyn yang bersiaran di TV9. Beliau membuat penampilan filem pertamanya pada 2012 menerusi filem aksi komedi arahan Ismail Bob Hasim, Taikun yang dibintangi oleh Angah Raja Lawak dan Along Cham. Adiba kemudiannya berlakon di samping Yana Samsudin dalam filem Wawa Semput, terbitan turunan dari filem Adnan Sempit lakonan Shaheizy Sam.

Beliau juga muncul bersama Atikah Suhaime, Shima Anuar, Niezam Zaidi dan Mikail Andre dalam filem dokumentari seram Highland Tower arahan Pierre Andre yang berdasarkan dari tragedi Highland Towers pada 11 Disember 1993.[7] Beliau kembali bekerja di bawah arahan Pierre menerusi filem Sniper yang ditayangkan pada 29 April 2014, lakonan Mikail dan Fadlan Hazim.[8]

Adibah juga pernah muncul dalam siri drama online 13 episod, Si Montel yang disiarkan di Hypp TV.[9]

Beliau mempunyai peranan utama sebagai Sarah dalam filem seram Badi arahan Eyra Rahman.[10] Adiba menjayakan watak utama bersama Iqram Dinzly dan Azwan Kombos dalam siri drama seram Dendam Semalam yang disiarkan di Slot Azalea TV3.[11]

Kehidupan peribadi sunting

Pada 24 November 2017, jam 5.30 petang, beliau selamat diijabkabulkan dengan Hazwan As'ari yang juga adik kepada pelakon Johan As'ari. Perkahwinan tersebut berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan.[12]

Pada 5 Oktober 2017, sempena ulang tahun kelahirannya ke-29, Adiba membuat keputusan untuk memakai tudung.[13] Dalam temuramah bersama Media Hiburan pada 3 November 2015, Adibah mengakui terlalu ‘bersih’ dari kontroversi membuatkan dirinya kurang dikenali berbanding pelakon lain.[14]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Taikun Cinta Filem pertama
Ajiboy Nisa
2013 Pada Suatu Cinta Dahulu Cynthia
Wawa Semput Ayuni
Dua Kalimah Aliya
Paku Pontianak Suraya
Longkai Pemandu 2
Highland Tower Adiba
Tokan Adira
2014 Sniper Suraya
Lu, Gua, Bro! Cikgu Salmah
2015 Badi Sarah
Nasi Tangas Mira
Banglo Berkunci Boy

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Impian Raya Emelyn Tuti TV9
2014 Jika Itu Takdirku Sarah TV3
Tanah Kubur (Musim 11) Astro Oasis Episod: "Harta Haram"
2015 Dendam Semalam Atiqah TV3
Hello, Mr. Perfect! Emilia
Si Montel Hypp Sensasi
2016 Bodyguard Alissa TV3
Lip Lap Raya Damira Hypp Sensasi
2017 Sumpah Ibu Intan TV9
Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah Hypp Sensasi
Andainya Takdir Liza TV3
Bahagia Kasihmu Azah
Lelaki Itu Pemilik Hatiku Liza HR
2018 Dia Anak Jeneral Shida TV2
Andainya Takdir 2 Liza TV3
Petua Nenek Qaseh Arina
2019 Semua Salahku Murni
Iktibar Ustazah Habibah Episod "Maafkan Ibu Anakku"
2022 Aku Pilih Bahagia Ucu TV1
Bintang Hatiku Irdina Salam HD
Ash & Aish Kak Iza Astro Ria
2023 Darah Merdeka TV1

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Opah Raya Stail Kemboja Astro Ria
2014 Gugurl Propa Salmah HyppTV
Kem Cuci Tangan (Kecut) Fifi
2016 Cik Siti TV3
2018 Demi Hati Arjuna

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Nota
2015 Festival Filem Malaysia ke-27[15] Pelakon Harapan Wanita Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Ahmad Syarel Zulkefly (15 Oktober 2015). Kerja keras, kesabaran Adiba Yunus mula buahkan hasil Diarkibkan 2018-05-01 di Wayback Machine The Rakyat Post. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  2. ^ Ramlah Zainal (5 Februari 2015). Adibah Yunus: Impak main emosi Diarkibkan 2018-05-01 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  3. ^ Syafil Syazwan Jefri (18 Disember 2015). Terbuka untuk sebarang watak Diarkibkan 2018-05-01 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  4. ^ Nur Farhana Mohamed (21 Oktober 2015). Harapan besar Adiba Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2015. Dicapai pada 26 April 2017.
  5. ^ Adiba harap raih kemenangan Diarkibkan 2018-05-01 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  6. ^ Adibah Yunus mahu dikenali kerana bakat N9 Kini (3 Mac 2012). Dicapai pada 30 Mac 2012.
  7. ^ Aqmar Mustaza (2 November 2013). "Highland Tower buat anda 'meremang'..." Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-20. Dicapai pada 17 November 2013.
  8. ^ Nor Atieyah Yusoff (15 April 2014). Sebalik misteri Sniper Sinar Harian. Dicapai pada 1 Mei 2014.
  9. ^ Kenneth Chaw (25 September 2015). Big girls do win on local TV show, Si Montel Diarkibkan 2018-05-01 di Wayback Machine Star2. Dicapai pada 1 Oktober 2015.
  10. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (19 Oktober 2015). Adiba Yunus kekuatan Badi Diarkibkan 2018-04-30 di Wayback Machine MSTAR Online. Dicapai pada 30 April 2016.
  11. ^ Sinopsis drama bersir Dendam Semalam Sensasi Selebriti (7 Februari 2017). Dicapai pada 1 Mei 2018.
  12. ^ Ifqdar Rahman (26 November 2017). Hazwan As’ari, Adiba Yunus bernikah dalam diam Diarkibkan 2018-05-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  13. ^ Adiba Yunus takut tak sempat insaf Diarkibkan 2018-05-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  14. ^ Afil Syazwan (3 November 2015). Terlalu ‘bersih’ dari kontroversi punca Adiba Yunus kurang dikenali Media Hiburan. Karangkraf. Dicapai pada 4 November 2015.
  15. ^ Mohd Al Qayum Azizi (20 Ogos 2015). "FFM 27: Penantian Lima Tahun Adiba Yunus Akhirnya Terbayar". mStar Online. Star Media. Dicapai pada 28 Januari 2016.

Pautan luar sunting