Buka menu utama

Ajiboy merupakan sebuah filem genre komedi yang ditayangkan pada 8 November 2012 di Malaysia.

Ajiboy
Ajiboy.jpeg
PengarahIsmail Bob Hasim
PenerbitDavid Teo
PenulisShariman Shafie
Disunting olehBrian Ng
Syarikat
penerbitan
Metrowealth Pictures
PengedarMIG Production
Mula ditayangkan
8 November 2012
Tempoh tayangan
82 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 0.71 juta

PelakonSunting

  1. Rykal Iskandar sebagai Ajiboy
  2. Angah Raja Lawak sebagai Fauzan
  3. Zalif Sidek sebagai Mat Saja
  4. Adibah Yunus sebagai Nisa

Lihat jugaSunting

SinopsisSunting

Dia kecil! Dia genius! Dia Ajiboy Seorang kanak-kanak yang genius dan petah bercakap yang diamanahkan oleh ayahnya EN FAUZAN untuk menjaga dan menguruskan Taman Tema Air Melaka buat sementara waktu. Oleh kerana dirinya yang masih kecil, kemampuannya di ragui oleh ALONG dan BOB. Along dan Bob merupakan dua orang Head Supervisor di Taman Tema tersebut yang sentiasa mengambil kesempatan atas jawatan yang mereka seperti memberikan barang-barang percuma untuk menarik perhatian pengunjung wanita. Kehadiran Ajiboy dalam menggantikan jawatan En Fauzan dipandang remeh oleh mereka sehinggalah Ajiboy mengenakan tindakan terhadap mereka. Along dan Bob diturunkan pangkat dan sering diarahkan melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar Taman Tema tersebut. Hal tersebut telah menyebabkan mereka tekad untuk melakukan satu pengkhianatan. Irfan, meskipun masih kecil mempunyai satu lagi amanah yang amat besar yang harus ditunaikannya. Arwah ibu Ajiboy telah meminta Irfan untuk mencarikan isteri untuk En Fauzan supaya mereka tidak akan merasa sunyi tanpanya. Ajiboy yang berkenan pada CIK NISA telah cuba untuk menyatukan mereka namun setelah mengetahui bahawa Cik Nisa sudah mempunyai anak, Ajiboy pantas beranggapan yang Cik Nisa sudah mempunyai keluarganya sendiri. Mampukah Ajiboy mencari calon isteri untuk En Fauzan? Adakah Along dan Bob akan teruskan niat mereka untuk mengkhianati En Fauzan? Dapatkah Irfan menyelamatkan Taman Tema tersebut?

Pautan luarSunting