Lu Mafia Gua Gangster

Lu Mafia Gua Gangster ialah sebuah filem aksi komedi Malaysia 2016 arahan Krishna Roy ditulis oleh Epy Kodiang.[1] Filem ini merupakan filem sulung Kumpulan Zero sebagai watak utama.[2][3]

Lu Mafia Gua Gangster
PengarahKrishna Roy
PenulisEpy Kodiang
Dihasilkan olehRj. Raaj
Dibintangi
Disunting olehRKV
Muzik olehMan Shers
Syarikat
penerbitan
  • Red Fires Film Production
  • RJ Future Film
Tarikh tayangan
  • 21 April 2016 (2016-04-21) (Malaysia)
Masa tayangan
106 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Filem ini mengisahkan tentang Amir dan Rosham yang bekerja di sebuah tempat pelupusan sampah di Johor. Sementara itu, Megat adalah penjaga tapak pelupusan itu. Setiap daripada mereka mempunyai impian dan angan-angan tinggi melangit.

Amir ingin bergelar seorang pelumba kereta terhandal di dunia. Manakala Rosham selalu bermimpi untuk menjadi seorang actor hebat seperti idolanya Datuk Rosyam Nor. Dan terakhir Megat mengidamkan untuk menjadi orang yang kaya dan berpengaruh. Sementara itu, King dan Kong merupakan dua mafia yang digeruni di daerah sama. King dan Kong adalah kawan rapat sejak kecil lagi dan rakan bisnes.

Pada satu pertemuan dengan pembeli berlian di sebuah restoran, King terpaksa menyorokkan kotak berlian itu selepas mendapati pihak polis turut memasuki premis yang sama. selepas pasukan polis beredar, King cuba untuk mengambil semula berlian itu. Dan tanpa disengajakan, Amir terjumpa kotak berisi berlian itu sekali gus menjadikan empunya diri termasuk rakan lain sebagai sasaran King, Kong dan konconya.

Pelakon sunting

Penampilan khas sunting

Penerbitan sunting

Lu Mafia Gua Gangster diterbitkan oleh Red Fires Film Production dan RJ Future Films Sdn Bhd, merupakan filem komedi sulung arahan Krishna Roy dan filem bahasa Melayu ketiga arahannya selepas Aku Akan Muncul dan Apa Tengok-Tengok. Penggambaran filem ini dijalankan selama 28 hari di Johor Bahru dan Kuala Lumpur dan menelan belanja sebanyak RM1.5 juta, filem ini turut menjalani proses suntingan di Mumbai, India.[5]

Menurut Krishna, filem ini dibuat khas untuk Zero selepas kali pertama melihat penampilan mereka dalam Maharaja Lawak Mega 2014.[6] Beliau berkata: "Sebelum memilih Zero, kami bercadang mengambil Zizan Razak. Suatu hari secara kebetulan saya menonton program itu dan tertarik dengan persembahan dan penampilan Zero. Saya lebih tertarik dengan cara mereka dan berbincang semula. Pada masa sama, tidak sangka pula mereka muncul juara. Jadi, kami tidak mengambil masa lama untuk menawarkan projek ini kepada mereka. Apa yang boleh saya katakan, filem ini memang didedikasikan khas untuk mereka. Walaupun jalan ceritanya tiada kaitan dengan mereka, tetapi penampilan mereka sebagai watak utama itu yang penting,".

Beliau yang juga cucu kepada pengarah L. Krishnan yang popular dengan filem-filem P. Ramlee ini juga mengakui yang dia menyambung pengajian dalam bidang perfileman selama tiga tahun dan pernah menjadi kru untuk memantapkan lagi bakat pengarahan.

Keluaran sunting

Filem ini ditayangkan pada 21 April 2016 di pawagam seluruh negara. Sebelum tayangan perdananya, treler rasmi filem ini telah dimuatnaik di akaun YouTube filem ini pada 10 Mac 2016.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (3 Mac 2016). "Filem LU MAFIA GUA GANGSTER Bukan Komedi Biasa". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 April 2016.
  2. ^ Arina Azlan (13 April 2016). "Lu Mafia Gua Gangster filem sulung Zero". Kosmo!. Dicapai pada 17 April 2016.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 April 2016). "Zero jadi orang KL". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-21. Dicapai pada 17 April 2016.
  4. ^ Mohd Haikal Isa (10 April 2016). "Percubaan komedi Shira Saad". Kosmo!. Dicapai pada 17 April 2016.
  5. ^ Kemalia Othman (15 April 2016). "Lu Mafia Gua Gangster untuk individu tertekan". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-08. Dicapai pada 17 April 2016.
  6. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (3 April 2016). "Lawak Zero ke layar perak". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-28. Dicapai pada 17 April 2016.
  7. ^ "Lu Mafia Gua Gangster Official Trailer". YouTube. Dicapai pada 17 April 2017.

Pautan luar sunting