Syanie

Pelawak dan pelakon wanita Malaysia

Syaniza "Syanie" Hisham (lahir 7 Mei 1974) merupakan seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia, terkenal dengan karyanya yang berbentuk komedi. Beliau merupakan anak kepada penerbit televisyen terkenal, Ruhanie Abd Rahman.[1]

Syanie
KelahiranSyaniza binti Hisham
(1974-05-07) 7 Mei 1974 (umur 46)
Serdang, Kedah, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1991–kini
PasanganMohd Attimidi Abdul (k. 1996; c. 2002)
Nadi Putera (k. 2014; c. 2016)

KerjayaSunting

Syanie telah memulakan kerjaya lakonan ketika berusia 17 tahun dan sering muncul dalam mana-mana drama dan telefilem tempatan. Antara filem-filem lakonan beliau ialah Senario The Movie (1999), MX3 (2003), Buli Balik (2006) dan Kembar Siang (2011). Drama dan telefilem yang dibintanginya termasuk Bedah Tong Gas dan Cinta Irama Klasik.[2]

Beliau bersama Dina Nadzir pernah mengambil bahagian dalam rancangan The Biggest Loser Asia pada 24 November 2009.[3]

Kehidupan peribadiSunting

Syanie berkahwin sebanyak dua kali dan tidak dikurniakan cahayamata. Beliau berkahwin dengan Mohd Attimidi Abdul dari 1996 dan bercerai pada 2002. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Nadi Putera pada 2014[4] dan memfailkan perceraian pada 2016.[5][6]

Syanie juga telah mengurangkan berat badan.[7] Di luar kerjaya lakonan, beliau juga menguruskan katering dan menganjurkan acara.[8][9]

Pada 29 April 2020, beliau menjalani pembedahan membuang rahim dan ovari yang mengambil masa hampir tujuh jam.[10][11]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Senario The Movie Petum Filem pertama
2000 Senario Lagi Zati
2001 Lagi-Lagi Senario Eton Kemumculan khas
2003 Gila-Gila Pengantin Puan Rohani Marican
Laila Isabella Eton
MX3 Lolita
2004 Biar Betul Rosmah
2005 Salon
2006 Buli Balik Farah
Persona Non Grata
2008 Cuci
Apa Kata Hati
2009 The Wedding Game
Setem
2010 Senario Asam Garam
2011 Kembar Siang Mak Yam
Tolong Awek Aku Pontianak
Papa I Love You Tuan Rumah
2012 Baik Giler
2016 Lu Mafia Gua Gangster Kemunculan khas
2017 Kerja Kahwin

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1996 Lontong Gayah TV3
2010 Gerak Khas (Musim 12) Shima TV2 Episod: "Suspek"
Dottie Astro Ria
2017 Jangan Ikut Aku Hantu Bigfoot TV3
Budak Usin Imah

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Mee Janda
2012 Bedah Tong Gas TV9
Lemang Sebatang
Cinta Irama Klasik
2019 Nana Dan Jam Atok Kak Nani TV3

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2009 The Biggest Loser Asia Diva Universal
2013 MasterChef Malaysia All Stars Astro Ria
N/A Itu Dia

RujukanSunting

  1. ^ Wawann Mohd (20 Julai 2017). Syanie tidak kisah dikata ‘demand’ Sinar Harian. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  2. ^ Zaidi Mohamad (30 Julai 2018). "Syanie pasrah hilang tawaran berlakon". BH Online. Dicapai pada 30 Julai 2018.
  3. ^ Syanie dan Dina sertai The Biggest Loser Asia, bermula 24 November Rotikaya (18 November 2009). Diperoleh pada 10 Mac 2011.
  4. ^ Pelakon komedi Syanie, sah bergelar suami isteri Harian Metro (28 Februari 2014). Dicapai pada 10 Mac 2014.
  5. ^ Khadijah Ibrahim (3 Mei 2016). Syanie dalam idah, cerai 23 Februari lalu Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  6. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (7 Julai 2017). "Syanie enggan mencari cinta lagi". Utusan Online. Dicapai pada 7 Julai 2017.
  7. ^ Haryati Karim (6 Jun 2009). 2 tahun untuk Syanie kurus Kosmo!. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  8. ^ "Syanie cari rezeki luar bidang seni". Berita Harian Singapura. 1 Ogos 2018. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  9. ^ Syanie: Tak perlu ungkit apa yang berlaku Perak Today (1 Mei 2016). Dicapai pada 10 Mac 2017.
  10. ^ Najiy Jefri (8 Mei 2020). Syanie dah buang ovari, rahim Harian Metro. Dicapai pada 12 Mei 2020.
  11. ^ Zaidi Mohamad (8 Mei 2020). Tujuh jam bertarung nyawa Berita Harian. Dicapai pada 12 Mei 2020.

Pautan luarSunting