XX Ray

Filem genre pengembaraan dan sains fiksyen Malaysia 1992 arahan Aziz M. Osman

XX Ray ialah sebuah filem pengembaraan cereka sains Malaysia 1992 arahan Aziz M. Osman dengan cerita asal oleh Nahar Akhbar Khan. Dibintangi oleh Aziz sendiri bersama Faizal Hussein, Nor Aliah Lee, Sharmaine Farouk, Ibrahim Pendek dan Edika Yusof,[2] ia berkisarkan tentang penemuan alat yang membolehkan seseorang melihat menembusi sesuatu objek, menjadi malapetaka apabila Anuar membawanya keluar ke satu majlis. Amir bertukar menjadi halimunan akibat kesan sampingan alat itu.

XX Ray
Poster filem XX Ray.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahAziz M. Osman
PenulisNahar Akhbar Khan (cerita asal)
Lakon layarAziz M. Osman
Dihasilkan olehRuhani Abdul Rahman
Dibintangi
SinematografiBadaruddin Azmi
Disunting olehMariam Ibrahim
Muzik olehAzman Abu Hassan
Syarikat
penerbitan
Nizarman (M) Sdn. Bhd.
Tarikh tayangan
  • 24 Disember 1992 (1992-12-24) (Malaysia)
[1]
Durasi tayangan
116 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.5 juta
Pecah panggungRM1.2 juta

XX Ray telah ditayangkan kepada umum pada 24 Disember 1992 dan telah diiktiraf sebagai filem cereka sains pertama Malaysia.[3][4] Filem ini menerima ulasan yang rata-ratanya positif dan telah meraih kutipan sebanyak RM1.2 juta.[5] Kesinambungannya, XX Ray II telah ditayangkan kepada umum pada 1995, diikuti oleh siri TV susulannya, Misi XX-Ray pada 2006 dan filem ketiga, XX Ray III pada 2019. Ini juga merupakan filem terakhir lakonan Ibrahim Pendek sebelum kematiannya pada 2003.

SinopsisSunting

Amir, seorang mahasiswa di sebuah universiti, begitu obses dengan angkasa lepas, dan dia kemudiannya mencipta sebuah topi keledar yang menggunakan kuasa tahi bintang. Topi keledar berkenaan membuatkan sesiapa yang memakainya mampu melihat menembusi apa sahaja. Namun, kesan sampingan topi keledar berkenaan membuatkan Amir menjadi halimunan.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

XX Ray merupakan filem kedua terbitan Nizarman dan juga filem kedua arahan Aziz M. Osman yang sebelum ini mengarahkan filem pertamanya, Fenomena (1990) di mana beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip dengan Nahar Akbar Khan menulis cerita asal.[6] Azman Abu Hassan menyumbangkan skor muzik,[7] manakala Mariam Ibrahim mengendalikan suntingan. Menurut penerbit, Ruhani Abdul Rahman, XX Ray memiliki potensi untuk menjadi sebuah "filem pecah panggung", mengikut jalan cerita dan mereka yang terlibat dalam pembikinan filem ini. Ruhani telah memperuntukkan RM250,000 untuk kesan khas yang akan dilakukan oleh pengarah fotografi dan jurukamera Badaruddin Haji Azmi.[8] Majlis pelancaran filem ini diadakan pada 12 Januari 1992 dan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Annuar Musa.[9]

Aziz sendiri turut berlakon dengan memegang watak sebagai Amir, Faizal Hussein memegang watak sebagai Anuar, manakala Sharmaine Farouk dan isteri Aziz ketika itu, Nor Aliah Lee (dikreditkan sebagai Vianney Anastasia Lee) masing-masing memegang watak sebagai Zurina dan Aisyah. XX Ray ialah filem pertama lakonan Sharmaine.[10][11] Barisan pelakon lain termasuk Edika Yusof, Ibrahim Pendek, Ebby Yus, Shaharuddin Thamby, Syanie dan Bibiyana Loyola yang menjayakan watak pembantu. Malek Noor dan Erma Fatima membuat penampilan khas. Penggambaran sebahagiannya dijalankan di Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Sarawak pada Januari dan Februari 1992.[12]

Keluaran dan sambutanSunting

XX Ray ditayangkan pada 24 Disember 1992 di 13 pawagam seluruh negara. Tidak lama selepas keluaran tayangan perdana rasmi, filem ini mencipta sejarah apabila meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM780,000.[13][14] Kutipan pecah panggung kemudian melonjak kepada RM1.2 juta pada hari ke-33 tayangannya.[15][16][17] XX Ray ditayangkan di Singapura pada 29 Mei 1993 dan mendapat sambutan di pawagam.[18][19]

Bagi mempromosikan filem ini, penerbit filem ini, Nizarman telah menganjurkan pertandingan kuiz yang terbuka untuk penyertaan kepada umum, di mana ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.[20][21] Filem ini bersama-sama dengan Selubung, telah disenarai sebagai antara filem Melayu yang disiarkan di TV3 selepas tamat tayangan perdana di pawagam.[22] Aziz mengenang kembali filem itu dalam satu ciapan di Twitter pada April 2021: "XX Ray bukan filem terbaik saya. Filem terbaik saya belum buat".[23]

Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Seri Intan Othman dari Berita Harian menulis bahawa "idea yang kreatif, diselitkan unsur hiburan dan jenaka menjadi tunjak kekuatan" filem ini sambil mengatakan ia "berjaya memaparkan sebuah karya menarik sekaligus menaikkan martabat filem Melayu yang dikatakan semakin merosot sejak kebelakangan ini".[24] Kamil Othman, menulis untuk Sunday Mail memuji filem ini sambil menyifatkannya sebagai "sebuah dunia baru yang berani".[25]

AnugerahSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
1992 Festival Filem Malaysia ke-10 Skor Muzik Terbaik Azman Abu Hassan Menang [26][27]
Pengarah Harapan Aziz M. Osman Menang
Anugerah Khas Juri - Penggunaan teknik kesan khas XX Ray Menang

KesinambunganSunting

XX Ray II (1995)Sunting

Kesinambungan filem ini, XX Ray II ditayangkan pada 25 November 1995, tiga tahun selepas kejayaan filem pertama.[28][29] Untuk filem ini, Aziz masih kekal sebagai pelakon utama dengan penambahan pelakon baru termasuk Lydiawati, Aleeza Kasim, Jalaluddin Hassan dan Azmil Mustapha.[30]

XX Ray III (2019)Sunting

Susulan kejayaan dua filem XX Ray, Aziz M. Osman mula membayangkan idea untuk filem ini pada tahun 2011.[31] Aziz mengambil masa selama 20 tahun untuk mengarahkan XX Ray II kerana ingin memastikan plot dan jalan cerita ditampilkan segar dan tidak ketinggalan zaman.[32] Pencarian bagi pelakon utama dan penulisan skrip filem ini telah dimulakan pada Jun 2015.[33][34] Izzue Islam telah dipilih menjayakan watak utama dalam filem ini, bersama-sama pelakon baru termasuk Adam John, Dazrin Kamarudin, Nonny Nadirah dan Ardell Aryana. Aziz dan Faizal Hussein turut berlakon dengan membuat penampilan kameo. Kesinambungan dua filem XX Ray, XX Ray III ditayangkan pada 24 Januari 2019.

Adaptasi televisyenSunting

Pada tahun 2006, sebuah siri drama adaptasi filem ini telah diterbitkan dengan tajuk Misi XX-Ray, telah memulakan tayangan perdana di TV3 bermula 18 April 2006 hingga 5 Mei 2007 sebanyak 2 musim dan 26 episod. Idea untuk siri TV adaptasi filem ini telah diutarakan pada 1993 susulan kejayaan XX Ray.[35] Episod pengenalan telah diterbitkan sebagai telefilem telah bersiaran pada 15 April, iaitu 3 hari sebelum tayangan perdana rasmi drama ini. Antara barisan pelakon termasuk Syed Aiman, Farah Putri, Qazem Nor dan Raja Farah. Aziz M. Osman dalam satu sidang media drama ini, mengatakan biarpun masih menggunakan perkataan XX-Ray, namun jalan cerita yang ditonjolkan dalam drama itu berbeza dengan filem asal.[36]

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s "Catatan penerbitan XX Ray". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2015. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  2. ^ Muhammad Fairos Azizan (9 Disember 2018). "XX Ray masih ada peminat". Berita Harian. Dicapai pada 2 September 2019.
  3. ^ "Ada kelainan dalam XX-Ray". Berita Minggu. 29 November 1992. Dicapai pada 16 Oktober 2020.
  4. ^ Amir Muhammad (27 Jun 1992). "An interlude of foul-ups and inane dialogue for viewers" [Selingan dialog busuk dan tidak sopan untuk penonton] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  5. ^ Rosidi Daud (9 Januari 1993). "Meteoric success" [Kejayaan bermeteor] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  6. ^ Noor Azman Shamsuddin (21 Jun 1992). "Uji kemampuan Aziz". Berita Minggu. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  7. ^ Rosidi Daud (30 Mac 1992). "Raya cheer with the stars" [Ceria Raya bersama bintang] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 1 September 2019.
  8. ^ Zieman (22 Januari 1992). "Ray of hope from adventure-comedy" [Sinar harapan dari komedi-pengembaraan] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  9. ^ "Pelancaran XX Ray". Harian Metro. 12 Januari 1992. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  10. ^ "Sharmaine terkilan". Berita Harian. 12 Disember 1992. Dicapai pada 1 September 2019.
  11. ^ Rosmin Darus (13 September 1992). "'Hidup gembira' falsafah Min". Berita Minggu. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  12. ^ Rosidi Daud (15 Januari 1992). "A co(s)mic ray" [Sinaran ko(s)mik] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  13. ^ Zubairi Zabidin (5 Januari 1993). "XX Ray cipta sejarah industri filem tanahair". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2019.
  14. ^ "XX Ray dapat sambutan". Utusan Malaysia. 6 Januari 1993.
  15. ^ "XX Ray sudah kutip RM1.2j". Berita Harian. 22 Januari 1993. Dicapai pada 1 September 2019.
  16. ^ Hanim Mohd Salleh (28 Januari 1993). "XX Ray capai box office". Berita Harian Singapura. m/s. 5.
  17. ^ "Aziz M. Osman scores another hit" [Aziz M. Osman cipta satu lagi kejayaan] (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. 29 Januari 1993. m/s. 24.
  18. ^ "Sambutan baik untuk XX Ray di Singapura". Berita Harian. 4 Jun 1993. Dicapai pada 13 Januari 2021.
  19. ^ Nafsiah Jani (7 Jun 1993). "XX Ray berjaya di Singapura". Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  20. ^ "Kuiz XX Ray dapat sambutan". Berita Harian. 11 Februari 1993. Dicapai pada 1 September 2019.
  21. ^ "Pemenang kuiz XX Ray diketahui esok". Berita Harian. 10 Mac 1993. Dicapai pada 1 September 2019.
  22. ^ Zubairi Zabidin (28 Januari 1993). "Dua penerbit filem terkejut". Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2019.
  23. ^ Hanafis Haris (5 April 2021). ""XX Ray bukan filem terbaik saya" - Aziz M. Osman". Astro Gempak. Dicapai pada 2 September 2021.
  24. ^ Seri Intan Othman (13 Disember 1992). "Filem XX Ray bertaraf antarabangsa". Berita Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2019.
  25. ^ Kamil Othman (10 Januari 1993). "XX Ray - A brave new world?" [XX Ray - Sebuah dunia baru yang berani?] (dalam bahasa Inggeris). Sunday Mail. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  26. ^ "Senarai penuh pencalonan FFM10". Berita Minggu. 15 November 1992. Dicapai pada 2 September 2019.
  27. ^ "The list of winners" [Senarai pemenang] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 18 November 1992. Dicapai pada 2 September 2019.
  28. ^ Roslen Fadzil (1 Disember 1995). "Dimensi unik industri filem". Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  29. ^ Kebayan (26 November 1995). "Usaha Aziz ubah sejarah masa depan". Metro Ahad. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  30. ^ "XX Ray sequel soon" [Kesinambungan XX Ray akan menyusul] (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. 16 Mei 1994. m/s. 22.
  31. ^ "Aziz M Osman Rancang Filem XX Ray III?". Rotikaya.com. 12 Disember 2011. Dicapai pada 2015-11-28.
  32. ^ Azizi, Mohd Al Qayum (12 Ogos 2015). "Aziz M Osman Bakal Terbitkan Sekual 'XX Ray 3'". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-14. Dicapai pada 28 November 2015.
  33. ^ "Aziz M Osman Umum Pembikinan Sekuel XX Ray, Cari Hero Baru". My News Hub.com. 3 Jun 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-02-21. Dicapai pada 28 November 2015.
  34. ^ Azzyati Ahmad (3 Jun 2015). "Aziz M Osman cari hero baharu bintangi filem XX Ray III". Astro Awani. Dicapai pada 28 November 2015.
  35. ^ Roslen Fadzil (11 Januari 1993). "XX Ray jadi siri televisyen". Harian Metro. Dicapai pada 13 Januari 2021.
  36. ^ Khadijah Ibrahim (19 April 2006). "Misi XX-Ray beri peluang kepada pelakon baru". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2017. Dicapai pada 24 April 2010.

Pautan luarSunting