Misi XX-Ray ialah sebuah drama televisyen buatan Malaysia arahan pengarah terkenal Aziz M. Osman untuk siaran TV3, yang berupa pembikinan semula siri filem 1990-an XX-Ray untuk zaman 2000-an, dengan barisan pelakon Syed Aiman, Raja Farah, Qazem Nor, Farah Putri Mulyani, Abdul Munir Awang, Kamarozaman Yusoff dan Ramli Harun.

Misi XX-Ray
GenreCereka sains
PengarahAziz M. Osman
Dibintangi oleh
Syed Aiman
Raja Farah
Qazem Nor
Farah Putri Mulyani
Abdul Munir Awang
Kamarozaman Yusoff
Ramli Harun
Negara asal Malaysia
BahasaMalaysia
Syarikat penerbitan
Ace Motion Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal18 April 2006 – 11 Julai 2006
Kronologi
MengikutiNatasha (siri TV)
Diikuti olehDua Hati

Siri TV ini terdiri daripada sebuah telefilem di slot Cerekarama pada 15 April 2006 sebagai pengenalan, diikuti drama rantaian 26 episod yang terbahagi kepada dua musim. Musim pertama disiarkan dalam slot Lestary (Selasa, 9 malam) selama 13 episod dari 18 April hingga 11 Julai 2006; diikuti musim kedua dalam slot Aksi (Isnin, 9 malam), mulai 5 Februari hingga 5 Mei 2007.

Sinopsis

sunting

Misi XX-Ray mengisarkan seorang lelaki bernama Arill (Syed Aiman) yang mengalami masalah kehalimunan, lalu terpaksa mencari penawarnya bersama rakan-rakan, antaranya Eyza (Farah Putri Mulyani), Jali (Abdul Munir Awang) dan dua perisik bernama Mid dan Mud membantu memberikan maklumat rahsia pada Arill untuk mempermudahkan pencariannya. Yang dicari-cari oleh Arill ialah seorang mahasiswa bernama Amir yang pulih setelah lama menjadi halimunan, dengan harapan Amirlah yang mengetahui penawarnya. Pada masa yang sama, Arill menghadapi rintangan, khususnya dari Daniel (Qazem Nor) yang berusaha mencungkil rahsia Arill dan cuba menggagalkan misinya, dan juga perangkap segi tiga cinta yang dicetuskan oleh kedatangan Marini (Raja Farah) sebagai penggoda.

Penerbitan

sunting

Misi XX-Ray diterbitkan oleh Ace Motion Pictures, syarikat penerbitan TV milik Aziz M. Osman dan Nor Aliah Lee. Kata Aziz, biarpun masih menggunakan perkataan XX-Ray, namun jalan cerita yang ditonjolkan dalam drama itu adalah berbeza dengan filem yang pernah dihasilkan.[1]

Usaha penggambaran siri ini memanfaatkan teknologi terbaru yang boleh didapati dalam negara berbanding filem asal. Aziz menjelaskan bahawa segi teknikalnya susah sedikit, kerana Kamaruzaman selaku pemegang watak utama yang halimunan, terpaksa memakai sut hijau sepanjang penggambaran, apatah lagi harus memastikan agar latar penggambaran tidak kelihatan warna hijau pun.[2] Kamaruzaman pula berkongsi pengalaman bahawa Aziz yang mengarah-arahkannya bagaimana untuk bergerak dan menyelaras suara ketika dalam sut hijau itu.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Khadijah Ibrahim (19 April 2006). "Misi XX-Ray beri peluang kepada pelakon baru". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 April 2010.
  2. ^ a b "Ray of mystery". The Star. 18 April 2006. Dicapai pada 24 April 2010.[pautan mati kekal]
TV3: Lestary, Selasa, 9.00 malam
Sebelumnya Misi XX-Ray (musim 1)
(18 April – 11 Julai 2006)
Berikutnya
Natasha Dua Hati
TV3: Aksi, Isnin, 9.00 malam
?? Misi XX-Ray (musim 2)
(5 Februari – 5 Mei 2007)
  • Slot Aksi dilancarkan
Kaber Hero Kaber Zero