Natasha ialah sebuah siri drama televisyen yang disiarkan selama dua musim di TV3, dibintangi oleh Fasha Sandha sebagai seorang wanita yang sentiasa ditimpa malang.

Natasha
GenreDrama
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahFaisal Ishak
Adam Hamid
Dibintangi oleh
Fasha Sandha
Fiza Halim
Ezany Nizariff
Mustapha Kamal
Rozie Othman
Fadilah Mansor
Lydia Ibtisam
Rosnah Johari
Negara asal Malaysia
BahasaMalaysia
Bilangan musim2
Bilangan episod52
Penerbitan
Penerbit eksekutifSuriyati Sidek
PenerbitJS Foo
Syarikat penerbitan
Asia Media Content
Penyiaran
Siaran asal1 November 2005 – 23 Januari 2007
Pautan luar
Tapak sesawang penerbitan Asia Media Content

PelakonSunting

Watak utamaSunting

Watak sokonganSunting

SinopsisSunting

Musim 1Sunting

Natasha diperkatakan bagaikan sumpahan, dan kelahirannya membawa nasib malang kepada sesiapa yang dekat dengannya. Setiap lelaki mencintainya dan cuba mendekatinya hampir pasti menemui kecelakaan. Arwah bapanya terkorban dalam kemalangan ketika dalam perjalanan mengambil bidan ketika ibunya, Normah hendak melahirkannya. Masa terus berlalu, Natasha kini membesar sebagai gadis cantik. Dia dan ibunya tinggal bersama keluarga Tina, iaitu majikan ibunya. Kebencian Tina bertambah apabila menegetahui lelaki pujaan hatinya, Irfan telah jatuh hati kepada Natasha. Disebabkan itu Tina sanggup membuat rancangan jahat dan licik untuk membuatkan Irfan bencikan Natasha, termasuklah menuduh Natasha sebagai gadis sial. Keadaan lebih bertambah buruk apabila ibu Natasha meninggal akibat penyakit kanser otak yang dihidapinya selama ini. Irfan yang terpedaya dengan hasutan Tina kemudian bertindak menjauhkan diri dan membenci Natasha. Bagaimanapun nasib Natasha menjadi semakin baik apabila dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang kaya raya dan berkahwin dengannya. Berita tentang perkahwinan Natasha itu telah mengecewakan Irfan, apatah lagi kini dia telah mengetahui bahawa penderitaan Natasha selama ini adalah akibat perbuatan jahat Tina. Bagaimanapun dihari malam perkahwinan tersebut, suami Natasha telah meninggal dunia. Natasha kini menjadi janda kaya. Irfan kemudian mengambil kesempatan untuk memenangi semula hati Natasha. Mereka kemudian merancang untuk berkahwin. Tina yang mengetahui akan hal kemudian menemui Natasha Dan berpura-pura dihadapan Natasha dan mengaku kononnya dia telah insaf dan menawarkan diri untuk membantu dalam persiapan majlis perkahwinan tersebut. Natasha yang tidak menyedari niat jahat Tina itu kemudian memaafkan Tina. Namun, dihari perkahwinan Natasha sesuatu yang buruk telah berlaku.

Musim 2Sunting

Pada hari perkahwinan mereka, Irfan mengalami kemalangan. Natasha berasa terkejut apabila mengetahui kejadian tersebut adalah angkara Tina, yang disangka telah berubah sebelum ini. Kejadian yang menimpa Irfan itu membuatkan ibu Irfan kembali membenci Natasha. Tina berasa sangat gembira kerana rancangannya telah berjaya. Tina mula menghasut ibu Irfan dan mengatakan kejadian yang menimpa Irfan adalah disebabkan nasib Natasha yang memang malang. Natasha sentiasa tabah dalam menjalani ujiannya. Kebencian Tina yang semakin memuncak terhadap Natasha membuatkan dia sanggup untuk membuat rancangan jahat sekali lagi. Apatah lagi setelah dia mengetahui Irfan telah kembali bersama Natasha. Tina merancang untuk menyimbah asid ke muka Natasha, namun disebabkan ibunya yang tidak waras , Tina yang disimbah asid ke wajahnya. Akibatnya, wajah Tina kini berubah menjadi hodoh.

RancanganSunting

TV3: Lestary, Selasa, 9.00 malam
Sebelumnya Natasha
(1 November 2005 – 11 April 2006)
Berikutnya
? Misi XX-Ray
TV3: Lestary, Selasa, 9.00 malam
Dua Hati Natasha II
(23 Januari 2007 – 17 Julai 2007)
Jelatang