Adam Hamid
Abdul Hamid Bin Jarnail Kamaruddin Khan (lebih dikenali sebagai Adam Hamid; lahir 3 Disember 1973) adalah pelakon dan pengarah dari Malaysia.
Adam Hamid | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Hamid Bin Jarnail Kamaruddin Khan 3 Disember 1973 |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Pelakon, Pengacara, Pengarah, Penerbit |
Tahun aktif | 1991-Kini |
Kehidupan peribadi sunting
Ibunya Nor Asiah Abdullah (nama asal Goh Mek Sim) berketurunan peranakan Cina dan Siam dari Kelantan manakala bapanya Jarnail Kamaruddin Khan bin Manghil Khan berasal dari Lahore, Pakistan.
Pelakon dan pengarah filem sunting
Adam juga bekas handyman ini menyertai kebanyakan bidang seni lakon termasuk pernah menjadi pengurus produksi, penulis skrip dan akhirnya menjadi pengarah.
Kini beliau sudah mengarahkan lebih daripada 80 buah drama televisyen.
Telemovie pertama arahannya ialah Cinta Penyair untuk slot RTM pada tahun 1998. Pada ketika itu beliau baru berusia 25 tahun.
Adam memulakan kariernya sebagai pelakon di dalam drama sitkom Sayang Di Sayang, di bawah Serangkai Filem pada pada tahun 1991 diusia 18 tahun.
Selain berlakon dan mengarah drama, beliau juga pernah menjadi penerbit filem pada tahun 2006 yang berjudul 'Cinta Terakhir’ dan antara Drama terbitannnya pula ialah, Siong (26 episod), Berek (13 episod), Kelab Jeng Jeng (13 episod) dan Putera Katak (26 episod) kesemuanya ditayangkan di TV3 dibawah Syarikatnya TALISMAN PICTURES Sdn Bhd
Beliau telah berlakon di dalam lebih 30 buah drama antaranya Kipas Anggun, Anak Teruna, Kalau Itu Takdirnya dan Rahsia Demi Rahsia. Beliau juga membintangi filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam, Aku No. 1 dan Bujang Senang.