Putera Katak ialah sebuah siri drama televisyen fantasi Malaysia 2011 dibintangi oleh Nora Danish dan Zizan Nin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 29 November 2010 hingga 30 Disember 2010 menggantikan Ulek Mayang.[1][2]

Putera Katak
Genre
Ditulis olehSharifah Abu Salem
PengarahAdam Hamid
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifFadzullaily Yaacob
PenerbitAdam Hamid
PenyuntingFaiz Ramli
Tempoh siaran39–40 minit
Syarikat penerbitan
Talisman Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal29 November 2010 – 30 Disember 2010
Kronologi
MengikutiUlek Mayang
Diikuti olehSakti Delima

Siri ini boleh didiapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis sunting

Mengisahkan Putera Amar (Zizan Nin) telah disihir oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bea Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Setelah tima tahun, Puteri Zadora telah menyedari bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha Hamid) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya sebagai katak ialah cinta sejatinya.Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?Sama-samalah kita saksikan kesudahan cerita ini.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ TV3 Rungkai Kisah Putera Katak & Pengidap Amnesia mStar Online (25 November 2010). Dicapai pada 25 April 2013.
  2. ^ Budiey (24 November 2010). Drama Seribu Kali Cinta & Putera Katak Sensasi Selebriti. Dicapai pada 25 April 2013.
  3. ^ Putera Katak (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 3 Disember 2018.