Rabiatul Balqis "Bea" Rameshan (lahir 25 Mei 1988) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta rancangan Pilih Kasih musim pertama.[2]

Bea Rameshan
Kelahiran
Rabiatul Balqis binti Rameshan

(1988-05-25) 25 Mei 1988 (umur 35)
Nama lainBea Balqis
PendidikanDiploma Kejuruteraan Sains Geometrik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–kini
PasanganAmini Ahmad Tabarani
Anak-anak2

Kerjaya sunting

Bea memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang mana beliau merupakan salah seorang daripada 20 finalis.

Beliau paling dikenali menerusi drama Bunga-Bunga Syurga yang bersiaran di TV3. Selain itu, beliau berlakon bersama Liyana Jasmay dalam filem Isyarat Cinta arahan Bade Hj. Azmi yang ditayangkan pada Mac 2015.

Kehidupan peribadi sunting

Bea dilahirkan dan dibesarkan di Machang, Kelantan dan merupakan anak sulung daripada empat beradik serta berdarah kacukan Melayu dan India. Beliau merupakan lulusan dalam Diploma Kejuruteraan Sains Geometrik di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau berkahwin dengan pemain bola sepak dan penjaga gol Amini Ahmad Tabarani dan dikurniakan dua anak.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2015 Isyarat Cinta Bade Hj. Azmi

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Tok Ketua Astro Warna Sitkom
2010 Pangkin Atuk TV3
Biar Betul Bendul Astro Warna Sitkom
Tipah Vavavoom Aireen TV3
2011 Moh Ke Kafe Kita TV9 Sitkom
2012 Setia Hujung Nyawa Dr. Suria TV3
2013 Bunga-Bunga Syurga Zila
2014–2015 Zahira Sofea
2019 Ripin Mugha Batu TV2

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2010 Sutera di Sebalik Wajah TV3
2011 Dosa Siapa TV3
2012 Mariam Kampung Putat TV3
2018 Batang Buruk Batu Lesung Nadia Astro Ria

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Pilih Kasih (Musim 1) Dirinya sendiri/Peserta RTM

Pencapaian sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2009 Pilih Kasih Finalis

Rujukan sunting

  1. ^ Biodata Bea Rameshan Hakim Ramli (15 September 2016). Diperoleh pada 16 Disember 2016.
  2. ^ Syanty Octavia Amry (8 Ogos 2017). "Bea masih aktif berlakon". Harian Metro. Dicapai pada 26 Ogos 2017.

Pautan luar sunting