Isyarat Cinta merupakan sebuah filem drama Malaysia 2015 arahan dan skrip oleh Bade Hj. Azmi. Dibintangi oleh Liyana Jasmay, Fizo Omar dan Adi Putra, filem ini ditayangkan pada 19 Mac 2015.[1][2]

Isyarat Cinta
PengarahBade Hj. Azmi
Lakon layarBade Hj. Azmi
Dihasilkan olehRosyam Nor
Kevin Tan
Dibintangi
SinematografiIndra Che Muda
Disunting olehHaikal Fadzil
Syarikat
penerbitan
RK Screen
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
19 Mac 2015
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Plot sunting

Mengisahkan cinta pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) antara pasangan buta dan pekak. Iskandar (Adi Putra) merupakan seorang jejaka yang mengalami cacat pendengaran, manakala pasangannya pula Dhia (Liyana Jasmay) seorang gadis buta.

Hubungan mereka terjalin ketika Iskandar cuba menyelamatkan Dhia dalam satu kemalangan. Ariel (Fizo Omar) bertindak sebagai orang tengah dalam menghubungkan kedua-dua mereka kerana masalah kecacatan yang mereka alami. Namun, dalam masa yang sama Ariel turut mempunyai perasaan terhadap Dhia yang akhirnya menimbulkan konflik selepas itu.

Adakah cinta Dhia dan Iskandar bakal bersatu? Bagaimana dengan perasaan istimewa Ariel terhadap Dhia? Berjayakah Ariel menambat hati Dhia? Siapakah jejaka pilihan hati Dhia sebagai teman hidup?

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Isyarat Cinta diarahkan oleh Bade Hj. Azmi dengan Rosyam Nor berkhidmat sebagai penerbit untuk RK Screens, Skop Productions mengendalikan urusan pengedaran. Liyana Jasmay yang sebelum ini berlakon dalam beberapa filem arahan Bade, memegang watak sebagai Dhia, seorang gadis yang cacat penglihatan.[3] Liyana, Fizo Omar dan Ady Putra mengikuti kelas bahasa isyarat bagi menghidupkan watak masing-masing.[4]

Keluaran dan sambutan sunting

Isyarat Cinta dikeluarkan pada 19 Mac 2015 di pawagam seluruh Malaysia. Majlis tayangan amal filem ini diadakan di Cathay Cineplex, Damansara, Selangor dan telah meraih kutipan sebanyak RM100,000.[5][6]

Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online mempunyai pandangan skeptikal terhadap filem ini, terutama dari segi garapan, beliau menulis: "…sebuah filem cinta yang matang dan saya harus akui bahawa hati saya tersentuh sehingga bergenang air mata menonton filem ini terutama pada babak akhir."[1] Aqmar Mustaza dari Sinar Harian mengulas: "tidak seperti filem tempatan lain yang mula hilang ciri-ciri sebuah filem, Isyarat Cinta mengembalikan nostalgia anda terhadap sebuah filem romantis yang sebenar."[7]

Menurut portal web Rotikaya, Isyarat Cinta tidak ditayangkan di Astro First.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Shazryn Mohd Faizal (23 Mac 2015). "Isyarat Cinta, sebuah karya 'mahal' Bade Hj. Azmi". mStar Online. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  2. ^ Ramlah Zainal (22 Januari 2015). "Isyarat Cinta mencabar Bade". Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  3. ^ Shakilawati Abd Rahman (15 Februari 2015). "Cinta si bisu, si buta". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-09. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  4. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (28 Januari 2015). "Isyarat amal Isyarat Cinta". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-01. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  5. ^ "Isyarat Cinta Kutip RM100,000". Malaysian Digest. 5 Mac 2015. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  6. ^ "Respon Oh! Media Tentang Filem Isyarat Cinta". Oh Media. 18 Mac 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-21. Dicapai pada 19 Mac 2015.
  7. ^ Aqmar Mustaza (21 Mac 2015). "Isyarat Cinta pertaruh kisah OKU". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  8. ^ "Filem Isyarat Cinta Angkat Tema Kesungguhan OKU". Rotikaya. 16 Mac 2015. Dicapai pada 1 Januari 2017.

Pautan luar sunting