Edika Yusof

Pelakon lelaki Malaysia

Edika Yusof (lahir Mohd Yusof Abd Majid; 22 April 1967) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mencipta nama sebagai pelakon dan model iklan yang popular di era 90an. Meskipun kerap membawa watak anak orang kaya, bongkak tetapi sebenarnya beliau berasal dari keluarga biasa.

Edika Yusof
Kelahiran
Mohd Yusof bin Abd Majid

(1967-04-22) 22 April 1967 (umur 54)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif1989—1997
2017—kini
PasanganNorhidayah Yusri
Anak3

Kehidupan awalSunting

Edika Yusof dilahirkan pada 22 April 1967 dan berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Anak sulung daripada 6 beradik, beliau berketurunan Pakistan.[1] Edika ialah bekas pelajar Sekolah Menengah St. John, Bukit Nanas, Kuala Lumpur dan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[2]

KerjayaSunting

Edika menceburi bidang seni secara tidak sengaja ketika berusia 16 tahun, apabila ditawarkan menjalani ujibakat untuk iklan TV. Ujibakat pertamanya berjaya mendapat watak utama untuk iklan Wrangler Jeans. Pada ketika menunggu keputusan peperiksaan SPM, dia mendapat tawaran untuk Iklan keduanya iaitu Pepsi.[3]

Ketika usianya menjangkau 18 tahun, dia terpaksa menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam kerana perlu mencari pekerjaan. Ketika itu, dia berhijrah ke Cherating, Pahang dan bekerja sebagai pelayan restoran di daerah itu.[3]

Iklan pertama yang dijayakan oleh Edika ialah iklan Wrangler Jeans bersama Kavita Sidhu. Di antara iklan yang paling popular Dibintanginya ialah Iklan Rokok Kingsway dan diikuti dengan puluhan lagi Iklan TV jenama-jenama terkemuka.[3][4][5]

Popularitinya sebagai model iklan komersial juga turut membawa Edika mengembangkan bakatnya dalam cabang seni lakonan apabila ditawarkan untuk berlakon filem Pelumba Malam pada tahun 1989. Bertuah memiliki wajah kacukan, Edika mengorak langkah dalam bidang seni hiburan dengan berlakon sebagai watak utama dalam filem-filem popular era lewat 80an dan 90 an. Selain filem, pada tahun 90an Edika juga pernah memegang watak utama dalam sebuah Cerekarama TV3 bersama aktres ternama Uji Rashid berjudul Abang Muda. Edika menerima pengiktirafan meluas dengan melakonkan wataķ sebagai Karim dalam filem cereka sains XX Ray arahan Aziz M. Osman.[3]

Mengimbas kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika meniti zaman popularitinya lebih 20 tahun lalu, Edika menganggap dirinya bertuah kerana mempunyai ramai peminat yang menyokong kerjaya seninya.[3] Meskipun digilai ramai peminat wanita yang tertarik dengan ketampanan wajah dan personaliti yang yang dimilikinya, pelakon yang terkenal dengan sikap rendah dirinya ini tidak pernah mengambil kesempatan atas situasi itu.

Berikutan Krisis ekonomi 1997, Edika turut terkena tempias, lantas dia mengambil langkah memulakan kerjaya dalam bidang penerbangan dengan bertugas sebagai Pramugara seterusnya melibatkan diri dalam bidang seni reka grafik. Sejak itu dia lebih banyak menumpukan pada tugas barunya itu.[3]

Edika mengundur diri dari bidang seni selepas isteri tercintanya lumpuh tiga perempat badan iaitu dari bahagian dada ke bawah selepas melahirkan anak kedua mereka. Atas rasa kasih dan tanggungjawab Edika lebih banyak menghabiskan masa menjaga isteri disamping mengusahakan perniagaan seni reka grafiknya.[3]

Selepas 20 tahun mendiamkan diri, Edika kembali berlakon dengan membintangi drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati dengan melakonkan watak sebagai Datuk Syakir.

Kehidupan peribadiSunting

Edika mempunyai dua orang anak hasil pernikahannya dengan isteri dan seorang anak tiri iaitu Fardeen Nasrulhaq, Fereena Nurulhaq dan Nazirul Afiq.[3][6] Isterinya mengalami lumpuh dari bahagian dada hingga ke bawah selepas melahirkan anak kedua mereka.[3][7][8]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1989 Pelumba Malam Filem pertama
1990 Driving School Abang
1992 XX Ray Karim Datuk Yahya
1995 Awas Roy
1996 Maria Mariana Jeffri

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1996 Abang Muda Abang Muda/ Doktor Razman TV3
2017 Hikayat Cinta Si Pematah Hati Datuk Syakir Astro Ria
2018 Pengantin 100 Hari Rusdi TV3
Inai Yang Hilang Wan Jamil ntv7
Isteri Dalam Sangkar Tengku Yusuf Hypp Sensasi
2019 Cinta Non Grata Datuk Marzuki TV3
Puteri Yang Ditukar Tuan Malik Astro Prima
2020 Pengantin Satu Malam Dato' Haris TV3
2021 Ahli Bapak Bapak Club Eedika Yusof Astro Ria

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Permata Hati Ghulam Rasool Astro First Eksklusif
2018 Sofea Affendi Datuk Imran ntv7

RujukanSunting

  1. ^ Grace Chen (24 Oktober 2017). "Former glamour boy loves playing family man" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  2. ^ "Edika masih sayangkan dunia seni". Utusan Malaysia. 13 Oktober 1999. Dicapai pada 20 September 2018.
  3. ^ a b c d e f g h i Aini Nawawi (12 Februari 2017). "Usia lapan tahun, Edika hampir mati lemas". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Ogos 2018. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  4. ^ Tahir Alhamzah (23 Januari 2017). "Remember 80s icon, Edika Yusof? Here's what he's been up to" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  5. ^ Azman Samsudin; Zulkefli Ali; Zainuri Misfar (5 Disember 1993). "Tuah wajah". Berita Minggu. Dicapai pada 20 September 2020.
  6. ^ "Tujuh Tahun Edika Yusof Botak Kepala Kerana Isteri Lumpuh". mStar Online. 5 Februari 2013. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  7. ^ Asraf Aided (12 April 2021). "Jaga isteri lumpuh berbelas tahun, Edika Yusof enggan kahwin lain - "Kenapa saya ingin lukakan hatinya"". Astro Gempak. Dicapai pada 20 September 2021.
  8. ^ "Edika recalls the tough days of caring for his family" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 22 Jun 2020. Dicapai pada 20 September 2020.

Pautan luarSunting