Mencari Kiblat Cinta
Mencari Kiblat Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Shuhaimi Lua, di bintangi oleh Husna Mustaffa, dan Syazuwan Hassan. Siri ini memulakan tayangan di TV Okey 7 Januari 2021.[1]
Mencari Kiblat Cinta | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Farhana Fauri |
Pengarah | Jo Yusof |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | Semalam -Aina Abdul |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | NS Star Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV Okey |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 7 Januari 2021 – 11 Februari 2021 |
Kronologi | |
Mengikuti | Wasiat Dari Jordan |
Diikuti oleh | Rudy Vs Jolie |
Sinopsis
suntingKerana satu tragedi hitam, dua beradik terpisah. Danira dipenjarakan, sepi dan sendiri di gerigi besi. Naufal pula hilang entah ke mana. Misi pertamanya setelah dibebaskan ialah mencari Naufal, tapi yang ditemukan ialah Tengku Filman, lelaki yang punya segala-galanya. Hidup yang sempurna, kerjaya dihormati serta keluarga yang bahagia. Sedangkan dia gadis yang kontras dengan kesempurnaan Tengku Filman. Jika Tengku Filman A, dia pula C. Jika Filman Mr. Right, dia pula hanyalah gadis di loteng usang. Dan kerana Filman, dia menemukan Aliff, lelaki traumatik dengan kenangan kosong.
Dalam sempurna Tengku Filman, ada sekeping hati yang tidak pernah sembuh. Namun kerana Danira, dingin Tengku Filman melebur. Wajah Danira memenuhi setiap ruang kosong di hatinya. Cintanya kini berkiblat agung. Bertunjangkan kasih.
Di hadapan orang, dia terlihat bahagia. Miliki segala-galanya yang dimahukan. Tapi dalam senyuman dan gelak ketawanya, rupanya Aliff tidak pernah gembira. Jiwanya menderita, tapi tidak ada sesiapa yang tahu apa yang terpendam sejak sekian lama. Sebuah rahsia hitam, melontar dirinya ke dalam jurang dalam. Namun kehadiran Danira dalam hidupnya telah merubah segala-galanya.
Siapakah yang menjadi pilihan Danira antara Tengku Filman dan Aliff? Mampukah dia mengecap bahagia seperti yang diidamkan seperti dalam angannya?
Pelakon
sunting- Husna Mustaffa sebagai Danira
- Syazuwan Hassan sebagai Tengku Filman
- Shah Hazvee sebagai Naufal / Alif
- Dayana Roza sebagai Wirda
- Fifi Laura Olivia sebagai Melly
- Edika Yusof sebagai Tengku Amar
- Zila Bakarin sebagai Tengku Saida
- Raden Zaharatul sebagai Yana
- Azerin Zainal sebagai Joshua
- Falla Zully sebagai Evelyn
- Ali Reza Kavoossi sebagai Tengku Firdaus
- Inas Sofea sebagai Najla
- Anne Ngasri sebagai Karmila
- Sazrin Aizul sebagai Zhulbhan
- Naszeli Ngasri sebagai Harris
- Nina Fazurina sebagai Cikgu Lyn
- Shahriza Mahmud sebagai Musliha
- Nadia Kesuma sebagai Zahara
Rujukan
sunting- ^ Drama Mencari Kiblat Cinta mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.