Kavita Kaur

(Dilencongkan dari Kavita Sidhu)

Kavita Kaur a/p Sidhu (lahir 29 November 1971) ialah seorang peragawati, pelakon, pengacara dan penerbit filem Malaysia.

Kavita Sidhu
ਕਵਿਤਾ ਕੌਰ ਸਿੱਧੂ
Kelahiran
Kavita Kaur a/p Sidhu

(1971-11-29) 29 November 1971 (umur 52)
PekerjaanPengacara, pelakon, model, usahawan, penerbit filem
Tahun aktif1990–kini
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)
PangkatMiss Charm International Malaysia 1990
Miss Charm International 1990
(pemenang)
PasanganRoberto Guiati (k. 2016)

Kerjaya sunting

 
Kavita pada pertunjukan fesyen.

Kejelitaan Kavita Kaur, pemenang Miss Charm International 1990 mula melonjak ke perhatian umum sejak menerokai bidang peragawati pada awal 1980-an ketika menuntut di Kuala Lumpur.[1] Wajahnya yang begitu fotogenik menjadi rebutan majalah-majalah Malaysia seperti Her World, Female, Jelita dan Wanita untuk kulit hadapan. Bukan sekadar dimedia cetak, malahan di kaca televisyen juga Kavita sering muncul. Iklan Palmolive, salah satu iklan revolusi dari segi teknik lewat tahun 80an, menampikan kejelitaanya yang begitu mengkagumkan. Di pentas cat-walk juga Kavita (180cm) terserlah dengan langkah gayanya yang anggun.[2]

Ramai gadis mengaku diri sebagai model tetapi dunia model sendiri mengetahui siapakah sebenarnya seorang model serius. Kavita Kaur termasuk golongan teratas dalam senarai model Malaysia dalam dua kriteria utama seorang model tulen: di pentas catwalk dan foto.[3]

Walaupun Kavita kini bukan sahaja telah mencipta nama sebagai pelakon dan penyanyi malahan juga penerbit filem, dunia fesyen Malaysia, tetap menggangap Kavita sebagai salah seorang model Malaysia tersohor sehingga kini dan mungkin dapat dianggap sebagai salah seorang 'Supermodel' terawal tanahair.[4]

 
Kavita pada majlis tayangan perdana filem Pontianak Harum Sundal Malam.

Aktivisme sunting

Pada 16 April 2018, Kavita bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Joe Flizzow, dan Nora Danish menjayakan kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[5][6][7]

Kehidupan peribadi sunting

Pada Januari 2016, Sidhu berkahwin dengan ahli geologi Itali, Roberto Guiati. Majlis persandingan mereka diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur.[8]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1997 Layar Lara Zizie Filem pertama
2000 Mimpi Moon Vina (Davina David)
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Ana
2005 Pontianak Harum Sundal Malam II Ana
2007 Waris Jari Hantu Ira
1957: Hati Malaya Khalilah
2013 Tanda Putera Kara

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009–2010 Waris Ira TV2

Rujukan sunting

  1. ^ "Turning heads t". YTL Community. Diarkibkan daripada yang asal pada 2002-12-07. Dicapai pada 11 July 2014.
  2. ^ "100 memorable Malaysian women". The Star (Malaysia). 8 March 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 11 July 2014.
  3. ^ "100 memorable Malaysian women". The Star (Malaysia). 8 March 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 11 July 2014.
  4. ^ "100 memorable Malaysian women". The Star (Malaysia). 8 March 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 11 July 2014.
  5. ^ Hemananthani Sivanandam (17 April 2018). "Neelofa, Hans Isaac and local celebs fight fake news and cyberbullying". The Star. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  6. ^ "Celebrities campaign against cyberbullying". Free Malaysia Today. 17 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-02. Dicapai pada 15 Mei 2018. They will also fight dissemination of fake news on social media as they are often the target of malicious attacks.
  7. ^ Beatrice Nita Jay, Siti Nnur Maserah Amran (17 April 2018). "Celebrities lend their support in 'war' against cyber bullying, fake news [NSTTV]". New Straits Times. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  8. ^ Gui, Lennard (8 January 2016). "Kavita Sidhu is married". The Star (online). Dicapai pada 12 March 2017.

Pautan luar sunting