Awal Ashaari

Pengacara dan pelakon Malaysia

Ahmad Awaluddin "Awal" Ashaari (lahir 6 Ogos 1981) ialah seorang pengacara televisyen, model, dan pelakon Malaysia. Beliau terkenal sebagai pengacara rancangan realiti One in a Million dan pelakon utama filem dan siri TV Impak Maksima.[1][2] Selain dari itu beliau juga telah ditawarkan pelbagai kerja pengacaraan majlis dan juga model jurucakap bagi beberapa produk-produk yang berada di pasaran.[3]

Awal Ashaari
Awal pada 2007.
Kelahiran
Ahmad Awaluddin bin Ashaari

(1981-08-06) 6 Ogos 1981 (umur 42)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, jurucakap produk
Tahun aktif2004–kini
Ketinggian5' 11" 180 cm
PasanganScha Al-Yahya (k. 2012)
Anak-anak2 (termasuk Lara Alana)

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan sebagai Ahmad Awaluddin bin Ashaari pada 6 Ogos 1981 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik. Beliau mendapat pendidikan di Metodhist Boy’s School. Kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi di Universiti Curtin di Lim Kok Wing dengan Ijazah Kepujian dalam Filem dan Televisyen. Beliau merupakan pemegang ijazah sarjana lanjutan dalam bidang komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.

Kerjaya sunting

Kerjaya awal sunting

Permulaan kerjaya Awal bermula di sebuah syarikat pengiklanan yang cukup terkenal iaitu Leo Burnett Advertising, di mana beliau berkerja sebagai seorang eksekutif perakaunan. Beliau kemudian beralih arah menjadi seorang pembaca berita di 8TV Twenty Hundred selama 8 bulan pada tahun 2004-05. Beliau juga pernah mencuba nasib di musim pertama Malaysian Idol dan melayakkan dirinya sehingga tahap 30 teratas.

Televisyen dan filem sunting

Dunia pengacaraan beliau kemudian bermula dengan penglibatan beliau di dalam Beat TV (Astro Ria) diikuti dengan pelbagai pengacaraan lain seperti Sesi Teh Tarik F&N, One in a Million, Sensasi dan sebagainya.

Dalam pada itu dunia lakonan juga telah mula menjadi salah satu kerjaya beliau dengan penglibatan awalnya dalam drama Impian Illyana, diikuti dengan beberapa lakonan lain di layar filem dan skrin TV seperti Noktah Erna, Impian Illyana, 3R, Puteri, Seribu Erti, Misi XX-Ray, Cinta Medik, Impak Maksima,Tiga Serumah dan lain-lain.

Kerjaya filem Awal bermula pada 2007 menerusi filem drama muzikal Diva arahan Sharad Sharan. Seterusnya beliau muncul dalam filem aksi perlumbaan Impak Maksima arahan Ahmad Idham, yang mana beliau memegang watak sebagai Ayie, adik kepada watak lakonan Eizlan Yusof iaitu Johari. Pada tahun berikutnya, beliau berlakon di samping Farid Kamil dan Lisa Surihani di dalam filem drama komedi romantik I'm Not Single arahan Pierre Andre yang mana beliau berpasangan dengan Intan Ladyana. Pada 2009, beliau berlakon di samping Liyana Jasmay, Que Haidar dalam filem Malaikat Maut arahan Bade Hj. Azmi.

Perniagaan sunting

Awal bersama isterinya, Scha membuka perniagaan mereka dikenali sebagai Schapoholics, yang diperoleh dari perkataan bahasa Inggeris, "Shopaholics".[4] Pada tahun 2009, dengan kerjasama Dynas, mereka membuka butik fesyen yang dikenali sebagai DnA CelebrityStyle di Desa Sri Hartamas. Perniagaan ini kemudiannya ditutup dan rakan kongsi mereka menubuhkan perniagaan sendiri.

Kehidupan peribadi sunting

 
Awal Ashaari dan isterinya, Scha Al-Yahya ketika majlis perkahwinan mereka.

Pada 4 Mei 2012, Awal berkahwin dengan pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya (Scha). Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya.[5] Ijabkabul dilakukan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. Majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[6][7]

Siaran langsung majlis perkahwinan menerusi saluran Astro Ria terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal (hujan ?). Raqim Ahmad Ramli menjelaskan bahawa masalah itu akan diperbaiki. Sebelum ini perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU berjalan lancar.[8] Pasangan ini mendapat cahayamata perempuan diberi nama Lara Alana, dilahirkan pada 22 Julai 2014.[9]

Kemalangan jalan raya 2015 sunting

Pada 29 Mac 2015, Awal bersama pengurusnya Izuan Mokhtar terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi. Kereta BMW 8 Series yang dinaiki mereka mengalami kerosakan teruk selepas terbabas di bahu jalan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh. Awal dikatakan dalam perjalanan ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka sebelum kemalangan itu berlaku. Beliau dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil, sementara Izuan tidak mengalami kecederaan dan diberi rawatan sebagai pesakit luar.[10] Tempat beliau sebagai pengacara digantikan oleh penerbit Melodi, Michelle Wee dan bekas juara Projek Metro, Liza Khairudin.[11]

Awal kemudiannya memuat naik status Instagram memberitahu tentang keadaannya kini dan berterima kasih kepada orang ramai yang membantu mengeluarkannya daripada kenderaan akibat kemalangan itu.[12][13] Dalam temuramah bersama pemberita dan wartawan, beliau berkata: "Semasa sampai di tempat kejadian, saya langsung tidak sedar apa yang berlaku dan mendapati kereta sudah terbabas hingga berada di bahagian kiri bahu jalan. Saya sedar ramai orang cuba membantu dan turut menghulurkan telefon bimbit yang tercampak semasa kemalangan. Saya kemudian terus menghubungi isteri, Scha Alyahya memaklumkan mengenai kejadian sebelum dikejarkan ke hospital,"[14][15][16][17] Awal turut mendedahkan beberapa barangan peribadinya hilang dicuri ketika kemalangan jalan raya itu berlaku, antara barangan yang hilang termasuklah kasut yang dipakainya ketika itu malah dalam masa yang sama dia juga tidak menyangka ada pihak tergamak berbuat demikian ketika orang sedang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.[18][19]

Beliau turut berkongsi gambar bersama anaknya, Lara Alana selepas kemalangan itu.[20]

Kes saman sunting

Pada Mac 2019, Awal dan isteri, Scha telah menang satu kes saman menuntut ganti rugi sebanyak RM345,305 juta terhadap syarikat pengedar minyak wangi D'Haja (M) Sdn. Bhd. atas kehilangan hasil jualan produk minyak wangi keluaran mereka.[21]

Aktivisme sunting

Pada 16 April 2018, Awal bersama isteri, Scha Al-Yahya dan beberapa selebriti lain termasuk Hans Isaac, Neelofa, Maya Karin, Joe Flizzow, Nora Danish, dan Kavita Sidhu mengambil bahagian dalam kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[22][23][24][25]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 Diva Jay Filem pertama
Impak Maksima Ayie
2008 Apa Kata Hati Riezman
I'm Not Single Dani
2009 Maut Fendi
Syurga Cinta Irham
2010 Niyang Rapik Amir
2011 Seru Zed Penampilan khas

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Impian Illyana (Musim 1) Rizal ntv7
2007 Seribu Erti Ehsan
Impian Illyana (Musim 2) Rizal TV9
Cinta Medik Khai
Misi XX-Ray (Musim 2) TV3
2008 Kahit Isang Saglit Amir Mohammad TV2
Impak Maksima the Series Ayie TV3
Haryati 2 TV2
3R Mark TV3
Puteri (Musim 4) Helmi
2009 Cinderella Blues Azhar b. Johar TV3
Embun Mutiara Roni
2009–2010 Tiga Serumah Astro Warna
2010 Noktah Erna Syamsul TV3
2013 Sedetik Cinta Hakimi
2018 Dapur Kongsi Remy ntv7
2023 Riot!: Rebel With A Cause Dirinya sendiri Astro Premier Penampilan khas

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Beat TV Pengacara Astro Ria
2006–2009 One in a Million 8TV mengacara bersama Marion Caunter
2007 Sensasi TV3 mengacara bersama Intan Suraya
2010–2011 Mari Menari Astro Ria mengacara bersama Datin Lisa Surihani
2010–2017; 2020–2021 Melodi TV3 mengacara bersama Janna Nick
2020 Anugerah Juara Lagu ke-34 mengacara bersama Haziq Hussni & Sherry Alhadad
Shopee 9.9 Super Show Astro Prima, Hello HD & YouTube Rasmi Shopee Malaysia
Shopee 11.11 Big Show TV3 & YouTube Rasmi Shopee Malaysia
Muzik Muzik TV3
2021 Festival AJL
Anugerah Juara Lagu ke-35 mengacara bersama Haziq Hussni & Sherry Alhadad
Borak Kelamin Astro Ria mengacara bersama Elly Mazlein
Spotlight Tanpa Prejudis Finas Malaysia
2022 Anugerah Industri Muzik ke-23 Astro Ria mengacara bersama Azad Jasmin & Sherry Alhadad
Anugerah Seri Angkasa 2022 TV2 mengacara bersama Jeed Zulkefli
Festival Filem Malaysia ke-32 mengacara bersama Che Puan Sarimah Ibrahim
The Last Trio Standing Astro Ria mengacara bersama Zizi Kirana
2023 Relax! Jangan Gaduh Awesome TV mengacara bersama Scha Al-Yahya
Innovathon Astro Ria mengacara bersama Datin Lisa Surihani
Konsert Ini Baru Bintang TV2
2024 Bintang RTM 2024

Nota: Awal Ashaari telah menggantikan tempat Haziq Hussni dan Sherry Alhadad sebagai pengacara dalam rancangan Muzik Muzik 35 semasa cuti kuarantin dalam tempoh 14 hari sehingga tamat.

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2007 Festival Filem Malaysia ke-20 Pelakon Harapan Lelaki Diva Tercalon
2008 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Bergaya Awal Ashaari Tercalon
OK! Celeb Festival Artis Lelaki Paling Bergaya Tercalon
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Pelakon Lelaki Terbaik Syurga Cinta Tercalon
2010 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Bergaya Awal Ashaari Menang
Anugerah Cosmopolitan's Fun Fearless Fabulous Jejaka Terhangat Menang
Anugerah Shout! Favorite TV Personality Fuhh! Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 Pengacara TV Lelaki Popular Awal Ashaari Tercalon
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Pengacara TV Lelaki Popular Tercalon
2012 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Bergaya Menang
Selebriti Serba Boleh Tercalon
Pasangan Selebriti Pilihan (bersama Scha Alyahya) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 Pengacara TV Lelaki Popular Tercalon
Artis Lelaki Stailo Tercalon
2013 Anugerah Shout! Favourite TV Personality Tercalon
Hot Guy Tercalon
Anugerah Melodi Pasangan Pujaan (bersama Scha Alyahya) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Artis Lelaki Stailo Menang
2014 Anugerah Stail EH! Anugerah Stail EH! 2014 Menang
Selebriti Lelaki Paling Bergaya[26] Menang
Pasangan Selebriti Pilihan (bersama Scha Alyahya) Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Couple MeleTOP Awal Ashaari & Scha Al Yahya Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pengacara TV Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Artist Diarkibkan 2011-07-22 di Wayback Machine. Sinema Malaysia. Retrieved on 12 July 2011.
  2. ^ Awal Ashaari sebagai Rizal
  3. ^ Ainulyakin Ishak (12 Oktober 2015). Awal tunggu lamaran Sinar Harian. Dicapai pada 10 November 2017.
  4. ^ Nor Azurin Ali (27 September 2017). "SchAwal, persediaan masa hadapan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 1 Oktober 2017.
  5. ^ "Two-star tie-up". The Star Online. 1 May 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-24. Dicapai pada 2021-08-15.
  6. ^ "Awal & Scha Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-08. Dicapai pada 2021-08-15.
  7. ^ "Celebrity couple Awal and Scha to weds in May". AsiaOne Showbiz. 29 March 2012.
  8. ^ "Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-09. Dicapai pada 2021-08-15.
  9. ^ "Awal Ashaari And Scha Al-Yahya To Reveal Baby Daughter After Confinement Period Ends". MyNewsHub. 4 August 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-20. Dicapai pada 2017-11-06.
  10. ^ Zaidi Mohamad (29 Mac 2015). "Awal Ashaari kemalangan jalan raya". BH Online. Dicapai pada 1 April 2015.
  11. ^ "Awal Ashaari kemalangan di Melaka, kereta remuk teruk". Astro Awani. 29 Mac 2015. Dicapai pada 1 April 2015.
  12. ^ Kemalia Othman (30 Mac 2015). "Awal Ashaari Trauma Akibat Kemalangan - Scha Alyahya". mSTAR Online. Dicapai pada 1 April 2015.
  13. ^ Kemalia Othman (29 Mac 2015). "Awal Ashaari Kemalangan, Kereta Rosak Teruk". mSTAR Online. Dicapai pada 1 April 2015.
  14. ^ "Awal Ashaari terselamat dalam kemalangan". Utusan Malaysia. 29 Mac 2015. Dicapai pada 1 April 2015.
  15. ^ "Awal Ashaari kemalangan di Melaka". Sinar Harian. 29 Mac 2015. Dicapai pada 1 April 2015.
  16. ^ "Awal Ashaari Selamat, Tak Cedera Serius Akibat Kemalangan". MyNews Hub. 29 Mac 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 1 April 2015.
  17. ^ "Awal Ashaari Kemalangan, BMW 6 Series Terbalik". Malaysian Digest. 29 Mac 2015. Dicapai pada 1 April 2015.
  18. ^ "Awal Ashaari Pelik Kasut Dipakai Ketika Kemalangan Turut Dicuri". Rotikaya. 15 April 2015. Dicapai pada 15 April 2015.
  19. ^ "Awal Ashaari dedah barang dicuri semasa kemalangan". Oh Media. 15 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 15 April 2015.
  20. ^ "Awal Ashaari Kongsi Gambar Bersama Anak Selepas Kemalangan". Suara TV. 30 Mac 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 15 April 2015.
  21. ^ Siti Azielah Wahi (27 Mac 2019). "Awal Ashaari, Scha Alyahya menang saman". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 2 April 2019.
  22. ^ Hemananthani Sivanandam (17 April 2018). "Neelofa, Hans Isaac and local celebs fight fake news and cyberbullying". The Star. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  23. ^ "Celebrities campaign against cyberbullying". Free Malaysia Today. 17 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-02. Dicapai pada 15 Mei 2018. They will also fight dissemination of fake news on social media as they are often the target of malicious attacks.
  24. ^ Beatrice Nita Jay, Siti Nnur Maserah Amran (17 April 2018). "Celebrities lend their support in 'war' against cyber bullying, fake news [NSTTV]". New Straits Times. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  25. ^ Tahir Alhamzah (19 April 2018). "#Showbiz: 'Our daughter became the subject of cyber-bully'". New Straits Times. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  26. ^ "Anugerah Stail Eh! Nobatkan Awal Selebriti Paling Bergaya". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-20. Dicapai pada 2017-11-08.

Pautan luar sunting