Anugerah Shout! atau Shout! Awards ialah majlis anugerah bagi meraikan industri hiburan Malaysia yang dikatakan semakin berkembang maju. Anugerah ini menghargai individu-individu dari industri muzik, televisyen, filem, dan radio dan industri hiburan secara keseluruhannya.

Anugerah ini dilancarkan pada tahun 2009 oleh stesen televisyen tempatan 8TV dengan sokongan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM); majlis penganugerahan pertamanya bakal dilangsungkan pada 17 Julai 2009 dengan menawarkan 16 anugerah termasuk "Ultimate Shout! Award".

Anugerah Shout! dibahagi kepada empat kategori iaitu muzik, TV dan filem, radio dan "the works" (mereka yang terlibat dalam penggayaan penampilan para orang ternama dalam industri hiburan). Hampir setiap anugerah ini terdiri daripada lima atau enam calon, dan pemenangnya ditentukan melalui undian penonton sama ada melalui laman web atau SMS, kecuali hadiah utama "Ultimate Shout! Award" yang terpilih di kalangan semua calon oleh panel "Shout! Council" yang dilantik oleh PAIMM.

Senarai Penganjuran sunting

Edisi Tarikh Tempat Siaran Pengacara Penerima Anugerah Ultimate Shout! Penaja
Pertama 17 Julai 2009[1] Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur 8TV Marion Caunter
Soo Kui Jien
Sarah Molko
Bunkface Hotlink
Ke-2 20 November 2010[2] Hafiz Hatim
Sarah Lian
Henry Golding
Yuna Xpax
Ke-3 23 November 2012[3] Sunway Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor Henry Golding
Hannah Tan
Razif Hashim
KRU Canon Yes
Ke-4 9 November 2013[4] Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur Razif Hashim
Natalie Kniese
Joe Flizzow L'Oreal

Rujukan sunting

  1. ^ Au Yeong How (19 Julai 2009). "Bunkface ungguli Shout! Awards dengan kemenangan 'hattrick'". mStar. Dicapai pada 2019-11-14.
  2. ^ Kemalia Othman (21 November 2010). "Shout! Award 2010: Malam Kemenangan Yuna". mStar. Dicapai pada 2019-11-14.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (24 November 2012). "Yuna Menang Dua Anugerah Di Shout Awards 2012". mstar. Dicapai pada 2019-11-14.
  4. ^ Kemalia Othman (9 November 2013). "Joe Flizzow Raih The Ultimate Shout! Awards". mStar. Dicapai pada 2019-11-14.

Pautan luar sunting