Persatuan Industri Rakaman Malaysia
Persatuan Industri Rakaman Malaysia (Recording Industry Association of Malaysia atau RIM) ialah pertubuhan muzik bukan keuntungan Malaysia. Ia bertanggungjawab menyukat jualan hasil rakaman muzik di Malaysia dan menghasilkan maklumat berkenaan melalui Carta RIM. Carta tersebut lazimnya dibahagikan kepada tiga kategori: Melayu, Cina dan Antarabangsa. Badan ini juga bertujuan memastikan kesihatan industri muzik negara ini terjamin melalui pengiraan hasil jualan dan kempen memerangi gejala cetak rompak hasil rakaman muzik.
![]() | |
Kependekan | RIM |
---|---|
Pembentukan | 12 Disember 1978 |
Status perundangan | Bukan keuntungan |
Tujuan | Memajukan industri muzik Malaysia |
Lokasi |
|
Kawasan berkhidmat | Malaysia |
Ahli | Syarikat muzik Malaysia |
Pengerusi | Darren Choy[1] |
Laman sesawang | www |
Ia juga bertanggungjawab menganjurkan Anugerah Industri Muzik.[2][3]
Carta rekodSunting
Sejak tahun 2017, RIM mengendalikan carta rekod yang menduduki lagu berprestasi terbaik di Malaysia. Carta RIM utama menyenaraikan lagu-lagu antarabangsa terulung 20 teratas di Malaysia, dengan carta berasingan untuk 10 lagu terbanyak dalam negeri.
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ "Malaysia's RIM Charts are back". star2.com. Dicapai pada 7 October 2017.
- ^ "About RIM". Recording Industry Association of Malaysia. Recording Industry Association of Malaysia. Dicapai pada 15 August 2016.
- ^ Suraya al-Attas (13 December 1993). "Countdown to local Grammys". New Straits Times. New Straits Times Press. m/s. 27. Dicapai pada 1 January 2012.