Azad Jasmin

Pelakon lelaki Malaysia

Azad Jasmin John Louis Jeffri (lahir 11 Februari 1976) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau juga lebih dikenali sebagai Azad Jazmin ataupun Azad Jasmin secara tidak formal.

Azad Jasmin
AzadJasmin.jpg
Azad Jasmin pada 2015.
Kelahiran
Azad Jasmin John Louis bin Jeffri

(1976-02-11) 11 Februari 1976 (umur 44)
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara, penyanyi
Tahun aktif2004-kini
Ketinggian6 ft 1.5 in (1.87 m)
PasanganEira Syazira (berkahwin 2011)
Anak3
Ibu bapaJeffri Abdullah (bapa)
Rosidah Kadir (ibu)

Kehidupan peribadiSunting

Beliau berkahwin dengan pelakon Eira Syazira pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan yang kesemuanya diakhiri dengan nama Rose—Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose,[1] dan Areisya Suri Rose.[2][3]

KerjayaSunting

Kerjaya lakonan Azad bermula pada 2007 menerusi filem Nana Tanjung arahan Abdul Razak Mohaideen, seterusnya muncul dalam drama Laila Majnun, setahun kemudian.

Pada tahun 2010, beliau berlakon bersama Shaheizy Sam dan Angah (Raja Lawak) dalam filem seram komedi Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim, filem ini menjadi kejayaan komersial. Dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Tasnim. Di bawah arahan pelakon berkaliber, Farid Kamil beliau beraksi dalam filem aksi komedi 2011, Kongsi yang mana beliau memegang watak sebagai Mikail. Ia merupakan filem terakhir Azad bersama Metrowealth sebelum mengambil keputusan untuk bergerak sendiri akibat perselisihan faham dengan penerbit David Teo.

Selain itu, beliau ialah salah seorang pelakon utama drama kepolisan Metro Skuad yang disiarkan di TV2, selama 1 musim.[4] Bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof, Azad memegang watak Haikal dalam filem SAM: Saya Amat Mencintaimu lakonan bersama Sam, Syamsul Yusof, Lisa Surihani dan Neelofa.

Azad dan keluarganya menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria.[5]

FilemografiSunting

Kunci
  Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 Nana Tanjung 2 Izad Filem pertama
2009 Sifu & Tongga Azad
2010 Ngangkung Tasnim
2011 Kongsi Mikail
2012 Jalan Kembali: Bohsia 2 Pelakon undangan
SAM: Saya Amat Mencintaimu Haikal
Apa Celop Toqq... Black
2013 Gangster Celop Mat Cirit
Kolumpo Rahul
Paku Khalil
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Tompy
Suatu Malam Kubur Berasap 2
Mamak Cupcake Ali Deen
2015 Girlfriend Kontrak Harith
2016 Showdown The Movie Kadir
2017 J Revolusi Skodeng
2018 7ujuh Konstabel Rasyid
2020 Mawas   Pos-produksi

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Laila Majnun
2010 Cinta Balqis Ray TV3
Anak Mami Mek Ani Raouf Astro Warna
Roda-Roda Kuala Lumpur Maidin Othman TV2 Pelakon undangan, episod: "Kaki Pukul"
2011 Www.CikguShida.com
Ustaz Amirul Bapa Ayam TV3
Gerak Khas (Musim 13) Maidin Othman TV2 Pelakon undangan, episod: "Geng Tanjung"
2012 Apa Celop! Mako TV3
Metro Skuad (Musim 1) ASP Azad TV2
2013 Tanah Kubur (Musim 6) Astro Oasis Pelakon undangan, episod: "Khabar Angin"
2017 Isteri-Isteri Ayah Halim TV3

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Anak Mamak Menantu Mami Jabbar Astro Prima
2011 Kopi Susu Kopi O
2017 Kad Raya Dalam Kolong
Ooops! Terlajak Nikah Astro Citra

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2012–2013 Mimpi Ke Bintang Dirinya sendiri/pengacara TV3
2012–2015 Edisi Khas Dirinya sendiri/pengacara TV3
2018 Pa&Ma Dirinya sendiri/pengacara Astro Prima

RujukanSunting

  1. ^ Meen Tahrin (3 Januari 2017). Eira Syazira dan Azad Jasmin timang anak kedua Media Hiburan. Diperoleh pada 25 Januari 2017.
  2. ^ Dennis Chua (4 Januari 2018). Eira Syazira and Azad Jazmin welcomed their third child New Straits Times. Dicapai pada 4 Januari 2018.
  3. ^ Feride Hikmet Atak (2 Januari 2018). Eira Syazira sambut puteri ketiga Berita Harian. Dicapai pada 6 Januari 2018.
  4. ^ Budiey (28 Februari 2012). Kisah Unit Elit Polis dalam Metro Skuad Senasi Selebriti. Dicapai pada 19 Jun 2012.
  5. ^ "Lima Keluarga Selebriti Popular Bergabung Dalam 'Oh My Family!'". Astro. 26 Mac 2018. Dicapai pada 3 Mei 2018.

Pautan luarSunting