Drama Apa Celop! ialah sebuah drama televisyen yang ditayangkan di Slot Aksi TV3 .

Apa Celop!
GenreAksi
Komedi
Dibintangi oleh
Kamal Adli
Taiyuddin Bakar
Wan Sharmila
Azad Jasmin
Ika Nabila
Zed Zaidi
Amanda Misbun
Lagu pembukaanTiga Swagger - Apa Celop To' ft. Taitingtong & Kamal Adli
Lagu penutupTiga Swagger - Apa Celop To' ft. Taitingtong & Kamal Adli
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaranSetiap Isnin 9:00 malam (1 jam per episod)
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal20 Feb 2012 – 14 Mei 2012
Kronologi
MengikutiNilapura
Diikuti olehIndera Joned

Sinopsis sunting

Mengisahkan Aman dan Sawi yang bercadang untuk berlumba kali terakhir bagi memenangi duit supaya dapat mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama Julia dan Munirah. Kemenangan Aman yang mengalahkan Mako, Raja Rempit dan Ketua Gangster KL turut membawa pulang Marsha sebagai habuan.

Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti.

Pelakon sunting

  • Kamal Adli sebagai Aman Sulaiman,seorang mat rempit yang bekerja sebagai penghantar makanan dan teman lelaki Julia serta kawan baik Sawi
  • Taiyuddin Bakar sebagai Sawi,Kawan karib Aman sejak dari kampung yang sama-sama berhijrah ke KL turut menjadi mat rempit .Beliau juga bercinta dengan Munirah sambil berusaha ke arah baik.
  • Wan Sharmila sebagai Marsha,Seorang wanita yang berpura-pura hilang ingatan demi meranapkan hubungan Aman-Julia malah beliau mempunyai hubungan dengan Mako.Di akhir episod Marsha terlibat kemalangan ketika cuba menyimbah asid kepada Julia dan kekal hilang ingatan.
  • Amanda Misbun sebagai Julia,Teman wanita Aman yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital namun di pertengahan beliau mengadakan hubungan dengan Zaid atas kehendak ibunya
  • Ika Nabila sebagai Munirah,Teman wanita Sawi yang seorang begitu taat kepada ibu bapanya juga mempunyai didikan agama.
  • Azad Jasmin sebagai Mako,Musuh utama Aman dari Pulau Pinang yang selalu mencari masalah dengan beliau namun di episod 9-12 Mako baiki diri selepas berjumpa Sofea adik Aman dan berbaik dengan Aman dan Sawi
  • Zed Zaidi sebagai Zaid,Seorang ahli perniagaan yang dibelenggu hutang sindiket ceti haram dan mempunyai perasaan terhadap Julia


Pelakon Pembantu (berikut mewakili karakter masing-masing)

Keluarga Aman Sulaiman

*Rahhim Omar sebagai Sulaiman,Bapa kepada Aman dan Sofia yang membenci Aman akibat perselisihan faham di kampung

*Dian P. Ramlee sebagai Ibu kepada Aman dan Sofia serta isteri kepada Sulaiman

*Shenty Feliziana sebagai Sofia,Adik perempuan kepada Aman dan teman wanita (kemudiannya isteri) Mako,beliau datang ke KL untuk mencari Aman serta bekas teman wanita Sawi


Mako

*Fendi Balas sebagai Fendi Kipas,Orang kanan Mako dan jokey lumba haram


Munirah

*Den Wahab sebagai Haji/Pak Haji,Seorang imam yang begitu kurang menyukai dengan Sawi sungguhpun hanya menguji beliau

*Kuna sebagai Mak Haji,Isteri Pak Haji