Zed Zaidi

Pelakon, penyanyi dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia

Rozaidi bin Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (lahir 27 Jun 1980) ialah seorang Presiden Persatuan Seniman Malaysia, pelakon, penyanyi dan pengacara lelaki Malaysia. Sebelum bergelar pelakon, beliau merupakan bekas vokalis kumpulan Seven Signs yang pernah ditubuhkan pada tahun 2000.

Lt. Kol. (K)

Zed Zaidi

K.M.N. M.Ed B.Comm
Presiden Seniman Malaysia
Memegang jawatan
26 Mei 2012
Didahului olehAllahyarham Dato Mustapha Maarof
Butiran peribadi
LahirRozaidi bin Abdul Jamil
(1980-06-27) 27 Jun 1980 (umur 43)[1]
Gombak, Selangor, Malaysia
PasanganNatalia Dato Mustafa Kamal (k. 2011)
Anak-anak3
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara
AnugerahHero Remaja 2001[perlu rujukan]

Biografi sunting

Beliau pernah menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM), peringkat diploma dalam jurusan Komputer Sains pada tahun 1999. Beliau juga melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda Pentadbiran Undang-Undang di UiTM. Selain itu Zed Zaidi juga pemegang Bachelor in Communication with Honours di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kini pada 2023 beliau telah menghabiskan pembelajarannya di peringakat Ijazah Sarjana (Master) di dalam Pendidikan kepakaran dalam Pengurusan & Kepimpinan di City Universiti Malaysia (City-U).

Zed Zaidi menimbulkan kontroversi dengan pengarah dan anak kepada penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, iaitu Syamsul Yusof, dengan mengkritik beliau dalam blognya, zedzaidi.blogspot.com. Beliau berpendapat bahawa Skop Production akan terus maju tanpa Syamsul. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati buat Syamsul Yusof[2] Namun, beliau menjernihkan keadaan dengan menyatakan itu hanya pandangan beliau sebelum Syamsul Yusof berjaya dan beliau hanya menegur sebagai seorang sahabat dan rakan dalam industri seni[3]. Kini beliau aktif di dalam kesukarelawan dan kebajikan di dalam persatuan atau ngo. Jawatan yang di sandang adalah Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di sini la bermula era baru dalam kehidupan beliau di mana kontroversi menjadi sebahagian hidupnya. Bermula dengan perjuangan membantah kemasukan Artis Luar yang tidak mengikuti saluran Undang-Undang Negara kontroversi yang amat ketara sejak beliau menjawat jawatan sebagai Presiden SENIMAN adalah mengenai kemenangan AARON AZIZ di Anugerah Bintang Popular. Beliau berpendapat Anugerah Malaysia untuk Orang Malaysia.

Dengan prinsip perjuangannya di dalam industri seni Beliau mewujudkan Tagline " ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, SENIMAN RAKYAT UNTUK NEGARA". Semejak beliau memimpin SENIMAN banyak perubahan telah berlaku dan suara beliau mewakili anak seni ini di dengari oleh pihak kerajaan. Perjuangannya mengenai Rumah, Insurance untuk artis serta kebajikan proaktif membuahkan hasil sehingga kerajaan menerima cadangan beliau iaitu mewujudkan Perumahan Khas artis di bawah Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Rakyat (PPR) sehingga berjaya mendapatkan 38 buah rumah PPR untuk para artis di PPR Lembah Subang dan PPR Kepong, dan kesungguhan kerajaan memberikan insurance kepada artis dibawah SKIM INSURANCE SENIMAN atas cadangan beliau sendiri kepada menteri Tan Sri Rais Yatim. Beliau juga telah berusaha untuk mewujudkan plat no khas seniman melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia iaitu "US" bermula US 1 sehingga US 1000 bagi menambah dana Tabung Amanah Seniman untuk tujuan membantu kebajikan anak-anak seni yang bernaung sebagai ahli Persatuan Seniman Malaysia.

Selain itu beliau juga merupakan Pengerusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan Dang Wangi Wilayah Persekutuan, AJK Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Yang Di Pertua Pertubuhan Rakan Kembara Malaysia Peringkat Putrajaya, Ahli Jawatankuasa Khas Biro Sukan & Kebudayaan Majlis Belia Malaysia, Ahli Majlis Kerja Creative Content Industry Guild (CCIG), Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Penasihat Pertubuhan Pakar Telekomunikasi Malaysia (PAKAR), Penasihat Pertubuhan Agro Usahawan Muda Malaysia (PAUMM), Penasihat Pertubuhan Ekonomi Melayu Inovasi Malaysia (PERISAI). Didalam persilatan Malaysia pula, Zed Zaidi telah dilantik sebagai Penasihat Lembaga Pewaris Beradat (Seri Gangga Cula Sakti) bagi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

Pada tahun 2022 beliau telah dilantik oleh Tan Sri Annuar Musa Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (K-KOM) sebagai Timbalan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Malangnya beberapa bulan kemudian pertukaran Menteri dan Kementerian berlaku manakala Kementerian bertukar nama kepada Kementerian Komunikasi & Digital (KKD) dan diterajui Menteri YB Fahmi Fadzil. Ketika itu arahan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) kepada semua lantikan politik disemua GLC kerajaan perlu meletakan jawatan melalui arahan itu, Zed Zaidi telah diberikan surat penamatan kontrak sebagai Timbalan Pengerusi FINAS. Selepas 8 bulan berlalu dibawah pentadbiran Menteri (KKD) YB Fahmi Fadzil, Zed Zaidi telah diberikan mandat semula sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia untuk membantu Menteri bagi tujuan penambahbaikan Ekosistem dan Kebajikan Industri Kreatif Malaysia.

Selain itu, Zed Zaidi telah dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA) dan juga dinobatkan sebagai Presiden Pertubuhan Kebajikan Pengurusan Penduduk Strata Malaysia (STRATA). Beliau juga telah di pilih sebagai Ketua Cawangan Taman Sri Keramat Utama dan memenangi pertandingan pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Peringkat Bahagian UMNO Gombak justeru dilantik sebagai Pengerusi Pengurusan Strategik Media Sosial peringkat bahagian.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Bisikan Remaja Daniel Filem pertama
Gila-Gila Pengantin Remaja Fandi
Bicara Hati Usop
Aku No. 1
2005 Sembilu 2005 Zed
Pontianak Menjerit Saiful
2006 Tentang Bulan Abu/Bulat Dewasa
2010 Semerah Cinta Stilleto Raymond
Niyang Rapik Saiful
Cuti-Cuti Cinta Remy
2011 Senjakala Jehan
2023 Mat Tudung Begins Penampilan khas

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004–2005 Sembilu Fendi TV2 Drama pertama
2005–2007 Sembilu Kasih TV3
2006 Melur Tetap Harum TV2
2006–2007 Diari Ramadan Rafique Izwan TV3
2007-2008 Spa Q
2008 Ezora
2009 A.D.A.M (Musim 4) Azli TV2
Amanah Karmila Hussin
Wasilah Cinta Qayyim
Keliwon TV3
Julia Juli Arif
Nenek Kebaya Shafie
2009–2010 Aliff Firdaus Shahril
2010 Habil & Qabil Qabil Najmi
2011 Fatimah Juling The Series Astro Prima
Terowong Taufik TV3 Episod: "Cinta Sejati"
2012 Apa Celop!
2019 Diari Ramadhan Rafique Reunion Izwan
2021 Gerak Khas (Musim 20) Datuk Omar Episod: "Proksi Dari Labuan"
2022 Gerak Khas Undercover (Musim 2) Farouk Episod: "Tebusan"

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006 Kerana Dosa Kelmarin TV1
Senafas Takbir Raya TV3
2008 Rempit vs Impak Maksima DK
2011 Nur Ain Johan

Rujukan sunting

Pautan luar sunting