Keliwon ialah sebuah siri himpunan cerita rakyat seram TV Malaysia yang pernah ditayangkan dalam slot Seram TV3 pada awal tahun 2009. Inilah drama seram pertama yang diarah oleh Rashid Sibir sepanjang kerjayanya.[1][2] [3]

Keliwon
PengarahRashid Sibir
Lagu pembukaan"Jangan Kau Pergi"
oleh Farawahida
Negara asal Malaysia
Bilangan episod26
Syarikat penerbitan
Rashbir Media
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Seram)
Siaran asal5 Februari 2009 – 30 Julai 2009
Kronologi
MengikutiPuaka Niyang Rapik
Diikuti olehTower 13

Senarai EpisodSunting

  1. Sungai Puaka
  2. Darah Lantera
  3. Saka Harimau
  4. Saka Pulut Kuning
  5. Santau
  6. Pontianak
  7. Hantu Kopek
  8. Tiang Seri
  9. Anak Belaan
  10. Rasuk
  11. Puaka Kain Kapan
  12. Mak Andam Cantik
  13. Puja
  14. Syiling Puaka
  15. Saka Cincin
  16. Minyak Dagu
  17. Tasik Pauh Janggi
  18. Tikar Mengkuang
  19. Pelesit
  20. Bidan Jembalang
  21. Puteri Lidah Hitam
  22. Hantu Geweh
  23. Hantu Kubur
  24. Hantu Tak Berkepala
  25. -
  26. Keranda Terbang

PenerbitanSunting

Kelainan Keliwon adalah sebagai himpunan beraneka cerita hantu yang menyiarkan satu cerita berbeza setiap episod, berbeza dengan drama slot Seram lain yang berbentuk satu cerita dalam berbilang episod. Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pn Nurul Aini Abu Bakar, " "Ini merupakan percubaan pertama TV3 bagi membawa kelainan dengan menampilkan pelbagai cerita dalam slot seram ini."[1][2] Tajuk Keliwon berasal dari nama satu hari dalam kitaran Pasaran lima hari dalam kalendar Jawa, yang mana adalah dipercayai bahawa makhluk halus akan muncul untuk merayau dan mengacau orang ramai ketika Keliwon bertindih dengan hari Jumaat.

RujukanSunting

  1. ^ a b Drama Seram KELIWON Lakonan Fasha Sandha, Fazura, Safura, Sensasi Selebriti, 2 Feb 2009.
  2. ^ a b Siri seram baru 'Keliwon' TV3 tonjolkan kelainan, mStar Online, 2 Feb 2009.
  3. ^ "Drama Keliwon". Berita Harian.

Pautan luarSunting

TV3: Seram, Khamis, 9.30 malam
Sebelumnya Keliwon Berikutnya
Puaka Niyang Rapik Tower 13