Buka menu utama

Ngangkung ialah sebuah filem komedi seram arahan pengarah baru dalam perfileman, Ismail Bob Hashim yang berpengalaman dalam mengarah drama televisyen. Filem ke-42 terbitan Metrowealth Pictures ini ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 25 November 2010. Filem yang dibintangi Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, dan Azad Jasmin ini menunjukkan kehidupan manusia yang terjebak dalam permainan judi nombor ekor.

Ngangkung
PengarahIsmail Bob Hashim
PenerbitDavid Teo
Dibintangi olehShaheizy Sam
Angah Raja Lawak
Azad Jasmin
Eira Syazira
Puteri Mardiana
Lan Pet Pet
Pecah panggungRM 8.18 Juta

Ketika ditayangkan di pawagam, filem Ngangkung berjaya mencipta sejarah dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi filem tempatan pertama yang jumlah kutipannya mencecah paras RM8 juta[1] di seluruh pawagam tempatan, dengan melaporkan jumlah kutipan RM8.15 juta dalam lima minggu tayangan (hingga 23 Disember 2010)[2], termasuk RM7.8 juta dalam masa 20 hari sahaja, sekaligus memecah rekod Adnan Sempit yang meraih RM7.7 juta dalam masa lebih kurang sebulan, sebagai filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.[3] Atas pencapaian ini, filem Ngangkung dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai "Filem Box-Office Tertinggi 2010" untuk edisi tahun 2011.[4]

PlotSunting

Ngangkung merupakan perbuatan memuja untuk mendapatkan nombor ekor dengan membawa barang untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka dari terus bergiat dalam kegiatan ini.

PelakonSunting

SambutanSunting

JualanSunting

Pada hari pembukaannya pada 25 November 2010, filem Ngangkung menjadi filem Metrowealth ketiga yang berjaya mencecah paras kutipan RM500,000 (selepas Jangan Pandang Belakang dan Adnan Sempit).[5] Dalam masa seminggu pertamanya, Ngangkung melaporkan jumlah kutipan sekitar RM3.5 juta[5] daripada 59 pawagam yang menayangkannya di Malaysia.

Dalam masa 20 hari tayangannya sahaja, filem Ngangkung melakar sejarah dengan memecah rekod RM7.6 juta yang dipegang oleh filem terbitan Metrowealth paling lumayan yang sebelumnya, Adnan Sempit, yang hanya mencapai jumlah kutipannya dalam masa sebulan.[3] Setakat ini, ia dikhabarkan sudah mencecah paras RM8 juta, satu lagi pencapaian dalam sejarah perfileman negara, apabila dilaporkan mengumpul RM8.15 juta dalam masa lima minggu tayangan di pawagam seluruh Malaysia.[2] Di akhir tayangannya di pawagam, filem ini sudah mengutip RM8.18 juta di pawagam-pawagam Malaysia.[6]

Atas kejayaan gergasi filem ini, Ngangkung mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai filem tempatan yang paling banyak kutipan pawagamnya sepanjang tahun 2010, untuk edisi tahun 2011.[4]

UlasanSunting

Portal berita mStar memberikan ulasan yang positif bagi filem Ngangkung, yang mana pengulasnya berkata, "kekuatan Ngangkung bukan didasari oleh subjek itu [amalan ngangkung dan perjudian haram] semata-mata tetapi kaedah penceritaan serta garapan yang menarik, selamba dan ringkas itu yang memikat. Sebagai percubaan sulung pengarah baru Ismail Bob Hasim di layar perak, anak jati Klang, Selangor ini bertuah kerana penyampaian Ngangkung dikemudi oleh tiga pelakon utama yang bijak mencorak watak. Kredibiliti Shaheizy Sam atau Sam yang mula mencuri tumpuan selepas kejayaan watak komedinya dalam Adnan Semp-it (2010) terus meyakinkan menerusi penterjemahan komedi yang berbeza kali ini".[7]

Ulasan yang diberikan oleh Cinema Online tidaklah amat memberangsangkan (dengan tiga bintang sahaja), yang mana pengulasnya berkata filem ini "agak berat untuk genre komedi seram", yang mana detik-detik yang membuat penonton ketawa berdekit-dekit pun pudar pada sepertiga akhir filem yang bertukar serius dan menggerunkan, sekaligus kehilangan unsur keceriaan yang sepatutnya ada dalam filem komedi seram.[8]

RujukanSunting

  1. ^ "Ngangkung" new Malaysian box office record, CinemaOnline, 22 Disember 2010. Dicapai pada 24 Disember 2010.
  2. ^ a b Ngangkung Pecah Rekod, Harian Metro, 24 Disember 2010. Dicapai pada 24 Disember 2010.
  3. ^ a b 'Ngangkung' leads in box-office takings, New Straits Times, 18 Disember 2010. Dicapai pada 24 Disember 2010.
  4. ^ a b Ngangkung Dapat Pengiktirafan Malaysia Book of Records 2011, Limau Ais, 13 Januari 2011. Dicapai pada 15 Januari 2011.
  5. ^ a b 'Adnan Sempit' is year's top grosser, New Straits Times, 11 Disember 2010. Dicapai pada 24 Disember 2010.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan finas tidak disediakan
  7. ^ 'Ngangkung' Yang Ringkas & Spontan, mStar, 29 November 2010. Dicapai pada 24 Disember 2010.
  8. ^ Ngangkung (Malay), CinemaOnline, 22 November 2010. Dicapai pada 24 Disember 2010.

Pautan luarSunting