Azlee Jaafar
Mohd Azlee bin Jaafar (lahir 11 Jun 1967) atau lebih dikenali sebagai Azlee Senario ialah seorang pelawak, penyanyi dan pelakon Malaysia. Beliau lahir di Johor dan mula mencipta nama bersama kumpulan komedi Senario pada era 1990-an.[1] Beliau juga adalah seorang penggiat muzik ghazal di Johor.
Azlee Jaafar | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mohd Azlee bin Jaafar 11 Jun 1967 |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Azlee |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penyanyi, pengacara |
Tahun aktif | 1995–kini |
Pasangan | Aslinda Ayob |
Anak-anak | 2 |
Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) pada edisi FFM 14 (1999) menerusi filem Senario The Movie. Selain lakonannya sebagai pemuda terencat akal dalam filem tersebut, lakonan Azlee sebagai pengusaha warung roti canai dalam filem Lagi-Lagi Senario (2001) juga mendapat pujian ramai pengkritik. Beliau juga amat terkenal dengan lawak membuat muka pelik kerana lawak muka peliknya itu dibuat dari mula menjadi artis sehingga sekarang. [2]
Kehidupan peribadiSunting
Pada 2014, Azlee pernah menerima rawatan di Hospital Damansara kerana masalah batu dalam hempedu.[3] Beliau juga pernah mengingatkan agar pelawak harus bijak dan jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. Sebelum lontarkan apa-apa kata, kenalah berfikir dulu. Berlawak kenalah berpada-pada. Azlee menasihatkan bahawa sebagai pelawak perlu menjaga sensitiviti. Pelawak juga pelu cuba elakkan berlawak dengan bahasa lucah atau ‘double meaning’.[4]
FilemografiSunting
FilemSunting
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Phua Chu Kang (Musim 6) | Dirinya sendiri | Mediacorp Saluran 5 | Episod: "Senario Terburuk" |
2006 | Sembilu Kasih | Azlee | TV3 | |
2009 | Jangan Pandang Belakang Congkak The Series | Pak Mor | Astro Warna | |
2017 | Joyah | Azli | TV9 | |
2018 | Ramadan dan Hamdan | Tuan Azlee | TV3 | |
2019 | Aku Tak Raya | Dirinya sendiri | Penampilan khas | |
2022 | Anak Beranak Abe Yie | Abe Yie | ||
2023 | Misi Seramedi | TV Okey |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2003 | Senario: Musang Berjanggut | TV3 | |
2010 | Senario: Ejen 003 | ||
2013 | Senario: Misteri Malam Raya | ||
2015 | Akhil Yang Bakhil | Pak Jali | TV9 |
2019 | Kau, Aku, Hantu Raya | Pak Usop | TV2 |
2022 | Sejenis Raya Senariounion | Azlan / Azlee | Astro Warna |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1996–2012 | Senario | Pelbagai watak | TV3 |
2014 | Dalang Prank | Artis jemputan | Astro Warna |
2016 | Sembang Pacak (Musim 1) | Pengacara bersama Along Cham | |
2021 | Riuh Family 2 | Dirinya sendiri bersama keluarga | Awesome TV |
Havoc Nak Raya | Dirinya sendiri bersama ahli kumpulan Senario | TV3 | |
2023 | Kampung Senariuh | Pak Azlee | Awesome TV |
PesertaSunting
Tahun | Tajuk | Kumpulan | Catatan |
---|---|---|---|
1995 | Sinaran Pasport Kegemilangan | AA Wow | |
2015 | Juara Parodi 2015 | Senaman | bersama Lan Pet-Pet & Firman |
2019 | Maharaja Lawak Mega 2019 | Stone | bersama Mamat Sepah & Acong Sweetchild |
2021 | Maharaja Lawak Mega 2021 | Otai | bersama Acong Sweetchild & Ieda Moin |
Anugerah dan pencalonanSunting
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM14 (1999) - Pencalonan menerusi filem Senario The Movie
- Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH) edisi 1997/98, 2003, 2004 & 2005 (Pencalonan)
RujukanSunting
- ^ "Tiada Wahid bukan halangan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-11. Dicapai pada 2018-08-11.
- ^ Azlee mahu muncul dengan sitkom Senario Reunion. Diarkibkan 2017-05-11 di Wayback Machine Kosmo Online
- ^ Derita berakhir, Azlee dedah rahsia kembali pulih.
- ^ Berlawak jangan sampai menyinggung.
Pautan LuarSunting
- Azlee Jaafar di Cinema
- Azlee (Senario) Takut Jalani Pembedahan Kedua Buang Hempedu
- AZLEE SENARIO TERLANTAR DI HOSPITAL GARA-GARA 'BATU HEMPEDU'
- Azlee bayangkan Senario masuk MLM[pautan mati kekal]