Mohd Firman Bansir atau lebih dikenali sebagai Firman Bansir merupakan seorang penyanyi yang lahir dari program hiburan realiti tanah air iaitu Akademi Fantasia Musim 11 pada tahun 2014. Beliau dinobatkan sebagai juara dalam program tersebut. Firman gemar bereksperimental dengan genre muzik rock. Dalam masa yang sama, beliau masih mampu menyanyikan lagu-lagu berentak lain seperti pop dan balada.

Firman Bansir
Latar belakang
Nama lahirMohd Firman bin Bansir
Kelahiran (1989-07-15) 15 Julai 1989 (umur 34)
Berasal dariTawau, Sabah , Malaysia
GenreRock,Pop, Balada
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2014 – sekarang

Graduan jurusan diploma kewangan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu ini pernah bekerja pelayan di kafe Starbucks serta menyanyi secara basking di jalanan sebelum menyertai program realiti Akademi Fantasia. [1]

Lagu Di Pintumu hasil karya komposer hebat M Nasir berjaya melonjakkan namanya di persada seni hiburan Malaysia. Lagu ini turut berjaya bertapak di carta-carta radio popular tempatan. Bagi mengukuhkan kerjayanya dalam bidang seni, Firman turut mengembangkan kariernya dengan mencipta lagu hasil nukilannya sendiri.

Akademi Fantasia 2014 sunting

Percubaan pertamanya mengikuti ujibakat program nyanyian membuahkan hasil apabila dia terpilih sebagai salah seorang dari peserta Akademi Fantasia 2014 seterusnya dinobatkan sebagai Juara. Firman menjadi pilihan tenaga pengajar sebagai Pelajar Terbaik bersama-sama dengan Ewal Ismail apabila dapat mengalunkan lagu Relakan Jiwa dengan cara tersendiri. Pada konsert akhir, Firman berjaya menawan hati peminat apabila menyanyikan lagu Kejoraku Bersatu dengan meletakkan emosi pada lagu tersebut. Selaku juara Firman membawa pulang wang tunai RM50,000, sebuah kereta Toyota Vios , sebuah trofi serta pakej percutian. [2].

Persembahan di Akademi Fantasia sunting

Minggu Lagu Tugasan Penyanyi Asal Genre Keputusan
Minggu 1
Konsert Pengenalan
"Relaku Pujuk" Spider Slow Rock Kekal
Minggu 2
Tema Muzik 90-an
"Gerhana Cinta Luka" Iklim Slow Rock Kekal / #3
Minggu 3
Tema Hits Fantasia
"Relakan Jiwa" Hazama Pop Kekal / #2
Minggu 4
Tema Tribut Komposer
"Samrah Mentari" Jamal Abdillah Irama Samrah Kekal / #2
Minggu 5
Tema Kerohanian
"Meniti Titian Usang" Search Ketuhanan Kekal
Minggu 6
Tema Rock
"Kerja Gila"
"Misteri Mimpi Syakila" Medley. Pasangan duet: Nuha
Search
Wings
Rock Alternatif
Rock
Kekal / #2
Minggu 7
Tema Remy & Sally
"Jangan Tinggal Daku" P. Ramlee Balada Kekal / #2
Minggu 8
Suku Akhir / Tema Pilihan Media
"She's Gone"
"Ceritera Cinta" (duet Nuha)
Steelheart
Jaclyn Victor & Rio Febrian
Rock
Balada
Kekal / #4
Minggu 9
Separuh Akhir
"Nur Nilam Sari"
"Seribu Tahun Takkan Mungkin" (duet Joey BPR)
Awie & Search
BPR
Pop Rock
Pop Rock
Kekal / #1
Minggu 10
Konsert Akhir
"Kejoraku Bersatu"
"Di Pintumu"
Search
Lagu Baru ciptaan M Nasir
Pop
Pop
Juara

Perkembangan Kerjaya sunting

Kerjayanya bermula dengan mempertaruhkan lagu barunya "Di Pintumu". Selain itu, Firman turut disenaraikan dalam 5 penyanyi yang bakal meletop tahun 2015 pilihan HLive dan Murai serta Wajah baru 2014 pilihan Hlive dan Murai dalam program HLive bagi penutup tahun 2014. Kini Firman menjadi vokalis terbaru kumpulan muzik yang semakin meningkat naik di Malaysia, iaitu Kumpulan Hyper Act.

Diskografi sunting

Album EP sunting

Single sunting

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Hot fm Muzik.fm Muzik-muzik i-Tunes KKbox Hot 100 Era
2014-2015 "Di Pintumu" 5 [3] 17 2 1 [4] 1 6 [5] 32 AF2014 Hits
2015 " Paling " - - - - - - - Kau Yang Satu
2015 " Siapalah Kita " - - - - - - Duet Single
2016 " Bohong " - - - - - - - Kau Yang Satu
2017 " Yakin Aku " - - - - - - - Duo Star 2016 Hits

Video Muzik sunting

Tahun Judul Lagu Jumlah Tontonan
(4 bulan)
Akaun Youtube
2014 "Di Pintumu" 960,000 Astro Gempak[6]
2015 " Paling " - Astro Gempak

Konsert/Jejalah/Program TV sunting

Tahun Judul Saluran
2014 Diari Akademi Fantasia 2014, Ep. 1 - 50 Astro Ria
Konsert Akademi Fantasia 2014, Ep. 1 - 10 Astro Ria
MeleTOP (11.11.2014) Astro Ria
Meletop - parodi peribahasa melayu (9.12.2014) Astro Ria
2015 Diari Fantasia, Ep. Istimewa Aman Astro Ria
Diari Fantasia, Ep. Istimewa Ewal Astro Ria
Diari Fantasia, Ep. Istimewa Firman Astro Ria
Diari Fantasia, Ep. Cuti-cuti Hong Kong Astro Ria
MeleTOP (bersama Kumpulan Zero) (10.02.2015) Astro Ria
Showcase Hafiz & Friends (12.04.2015) Astro Ria & Astro Maya
Juara Parodi dalam kumpulan Senaman (bersama Azlee Jaafar & Lan Pet Pet (6.11.15) Astro Warna & Astro Mustika HD
2016 Konsert Duo Star musim pertama Ep.1 - 7 ( berasama Ayai ilusi ) Astro Prima & Astro Maya HD

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Akademi Fantasia Musim 11 Finalis Menang
Juara
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Baharu Lelaki Popular Tercalon
Peringkat Awal
2015 Anugerah MeleTOP Era Artis Baharu Meletop Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Artis Baharu Lelaki Popular Dicalonkan

Peringkat awal

2016 Duo Star Musim Pertama Finalis Tempat

Ke Empat

Rujukan sunting

  1. ^ (Inggeris) [1]
  2. ^ http://www.astroawani.com/berita-hiburan/firman-juara-akademi-fantasia-2014-48056
  3. ^ http://www.era.fm/Carta/ERA-fm/Carta-ERA-40.aspx?page=4
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-02. Dicapai pada 2015-03-29.
  5. ^ http://www.kkbox.com/my/en/charts/malay-daily-song-latest.html
  6. ^ https://www.youtube.com/watch?v=trrGc27e6jg


Pautan Luar sunting