Rumah Madu Ku Berhantu

Rumah Madu Ku Berhantu ialah sebuah filem seram komedi Malaysia 2021 arahan Abdul Razak Mohaideen dengan skrip oleh Ares Bahar dan Khairul Kassim. Ia dibintangi oleh Zizan Razak, Azlee Jaafar, Saiful Apek, Rita Rudaini dan Nadia Brian. Filem ini ditayangkan pada 2 Disember 2021.[1]

Rumah Madu Ku Berhantu
PengarahAbdul Razak Mohaideen
Penulis
  • Ares Bahar
  • Khairul Kassim
Dihasilkan olehKeoh Chee Ang
Dibintangi
SinematografiIzwan Daini Sani
Disunting olehFaizul A. Rashid
Muzik olehAzmeer
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
2 Disember 2021 (Malaysia)
Durasi tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

SinopsisSunting

Saufi, seorang ejen hartanah yang setia serta bahagia bersama isterinya, Sofea, dan anak perempuannya Lulu. Namun keharmonian ini bertukar porak peranda apabila seorang sahabat lama, Ali, telah memaksa Saufi untuk bersetuju menjadi ‘Pak Sanggup’ dengan mengahwini bekas isterinya iaitu Alia untuk satu malam sahaja.

Perkahwinan ‘sementara’ antara Saufi dan Alia menjadi rumit apabila Ali meninggal dunia di dalam satu kemalangan. Saufi kini harus mencari penyelesaian untuk hidup bersama isteri pertama dan kedua tanpa membocorkan rahsia bahawa mereka kini telah bermadu.

Saufi menempatkan isteri keduanya di sebuah rumah banglo usang. Saufi merasai suatu entiti seram mengganggunya di rumah tersebut. Pelbagai insiden lucu dan seram hampir menyebabkan Saufi pecah tembelang namun beliau tetap cekal berahsia sehinggalah satu malam yang maha mengerikan.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Rumah Madu Ku Berhantu diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media. Untuk filem ini, Abdul Razak Mohaideen mengambil isu poligami sebagai subjek utama. Menurut beliau, idea untuk mengarahkan filem ini timbul dari pengamatan beliau mengenai isu poligami serta kes perceraian yang meningkat dengan begitu ketara sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan ekoran penularan virus COVID-19 yang melanda Malaysia.[2]

KeluaranSunting

Rumah Madu Ku Berhantu ditayangkan di pawagam pada 2 Disember 2021. Sebelum tayangan perdana rasmi, filem ini menerima kecaman daripada warganet yang mendakwa poster filem imi dibuat secara ala kadar dan kelihatan murahan sehingga ada yang mengatakan tidak ada selera melihat poster filem berkenaan.[3][4]

Mengulas untuk portal Getaran, Ellyna Ali menulis "Sebetulnya, filem ini sememangnya mampu memberikan tarikan yang tersendiri jika ia menggunakan pendekatan yang berbeza dari sudut garapan, penceritaan, dialog dan teknikalnya".[5] The Malaysia News pula mengulas: "Walaupun jalan cerita filem ini digarap dari isu yang berat namun Prof. (Madya) Dato' Dr. A. Razak Mohaideen telah berjaya mengolah jalan cerita filem tersebut penuh dengan elemen komedi dan ringan agar mudah diterima penonton".[3]

RujukanSunting

  1. ^ "Rumah Maduku Berhantu Sebuah Kisah Komedi Yang Cukup Menghiburkan". Kopiplanet. 4 Disember 2021. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  2. ^ "ISU POLIGAMI JADI MODAL FILEM 'RUMAH MADUKU BERHANTU'". The Malaysia News. 1 Disember 2021. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  3. ^ a b Farizan Zainal (1 November 2021). "Belum Ditayangkan Lagi, Filem Rumah Madu Ku Berhantu Dikutuk". Rotikaya. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  4. ^ "Filem Rumah Madu Ku Berhantu dikutuk meskipun belum ditayang". Wowberita. 1 November 2021. Dicapai pada 5 Disember 2021.
  5. ^ Ellyna Ali (25 November 2021). "Filem 'Rumah Maduku Berhantu' Sentuh Isu Cerai, Poligami". Getaran. Dicapai pada 5 Disember 2021. Walaupun garapan dan pengarahan dalam Rumah Maduku Berhantu biasa-biasa sahaja tetapi ia masih tetap menghiburkan untuk ditonton terutama pada separuh akhir kedua.

Pautan luarSunting