Senario XX

Filem komedi Malaysia 2005 arahan Aziz M. Osman

Filem Senario XX ini ialah filem kelima Kumpulan Senario dan telah ditayangkan pada 19 Mei 2005. Filem ini digelar XX kerana filem ini ialah filem ke-20 (XX) terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd. "XX" dalam judul filem ini juga merujuk kepada filem XX Ray (1992). Kos pembikinan filem ini ialah RM1.82 juta dan berjaya mendapat kutipan RM2.32 juta. Saiful Apek memegang watak jahat dalam cerita ini

Senario XX
Senario xx 01.jpg
PengarahAziz M. Osman
PenerbitAhmad Puaf Onah
PenulisAziz M. Osman
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
19 Mei 2005
NegaraMalaysia
BahasaMalaysia
PerbelanjaanRM1.82 juta
Pecah panggungRM2.32 juta

SinopsisSunting

Zoragon berasal dari planet Zuhal. Dia bertugas mengendalikan kapal angkasa yang mengangkut bahan tenaga dari Zurah ke Marikh. Suatu ketika, kapal angkasanya mengalami kerosakan akibat diserang oleh Jeneral Zoragas dan pembantunya Zolidia yang ingin memiliki mesin kuasa yang disimpan oleh Zoragon. Mesin kuasa itu mampu dijadikan senjata dan Jeneral Zoragas mahukannya untuk merampas kuasa Raja Zaragus. Akibat serangan Jeneral Zoragas, Zoragon terpaksa mendaratkan kapal angkasanya di planet Bumi dan terdampar di sebuah kampung di Malaysia. Penduduk kampung tersebut amat terkejut dengan kehadiran kapal angkasa atau UFO itu. Dalam kekecohan yang timbul itu, seorang bomoh yang masih berpegangkan kepercayaan karut telah mengatakan bahawa kapal angkasa dan makhluk asing itu merupakan jelmaan hantu polong lalu menggunakan jampi serapah untuk menghalaunya. Kehadiran Zoragon di Bumi juga telah menemukannya dengan gadis kampung yang bernama Siti. Akibatnya timbul konflik antara tunang Siti (Rosman) dengan Zoragon yang telah terpikat pada Siti.

PelakonSunting

TriviaSunting

  • Saiful Apek dan Yassin Yahya bukan lagi ahli Senario dalam filem ini. Yassin terlebih dahulu angkat kaki atas sebab kes mahkamah, Saiful pula bergerak solo mulai 2004 selepas filem Lang Buana ditayangkan. Seperti filem-filem Senario sebelumnya di mana mereka masih lagi ahli. Ini juga kali terakhir mereka muncul dalam francais filem Senario
  • Setelah kali terakhir membuat penampilan di dalam Lagi Lagi Senario, Yassin Yahaya kembali berlakon di dalam francais filem Senario. Meskipun peranannya terhad kerana memegang watak pemuda bisu bernama Mat Top.
  • Watak Wan Zaman yang popular dengan trademark Apa Ke Hey? (Apa ke hal?) sebenarnya parodi kepada personaliti TV, Wan Kamaruddin pada ketika itu yang popular dengan isu-isu panas dalam Edisi Siasat di NTV7.[1] Apa ke jadahnya? adalah trademark yang sinonim dengan beliau dan masih popular hingga ke hari ini.
  • Semasa Zoragon mencari penyelesaian bagaimana hendak pulang ke planet asal, dia buntu kerana kapal angkasanya sudah rosak. Rosman pula berkata Malaysia akan menghantar angkasawan pertama ke Angkasa Lepas tapi tidak tahu bila. Tahun 2006 pencarian Angkasawan Malaysia pertama pun bermula dan 10 Oktober 2007, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor selamat tiba di ISS- Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki kapal angkasa Russia Soyuz TMA-11.
  • Zoragas dan Zolidia yang dilakonkan oleh Saiful Apek dan Siti Fazurina memakai kostum serba hitam. Mirip ejen Men in Black yang mencari makhluk asing.
  • Rekaan kapal Angkasa Zoragon mendatangkan rasa kurang senang kerana rupanya mirip berudu, benih sperma dan alat kemaluan lelaki. Pada pendapat peribadi penulis.
  • 'Marang prapu kepunden parang skepper' nama spesies kucing di planet Zuhal merujuk kepada panggilan Ramlee kepada Sudin dalam filem Seniman Bujang Lapok bilamana Sudin memakai pakaian askar Siam dan memegang watak menteri Marang Prapu Kepunden Parang Skepper.
  • Meskipun skala Kapal Angkasa Zoragas dan Zoragon berskala besar tetapi apabila berada dalam kapal itu ruang dalamannya sangat sempit. Tidak pernah ditunjukkan babak bagaimana mereka masuk ke kapal itu kerana jelas sekali tiada pintu!
  • Filem ini dipawagam pada Mei 2005, 2 filem terdahulu dipasarkan pada hujung tahun. kali terakhir Senario dipasarkan pada pertengahan tahun ialah filem Senario Lagi 2000.

Anugerah dan pencalonanSunting

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Anugerah Era 2005 Pilihan Kaki Wayang ERA Ahmad Puad Onah & Lazizah Ahmad Dicalonkan

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting